Pelakon terkenal Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila beliau berkongsi momen istimewa bersama keluarganya sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.
Dalam hantaran terbaru di Instagram, Fattah meluahkan rasa syukur atas peluang ini dan memohon doa daripada para pengikutnya.
“Assalamualaikum semua..doakan perjalanan kami sekeluarga menjalani ibadah umrah di permudahkan, di lindungi serta mendapat umrah yang mabrur Insha Allah. ”
Perkongsian itu dihiasi dengan foto sederhana Fattah bersama keluarganya, yang memancarkan ketenangan dan kegembiraan dalam menjalani ibadah penuh keberkatan ini.
Ads
Langkah ini jelas menunjukkan bahawa Fattah mencari ketenangan jiwa dan kekuatan spiritual melalui ibadah. Perjalanan ke Tanah Suci ini bukan sahaja menjadi medan muhasabah diri tetapi juga satu bentuk penghargaan terhadap rahmat dan peluang yang Allah berikan.
Semoga Fattah Amin terus tabah menghadapi setiap cabaran, dan perjalanan ibadah ini membawa ketenangan serta kekuatan baru dalam dirinya. Ini juga menjadi inspirasi buat kita semua, bahawa setiap dugaan adalah peluang untuk kita kembali kepada-Nya.
Terdahulu, Fattah menjadi bualan hangat ramai apabila dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran bagi jenama daging perap terkenal, Pak Mat Western yang sudah berkuatkuasa sejak 20 November lalu.
Ads
Tindakan Fattah ini mendapat respon positif daripada peminat yang membanjiri ruangan komen.
Sekadar info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Ads
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Setiap lelaki apabila telah berkahwin dan memiliki anak tentunya mahu menjadi bapa dan suami mithali. Kelahiran bayi pastinya menyempurnakan kehidupan kehidupan berumah tangga.
Seiring dengan kehadiran zuriat, pastinya akan berlaku perubahan kehidupan. Bersediakah anda, wahai lelaki untuk bergelar ayah dan suami mithali?
Kelahiran bayi vs perubahan kehidupan
Setiap hubungan pastinya akan melalui beberapa perubahan besar dalam kehidupan setelah kelahiran bayi. Ia boleh menjadi sesuatu yang baik mahupun sebaliknya. Sudah tentu ia akan melibatkan keperluan untuk menjaga bayi.
Tetapi apakah perubahan dalam kehidupan yang mungkin berlaku?
Usah bimbang wahai bakal ayah, apa yang akan dikongsikan ini adalah perkara yang boleh anda dan pasangan jangkakan nanti.
Menyesuaikan diri selepas kelahiran bayi
Selepas bayi selamat dilahirkan, anda dan pasangan akan memulakan tugas sebagai ibu bapa. Ini kerana bayi akan bergantung 100% kepada anda untuk melakukan semua perkara – menukar lampin, mandi, menyusu dan mendodoikannya.
Sememangnya bayi yang baru lahir kerap tidur – namun si kecil juga akan bangun pada waktu malam untuk menyusu dan menukar lampin. Jika tidak kena gayanya, si manja mungkin akan mendendangkan tangisan nyaring pada waktu tengah malam.
Sebagai bapa baharu, pastinya anda akan mendapati kehidupan pasca kelahiran ini lebih berkisar mengenai bayi: penyusuan, waktu tidur dan terjaga serta penjagaan harian.
Ia bukanlah jadual rumit tetapi ia lebih kepada keperluan yang menuntut banyak kesabaran. Kebiasaannya, minggu-minggu pertama selepas kelahiran si kecil, ayah dan sudah tentunya ibu dapat tidur yang mencukupi.
Tidak cukup tidur
Mendapat tidur yang mencukupi bermakna tahap pemikiran anda pada keesokan harinya akan berada pada tahap yang baik.Anda juga mampu menyelesaikan masalah dengan mudah. Dalam bahasa yang mudah, anda akan berasa lebih bertenaga, gembira dan bahagia.
Sebaliknya, jika tidak mendapat tidur yang mencukupi, sudah tentu emosi dan fikiran akan lebih mudah terganggu. Anda akan cepat marah dan melenting.Begitu jugalah keadaan yang boleh terjadi kepada ibu ayah yang tidak cukup tidur. Ditambah pula dengan tekanan menjaga bayi yang baharu dilahirkan.
Pada waktu ini, apabila keadaan mental dan fizikal yang tertekan, maka amat mudah untuk anda melafazkan kata-kata yang boleh menyebabkan salah faham dan akhirnya berlakulah pertengkaran.
Emosi bercampur-baur dan kecewa
Bergelar bapa baharu pastinya melibatkan gabungan pelbagai emosi bersama perubahan kehidupan dari pelbagai sudut.Ia bukanlah 1 perkara mudah untuk menjaga anak kecil, apatah lagi tiada buku manual sempurna untuk dijadikan panduan.
Kelahiran bayi
Jika si kecil menangis dan tiada apa yang dapat menenangkannya, anda pastinya akan berasa sedih, bimbang dan kecewa. Ia juga keadaan normal untuk anda dan pasangan berasa seperti tidak berguna.
Ada sesetengah bayi, mempunyai keperluan tambahan yang mungkin didasari oleh masalah perubatan.Jika ini situasi yang dialami, anda dan pasangan akan lebih berasa tidak berdaya, kecewa atau bimbang.
Lebih banyak konflik, kurang kebebasan
Pasangan yang baharu kelahiran bayi sering mengalami lebih banyak konflik. Ini disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dan difikirkan dalam masa yang sama.
Pada tempoh itu, anda mungkin tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang keperluan si suami, begitu juga dengan si isteri.Selain menyesuaikan diri dengan rutin bayi dan masalah kurang tidur, isu kewangan juga mungkin menjadi faktor lain yang menyumbang kepada tekanan.
Sudah tentu apabila mendapat zuriat, tanggungjawab anda semakin bertambah, begitu juga dengan keperluan kewangan yang meningkat.Lebih parah lagi jika anda seorang sahaja yang bertanggungjawab dalam mencari nafkah buat isi rumah.
Anda juga sedar yang anda semakin tidak mempunyai masa untuk ‘me-time’ seperti dahulu. Tiada lagi kebebasan keluar minum petang dan lepak bersama rakan-rakan.
Perkara-perkara di atas yang melibatkan perubahan kehidupan, umumnya boleh menjadi punca kepada tekanan, kekecewaan dan konflik pada anda dan pasangan.Pada akhirnya, anda mungkin akan kerap bertengkar, berselisih faham, mengelakkan perbincangan, berasa marah dan memutuskan komunikasi antara kalian berdua.
Semua itu tanda bahawa hubungan perkahwinan kalian berada dalam tekanan.
Cara pengendalian terbaik
Berbincanglah dan bertolak-ansurlah dengan pasangan. Ia membantu menjaga hubungan agar terus utuh.
Semasa tempoh kehamilan lagi anda sudah boleh berbincang dan membahagikan tugasan menjaga bayi.Ia nampak remeh, namun jika dipraktikkan dengan betul, ia dapat membantu mengurangkan tekanan.
Meluangkan masa bersama juga pasti membantu dalam mengurangkan tekanan. Mungkin anda boleh temankan pasangan yang bangun menyusukan si kecil lewat tengah malam. Percayalah, perkara semudah itu, boleh menjaga keharmonian rumah tangga. Cubalah amalkan ya!
Rezeki memiliki tiga cahaya mata perempuan adalah anugerah terindah buat jaguh berbasikal dunia, Datuk Azizulhasni Awang dan isterinya.
Menerusi perkongsian Azizul di Instagramnya, melayani tiga anak perempuannya sama rata menjadi keutamaannya.
Malah katanya lagi, tiada istilah melebihkan mana-mana anak, bahkan dia mengutamakan didikan dan layanan sama rata buat anaknya.
“Indahnya kehidupan berkeluarga ini adalah apabila melihat corak dan warna yang dimiliki oleh setiap anak.
“Anak yang pertama ada perwatakan dia, anak kedua pula karenahnya berbeza dan begitu jugalah dengan anak yang ketiga.
“Antara ketiga-tiga anak ni yang manakah paling favourite buat saya? Jawapan dia adalah takda favourite pun, saya cuba melayan setiap anak ini secara sama rata,” katanya berkongsi.
Akui Azizul lagi, apa yang dilakukannya adalah tidak hanya membelikan barangan yang sama, bahkan cara layanan juga perlu sama mengikut peringkat umur masing-masing. Itu sebaiknya.
“Kadang-kadang sama rata itu bermaksud setiap anak perlu diberikan benda yang sama.
“Kadang-kadang juga sama rata itu bermaksud setiap anak perlu diberikan layanan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap pembesaran mereka.
“Ada ke rakan-rakan di social media saya ni yang menggunakan pendekatan yang sama? Kongsi skit guys saya nak tahu,” tulisnya.
Terdahulu, Azizul mendirikan rumah tangga bersama Datin Athiah Ilyana Abd Samad pada tahun 2010. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Amna Maryam, Amna Khadeeja dan Amna Fateema.
Mendidik anak sejak kecil perlukan satu usaha yang bukan sedikit. Selain mendidik anak untuk belajar dengan baik, beberapa amalan surah tertentu juga perlu diamalkan oleh ibu bapa.
Pelakon, Lufya Omar turut berkongsi caranya dengan mengamalkan beberapa surah hariannya setiap pagi dan malam yang diamalkan pada anaknya.
Melalui perkongsian video Lufya menerusi Instagramnya, ibu cantik jelita ini turut mengamalkan surah Ar-Rahman dan doa untuk belajar setiap pagi dan malam.
Amalan surah ini boleh dijadikan panduan untuk mendidik anak-anak.
“Back to school. Ini yang saya selalu buat setiap pagi dan malam pada anak.
“Alhamdulillah lebih mudah anak nak belajar dan hafal surah. Getting better in speech ❤️#speechdelaytheraphy,” tulisnya.
Lufya juga turut berkongsi tanda pagar terapi ‘speech delay’ pada kapsyennya sebagai salah satu usaha untuk menguatkan memori anak dan melancarkan percakapan anak.
Malah turut berkongsi doa sebelum belajar yang turut dibacakannya pada anaknya. Lufya juga tidak ketinggalan menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya termasuk tip untuk merawat anak speech delay.
“Boleh usaha doakan seperti ini, banyakkan baca buku dan communicate dengan dia. Berikan fish oil setiap pagi (ada flavour strawberry n etc,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Lufya yang mendirikan rumahtangga dengan bekas suami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...