Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya, apakah cara untuk mengukur kelewatan bahasa bagi anak-anak mereka terutama anak yang berusia 3 tahun? Menurut perkongsian daripada Ruby Speech Therapy, pada usia 3 tahun sepatutnya kanak-kanak boleh menyambung 3-4 patah perkataan dalam satu ayat.
(Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI)
Contohnya:
“adik nak beli mainan”
“jom la kita balik”
“ummi, tengok abang buat”
“abi nak pergi mana?”
“nak ikut abi”
Hampir 75% dari pertuturan hariannya boleh difahami. Ini bermakna, kanak-kanak masih ada sedikit pelat dari segi gabungan perkataan sukukata panjang.
Contohnya, anak saya Irham pernah menyebut “tinggal medunya” untuk perkataan sebenar ialah ‘meninggal dunia’.
Kanak-kanak 3 tahun juga boleh menerangkan lokasi dengan jelas seperti “atas meja”, “bawah katil”, “dalam besen”. Bagi kanak-kanak yang lambat bertutur, mereka lebih senang menunjuk saja guna tangan, atau sebut “ni”, “yang tu”, “kat situ”.
Ads
Kanak-kanak 3 tahun juga sering dilabel ‘kuat melawan’. Ini kerana mereka mula bijak menggunakan kata nafi dalam perbualan harian. Mereka sedar yang mereka ada kuasa untuk memilih.
Kanak-kanak yang lambat bertutur pula sebaliknya tidak mampu membuat penafian. Semuanya “ya” saja. Semuanya ambil yang hujung saja. Contoh jika kita tanya, “nak makan roti ke, makan mee?” dia jawab “mee”. Tapi bila kita tanya sekali lagi “nak makan mee ke, makan roti?” dia jawab “roti” pula.
Begitu juga jika kita tanya “kucing boleh terbang?” dia jawab “terbang”.
Kanak-kanak usia 3 tahun semakin cekap bertanya soalan. Semua yang dilihat ingin ditanya. Maka barulah ibu bapa sedar betapa banyaknya benda yang kita memang tak tahu.
Bagi kanak-kanak yang lambat bertutur, tiada apa yang ingin ditanya. Mereka terima apa saja yang disediakan seadanya.
Ads
Mungkin mama papa akan lebih jelas apabila membaca perkongsian ini. Namun apakah aktiviti yang sesuai dilakukan jika anak anda yang berusia 3 tahun mempunyai kelewatan bahasa? Ikuti perkongsian daripada Dr Redzal Zainol ini.
Ada anak-anak kecil kita yang begitu takut dan mudah menangis bila nampak wajah asing selain ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Anak perlu dibiasakan untuk dia lebih berani bergaul dengan orang. Jika diwaktu bayinya anak mudah terdedah dengan ramai orang, akan semakin baiklah bila dia semakin membesar.
Hendak berkawan di sekolah misalnya akan menjadi lebih mudah dan begitu menyeronokkan. Malah kanak-kanak yang mempunyai perkembangan sosial yang seimbang pastinya akan memiliki hubungan dengan rakan sebaya yang lebih baik.
Namun, manfaat perkembangan sosial anak tidak terhenti setakat untuk penerimaan sosial semata-mata. Sudah pastinya ia menawarkan beberapa manfaat lain untuk kehidupan si kecil.
Sebagai contoh, dalam 1 kajian yang dilakukan pada tahun 2019 mendapati, kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan mempunyai kemahiran sosial yang baik akan kurang mengalami tekanan. Penyelidik menyifatkan kanak-kanak akan mengalami penurunan hormon kortisol apabila mereka mempelajari kemahiran sosial baharu.
Malahan, kanak-kanak yang mudah bergaul dengan rakan sebaya akan mudah memperolehi kawan baharu. Ini membuktikan sosial skil kanak-kanak di waktu kecil teramatlah penting. Jadi bagaimana hendak membentuk anak kecil kita supaya pandai berkawan?
Pembentukan skil sosial kanak-kanak
Kemahiran sosial adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bukan sahaja rakan sebaya, bahkan melibatkan individu di sekeliling mereka.
Kanak-kanak yang kurang kemahiran sosial dan emosi cenderung untuk mengalami isu seperti buli, perhubungan harian dan juga melibatkan undang-undang. Mereka juga dikatakan akan lebih bergantung kepada bantuan sekeliling.
7 skil sosial kanak-kanak yang penting
Berita baiknya, perkembangan sosial merupakan 1 perkara yang boleh diajar. Jika anda berasakan si kecil mungkin kurang kemahiran sosial, jangan risau! Anda tidak pernah terlewat untuk mendidik mereka.
Berikut disenaraikan 7 kemahiran sosial yang perlu diterapkan dalam diri anak anda:
Berkongsi
Kesanggupan untuk berkongsi makanan atau permainan adalah antara cara terbaik membantu si kecil untuk mempunyai dan kekal berkawan.
Berdasarkan kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan dalam Psychological Science, kanak-kanak seawal usia 2 tahun akan menunjukkan keinginan untuk berkongsi dengan individu lain hanya apabila sumber yang mereka miliki banyak.
Kanak-kanak pada usia 3 hingga 6 tahun akan lebih mementingkan diri daripada berkongsi apabila sumber yang dimiliki sedikit. Pada usia 7 atau 8 tahun, kebanyakan kanak-kanak lebih prihatin dan bersedia berkongsi. Secara keseluruhan, kajian menunjukkan kanak-kanak yang berkeyakinan diri lebih mudah berkongsi sesuatu.
Tindakan tersebut juga membuatkan mereka berasa lebih baik tentang diri mereka. Jadi ajarkan anak anda berkongsi apa sahaja seperti mainan atau makanan untuk tingkatkan rasa yakin dalam diri mereka.
Bekerjasama
Kanak-kanak yang mudah memberi bekerjasama akan lebih mematuhi permintaan individu lain. Mereka juga akan menyumbang, mengambil bahagian dan membantu. Pada usia 3 ½ tahun, kanak-kanak boleh mula bekerjasama dengan rakan sebaya bagi matlamat yang sama. Ia mungkin sekadar melibatkan kerjasama untuk membina menara mainan bersama-sama.
Ada kanak-kanak mungkin akan mengambil posisi sebagai pemimpin, sementara yang lain akan lebih selesa sebagai pengikut. Apa pun, bekerjsama adalah peluang untuk anak-anak belajar tentang diri mereka.
Mendengar
Bukan sekadar duduk diam semata-mata, tetapi ia melibatkan proses penyerapan maklumat yang disampaikan seseorang. Mendengar adalah 1 komponen penting dalam komunikasi sihat. Ini merupakan antara kemahiran sosial kanak-kanak yang perlu ditekankan dalam kehidupan si kecil. Ia dapat membantu anak untuk lebih berjaya di sekolah dengan kemampuan mendengar apa yang disampaikan guru.
Mengikuti arahan
Kanak-kanak yang sukar mengikuti arahan adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah kemudian hari. Disebabkan itu, adalah penting untuk si kecil mempunyai keupayaan menerima dan mengikuti arahan.
Jika anak melakukan kesilapan daripada arahan yang diberikan, ia adalah normal. Kanak-kanak sememangnya mudah terganggu dan lupa apa yang harus mereka lakukan. Anggap kesilapan tersebut sebagai cara mempertajamkan kemahiran mereka.
Hak privasi
Kanak-kanak mungkin sukar memahami apa itu hak privasi tetapi itu tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati mereka. Atas sebab itu adalah penting untuk mengajar anak menghormati hak privasi individu. Sebagai contoh, anda boleh mengajar si kecil untuk mengetuk pintu yang tertutup sebelum membukanya.
Komunikasi mata
Hubungan mata ketika berkomunikasi adalah satu skil sosial kanak-kanak yang perlu dipupuk. Anak anda mungkin malu, tetapi terangkan kepada mereka pentingnya untuk membuat hubungan mata ketika berkomunikasi.
Ia mungkin sukar, tetapi anda boleh memberikan galakkan dan pujian kepada anak jika mereka berjaya membuat hubungan mata apabila bercakap dengan seseorang.
Mempunyai adab
Ucapan terima kasih, maaf dan tolong merupakan antara adab yang paling penting dalam kehidupan seseorang, khususnya si kecil. Ini membantu si kecil mendapatkan pujian yang sewajarnya apabila mereka berjaya melakukannya tanpa sebarang paksaan.
Sudah tentu ia memerlukan kesabaran. Tetapi percayalah ia merupakan perkembangan sosial anak paling utama yang perlu sentiasa diterapkan dalam kehidupan.
Sentiasa mengingatkan si kecil
Ia adalah normal untuk si manja terlupa apa yang telah anda ajarkan kepada mereka. Usah marah, sebaliknya tegurlah dengan cara yang baik dan berhemah.
Sentiasa mengingatkan mereka tentang kepentingan skil sosial dalam kehidupan mereka. Normal untuk si manja terlupa apa yang telah anda ajarkan kepada mereka. Jangan marah, sebaliknya tegurlah dengan cara yang baik dan berhemah.
Sentiasa mengingatkan mereka tentang kepentingan skil sosial dalam kehidupan mereka.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di era digital yang pantas, anak-anak mudah terjebak dengan skrin telefon pintar dan tablet, hingga kadang lupa aktiviti kreatif tradisional seperti melukis. Tapi sebenarnya, melukis adalah satu terapi dan alat pembelajaran yang sangat berkuasa untuk perkembangan kanak-kanak. Melukis bukan sekadar bermain warna, ia bantu anak bina kemahiran motor, mengekspresikan emosi, dan merangsang kreativiti. Dalam artikel ini, kita bongkar kebaikan melukis dan cara praktikal untuk ibu bapa jadikan hobi ini sebahagian daripada kehidupan anak-anak.
Setiap kali anak memegang berus, pensel warna, atau alat lukisan lain, mereka sebenarnya sedang melatih otot-otot kecil pada tangan yang disebut kemahiran motor halus. Ini sangat penting untuk perkembangan fizikal anak kerana ia memberi mereka kawalan dan koordinasi tangan yang lebih baik. Kemahiran ini menjadi asas penting bagi aktiviti harian seperti menulis, memegang sudu, memasang butang baju, dan mengikat tali kasut. Kajian juga menunjukkan anak yang aktif dengan aktiviti motor halus cenderung lebih fokus dan cekap dalam tugasan sekolah.
Anak kecil seringkali tidak mampu meluahkan perasaan dengan kata-kata, terutama bila mereka rasa takut, gembira, atau sedih. Melukis jadi saluran terbaik untuk mereka menyatakan apa yang terbuku dalam hati tanpa rasa takut atau malu. Melalui warna yang dipilih dan bentuk lukisan, ibu bapa boleh baca “bahasa” emosi anak. Contohnya, warna gelap mungkin menunjukkan rasa takut atau marah, manakala warna cerah melambangkan kebahagiaan. Ini penting untuk ibu bapa faham dan respon dengan empati kepada keperluan emosi anak.
Dalam dunia yang penuh dengan gangguan seperti notifikasi telefon dan permainan video, anak-anak sukar belajar beri tumpuan pada satu perkara dalam jangka masa lama. Aktiviti melukis menggalakkan mereka untuk fokus pada detail dan sabar menyiapkan karya seni. Proses melukis mengajar anak untuk bertahan walaupun berdepan cabaran seperti warna yang tak jadi atau lukisan yang tak sempurna. Kemahiran fokus dan kesabaran ini sangat berguna untuk pembelajaran akademik dan kehidupan harian.
Salah satu kelebihan melukis ialah kebebasan berekspresi tanpa had. Tiada peraturan ketat, tiada cara “betul” atau “salah” untuk melukis. Anak-anak bebas bereksperimen dengan warna, bentuk, dan idea mereka sendiri, yang bantu merangsang minda kreatif. Kreativiti ini bukan saja bermanfaat dalam seni, tapi juga dalam penyelesaian masalah, inovasi, dan kemahiran berfikir kritis kelak. Kanak-kanak yang diberi ruang untuk kreatif biasanya lebih yakin dan berani mengambil risiko dalam pelbagai aspek kehidupan.
Melukis bukan hanya hobi semata, tapi satu pelaburan besar untuk perkembangan minda, emosi dan fizikal anak. Dengan dorongan, ruang dan sokongan yang ibu bapa berikan, anak-anak dapat bina keyakinan, kreativiti dan ketahanan emosi yang sangat berguna sepanjang hayat mereka. Jadi, jom warnai dunia anak kita dengan sapuan berus penuh kasih sayang dan dorongan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bemain ialah fitrah kanak-kanak. Menerusi bermain anak mudah faham & ingat. Manakala pengulangan pula bantu perkembangan sel otak.
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar, konsultan keibubapaan dengan bermain anak 20 kali ganda lebih mudah faham. Jadi ibu bapa jangan rimas kalau anak buat perkara sama berulang kali, itu tanda sel otak sedang berhubung.
Beliau menampilkan kajian yang dilakukan oleh saintis di mana pengulangan menerusi bermain jauh lebih berkesan kepada kanak-kanak!
KANAK-KANAK BELAJAR LEBIH EFEKTIF DENGAN PENGULANGAN
Secara umumnya kita sudah pun tahu bahawa kanak-kanak belajar dengan efektif apabila sesuatu pembelajaran itu berlaku secara berulang-ulang. Contohnya
Tingkah laku yang positif juga boleh dipupuk jika dilatih dan diamalkan secara berulang-ulang.
BANTU BINA PERHUBUNGAN NEURON DALAM OTAK
Pengulangan atau ‘repetition’ ini sangat penting untuk proses pembelajaran kerana pengulangan inilah yang membina perhubungan neuron dalam otak. Perhubungan neuron ini diperkukuhkan lagi apabila pengulangan berlaku.
DENGAN BERMAIN, TAK PERLU ULANG BANYAK KALI UNTUK INGAT
Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa BERMAIN tidak memerlukan pengulangan yang banyak bagi mewujudkan perhubungan neuron.
Ini kerana bermain itu sendiri adalah kaedah pembelajaran yang SANGAT EFEKTIF bagi kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari pelbagai perkara melalui bermain, walaupun mereka kelihatan releks dan santai, kerana itulah tugas hakiki mereka.
PAKSA DUDUK DIAM BERTENTANG DENGAN PROSES PEMBELAJARAN
Memaksa kanak-kanak untuk duduk diam di meja pada satu jangkamasa yang lama tanpa sebarang pergerakan atau penerokaan adalah ‘counter productive’ bagi proses pembelajaran.
Ini merupakan satu penderaan intelektual kerana ia melawan fitrah semulajadi kanak-kanak.
Bandingkan 400 pengulangan dan 20.
Bezanya sungguh banyak.
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.