Berikutan pengumuman kerajaan yang mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan pada Januari depan, ada yang menyokong dan tak kurang juga membantah atas alasan tertentu.
Namun bagi Anzalna Nasir yang turut mempunyai bayi lelaki, Muhammad Eidress, 5 bulan, dia menyokong sepenuhnya saranan kerajaan demi nyawa anak.
Pelaksanaan yang bakal dilakukan ini bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak cuma keselamatan anak dalam kenderaan penting untuk dititikberatkan.
Menerusi perkongsiannya di instagram, Anzalna berkongsi tip pemilihan car seat yang sesuai mengikut ketinggian dan berat anak. Ini perkara penting perlu tahu sebelum membeli car seat yang betul.
0-18 Bulan
Ads
15 Bulan – 4 Tahun
“Jangan lupa, penggunaan dan pemasangan perlu merujuk kepada manual Kerusi Keselamatan Kanak-kanak dan juga manual kereta masing-masing. Setiap kereta tak sama,” katanya.
4 – 7 Tahun
6 Tahun Ke Atas
Ads
Kongsinya lagi sebagai ibu bapa kita yang perlu mainkan peranan dan tahu apa yang terbaik untuk anak.
Anzalna dan Hanif berkahwin pada Februari 2016 selepas 10 tahun perkenalan dan melahirkan Eidress pada 31 Mei lalu.
Ramai ke bagi anak makan buah epal yang dikupas kulitnya? Menurut Dr Mazliana Mazlan, sebelum tahu yang kulit epal mengandungi quercetin, beliau pun berbuat demikian juga.
Nak tahu kenapa pentingnya buah epal yang tak dibuang kulit, ikut perkongsian beliau.
Pada saya, kulit epal berkemungkinan besar tercemar dengan penggunaan wax yang berlebihan dan juga saki baki racun perosak. Maka, saya akan kupas kulit epal sebelum beri anak makan. Ini cerita sebelum saya tahu tentang kandungan quercetin yang ada pada kulit epal.
Apa itu quercetin?
Quercetin merupakan booster untuk otak. Bantu tingkatkan focus anak waktu belajar. Itu sebabnya epal antara salah satu buah yang patut kita bekalkan untuk anak ke sekolah. Untuk kita ibu ayah pun boleh dimakan sebagai snek sewaktu bekerja.
Jadi macam mana nak terus makan epal berserta kulitnya tanpa perlu risaukan wax berlebihan dan juga saki baki racun perosak?
1. Cari epal organik
Saya faham, kita semua ada bajet yang berbeza. Kalau mampu, boleh cari yang organik. Saya biasa cari yang bukan organik, selain dari negara China (dengan isu tanahnya yang toksik) dan USA (dengan isu GMO yang berleluasa).
Pun begitu, epal organik tiada juga jaminan ia bebas sepenuhnya dari wax dan racun perosak. Biasanya masih ada juga cuma dalam kuantiti yang sedikit.
2. Rendam, gosok dan bilas
Ada banyak cara rendaman. Boleh rendam dengan;
– Soda bikarbonat
– Lemon
– Cuka
Mana-mana pilihan boleh digunakan, ikut kesesuaian dengan bahan apa yang ada di rumah kalian.
Campurkan 1 – 2 sudu bahan di atas bersama dengan 1 liter air. Rendam selama 15 – 20 minit. Gosok-gosok manja epal dengan berus atau span untuk hilangkan wax. Kemudian bilas dengan air.
Cara ini bukan terhad pada pada epal saja ya. Semua jenis sayuran dan buahan lain pun kalian boleh praktikkan kaedah ini juga.
Antara sayuran dan buahan lain yang berkemungkinan mengandungi wax;
– Lemon
– Brokoli
– Pear
– Tomato
– Terung
– Timun
Boleh kita praktik bersama lepas ni, bagi anak makan epal berserta kulitnya untuk dapat khasiat maksimum dari sebiji buah epal.
Kredit: Mazliana Mazlan
Follow telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu-ibu kena tahu cara mudah nak basuh sayur dari kesan racun serangga dan ulat-ulat halus.
Nampak macam perkara remeh tapi sayur kalau tak dibasuh bersih-bersih boleh berbahaya kepada kesihatan manusia.
Seperti kita sedia maklum sayur-sayuran yang dijual di pasaran sudah tentu mempunyai kesan semburan racun serangga semasa proses penanamannya.
Dari mata kasar kita memang tak akan nampak masih ada lagi kesan racun serangga atau ulat halus atau serangga yang kecil pada sayuran.
Cukupkah sekadar membilas dengan air paip sahaja sebelum kita masak sayur-sayuran yang dibeli? Apatah lagi kalau anda menggunakan sayur-sayuran tersebut untuk menu makanan si kecil.
Daya tahan tubuh bayi atau kanak-kanak pada sebarang kekotaran, kuman atau bakteria tidak sama dengan ketahanan tubuh badan orang dewasa.
Sudah tentu, kalau sayur yang anda masak untuk si kecil masih mengandungi kotoran ia boleh menyebabkan kesakitan atau jangkitan kuman.
Seorang ibu, Puan Nur Amirah Abdul Jamil berkongsi panduan membasuh sayur yang menjadi amalannya untuk memastikan segala kotoran dan kesan racun serangga yang tak nampak di mata kasar benar-benar hilang. Semoga semua ibu memanfaatkan info dan panduan ini.
Tiap kali bila kita pergi pasar, mesti kita geram tengok sayur dan buah-buahan yang segar tu kan, tapi bersihkah?
Jangan tak tahu, masih ada kesan racun serangga dan ulat-ulat halus yang melekat kat sayur/buah-buahan kita tu tau. Membasuh dengan air sahaja tidak mencukupi. Ni meh mira ajar macam mana mira basuh sayur.
Mira pakai pureen liqiud cleanser ni (boleh basuh botol susu, puting bayi, mainan, sayur, dan buah). Jangan risau benda ni selamat untuk bayi pun tau. Yang mira pakai ni orange flavour. Harga dia pun mampu milik. Boleh cari dekat pasaraya tempat bayi.
Tak kisah la ada anak ke tak da ke. Please basuh sayur kita masak bersih-bersih, gunakan air yang banyak semasa membasuh. Jangan pulak basuh dengan air skali lalu je ye.
Ibu bapa harus selalu memuji dan memberi dorongan kepada anak. Mengikut kajian, terdapat jenis ayat yang kita gunakan ketika memberi pujian yang membuatkan anak kita lebih bermotivasi . Apabila kita puji anak berumur 0-7 tahun, cuba cara ini!
Bagusnya abang!
✅ Ibu tengok abang bersihkan sendiri je kotoran dekat kaki abang! Wah.
Pandainya anak ayah ni!
✅ Anak ayah dapat cari sendiri hurufnya ye. * Tepuk tangan *
Terima kasih, baiknya kakak.
✅ Gembira mama lihat kakak tolong mama kemas barang.
Pandainya anak Papa melukis!
✅ Tengok , warna warni sungguh lukisan kakak. Cantik.
Fokus pada cara dan perbuatan anak kita.
Elakkan bagi signal pada anak-anak ,kejayaan datang dengan semulajadi.
Tanamkan mindset, jika mereka usaha dan usaha, mereka akan pandai, akan jadi baik.
Carol Dwerck, professor di Universiti Stanford, menyebut tentang “fixed mindset” , di mana manusia percaya kejayaan mereka adalah hasil kepandaian mereka atau terhad kepada bakat.
Sedangkan, kita boleh didik anak kita percaya kepandaian, bakat dan kemampuan mereka akan terbina apabila mereka belajar dan belajar.
Darjat mereka yang berusaha juga berbeza di sisi Allah. Allah ciptakan manusia sebaik-baik ciptaan, jadi peranan ibu ayah untuk mendorong anak belajar dan gali potensi diri. Semuanya bergantung pada tekad dan sikap.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.