Sebagai ibu dan ayah, tanggungjawab kita bukan sekadar memberi makan dan minum kepada anak-anak tapi lebih dari itu. Sehinggakan semasa tidur pun kita digalakkan melakukan beberapa perkara untuk merangsang minda separa sedar mereka.
Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi mereka secara keseluruhannya.
Amalan Ketika Anak Sedang Tidur
1) Setiap malam apabila anak tidur kita hendaklah wiridkan Ya Latif (Yang Maha Melembutkan) ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali
Ads
2) Membaca surah Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
3) Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita semasa anak tengah tidur tu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. Kalau boleh usaplah tangan atau rambutnya agar anak berada dalam keadaan separuh sedar.
Ads
4) Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, contohnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak-anak kita.
Sentiasalah berdoa agar anak-anak kita menjadi anak soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pemandangan: alfurqan74
Ads
(Al-Furqan: Ayat 74)
Semoga menjadi amalan seharian kita, dan anak-anak menjadi saham akhirat kita kelak. Amin.
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri, kan? Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa. Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan.
Kebimbangan mengenai sikap anak
Sebagai ibu bapa, pastinya tertanya-tanya apakah perwatakan anak yang mungkin di luar batasan normal seorang kanak-kanak.
Tidak dinafikan pada tahap tertentu, anda perlu berdepan dengan tingkah laku anak yang mungkin mendatangkan masalah.
Pastinya cara anda bertindak balas terhadap sikap anak itu memainkan peranan utama.
Pun begitu, terdapat beberapa perangai anak boleh dianggap sebagai petanda masalah yang lebih serius dan memerlukan bantuan profesional.
Fahami perangai anak
5 sikap anak berikut mungkin bermaksud mereka menderita gangguan tingkah laku atau didasari masalah tertentu.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda mengenal pasti permasalahan anak, seterusnya membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional bagi pencegahan awal.
#1. Membantah
Walaupun terdapat banyak penjelasan yang mendasari perangai anak ini, namun seringkali ia disebabkan gangguan tingkah laku seperti:
Gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD)
Gejala bertentangan dan bantahan (oppositional defiant disorder, ODD)
Conduct disorder (CD). Selalu tanda-tanda gangguan di atas sering bertindih kerana mempunyai gejala yang lebih kurang sama. Namun, perwatakan anak yang suka membantah ini akan lebih terserlah pada anak dengan ODD dan CD.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan, ia adalah perkara biasa untuk seorang anak menguji had kesabaran anda. Jadi jika anak membantah permintaan anda, tawarkan sesuatu kepadanya, seperti, “Kalau Qila kemas mainan, kita boleh pergi berjalan di taman.”
Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengikutinya, berikan amaran yang diikuti dengan akibat. Paling penting, pastikan anda konsisten. Jangan hari ini anda memarahi perangai mereka dan keesokan harinya, tiada sebarang hukuman jika anak mengulanginya.
#2. Kurang tumpuan
Antara sikap anak yang paling menguji kesabaran ibu ayah apabila mereka tidak memberikan fokus. Situasi ini seringkali berlaku jika mereka tidak berminat kepada sesuatu perkara itu.
Namun, sekiranya anda menyedari mereka sukar menumpukan perhatian atau kerap bertukar aktiviti tanpa menyelesaikannya, ia mungkin gejala ADHD.
Anak juga mungkin tampak impulsif – melakukan sesuatu dengan terpaksa dan terlalu aktif.
#3. Agresif secara fizikal
Bermula daripada tantrum hingga interaksi negatif dengan rakan sebaya lain, perangai anak yang agresif secara fizikal pastinya perlu ditangani segera.
Sebagai contoh, bagi anak dengan CD, perwatakan ini mungkin akan dikembangkan dengan mencederakan haiwan pula.
Secara keseluruhan, anak akan mungkin lebih terlibat dalam pengaduhan dan sukar mendengar kata.
#4. Menyalahkan individu lain
Apabila anak berkelakuan buruk, adakah mereka akan menyalahkan individu lain?
Secara umumnya, ia adalah sikap anak yang biasa untuk mengelak daripada mendapat masalah. Tetapi bagi anak yang mempunyai gangguan tingkah laku, perwatakan ini akan lebih ketara dan kerap dilakukan.
Anda akan melihat perangai anak yang secara berterusan tidak mahu menggalas tanggunjawab serta keengganan untuk menanggung kesalahan mereka sendiri.
#5. Tingkah laku antisosial
Jangan tersilap ya parents, sikap malu dan antisosial tidak sama. Biasanya kanak-kanak lelaki yang menghidap conduct disorder akan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial berbanding kanak-kanak perempuan.
Tingkah laku antisosial yang teruk pada fasa awal kanak-kanak akan membawa kepada diagnosis CD atau ODD.
Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat pelanggaran peraturan sosial, mengingkari autoriti dan mengabaikan individu lain.
Mengubah tingkah laku anak
Umumnya, seorang kanak-kanak cenderung meneruskan tingkah laku yang sama apabila diberikan penghargaan dan menghentikannya apabila tidak diendahkan.
Konsistensi tindak balas anda terhadap perangai anak adalah penting.
Ini kerana jika anda pernah memberi pujian di atas sikap anak yang tertentu, tapi pada hari lain hukuman diberikan untuk tingkah laku yang sama, ia boleh menyebabkan mereka keliru.
Apabila anda menganggap tingkah laku anak sebagai keadaan yang mendatangkan masalah, tiga pilihan berikut boleh dilakukan:
Perlu diingat bahawa adalah perkara biasa bagi anak-anak membuat perangai sekali-sekala.
Ini merupakan satu proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak anda. Tetapi, jika masalah tingkah laku tidak bertindak balas terhadap strategi disiplin atau sikap anak mula menjejaskan pelajaran dan hubungan rakan sebaya, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat ukhuwah dalam keluarga Johan Raja Lawak dan Ozlynn (Pelakon Terkenal) sangat mendamaikan hati. Begitu kuat ikatan kekeluargaan yang diterapkan oleh Johan dan isterinya.
Menerusi akaun instagram Jozlynn (Johan & Ozlynn), beliau memuatnaik gambar selepas selesai berjemaah dengan kepsyen yang panjang. Ozlynn menceritakan bagaimana setiap kali berjemaah, Johan akan menasihati anak-anak mereka tentang kehidupan dan tangunggjawab.
Setiap Kali Berjemaah , Papa Bagi Peringatan Untuk Anak-Anak
Yg korg nmpk.. reality nya gambar sebelah.. tah nape semalam sayu je.. tp mmg setiap kali berjemaah papa bg peringatan utk anak2.. sb arini sehari suntuk mama ngan papa keje.. so hanya kak doti je yg akan uruskan dorg..
so papa pesan dgr ckp kak doti (maid) apa saja arahan dr kakak dorg kena ikut.. sb bila papa ngan mama keje.. kak doti la papa dan dia jugak mama.. jgn aniaya dia.. jgn sshkan ati mama papa.. kamu sume bkn anak org kaya.. kalau belajar x pandai ke, apa ke trus dpt waris harta atau syarikat.. pesan papa lg.. kalau papa kaya skalipon tu duit papa ngan mama.. bkn duit kamu sume..
Tanggungjawab Papa Untuk Bagi Ilmu Dunia Akhirat
tanggungjwp papa utk membesarkan, mendidik, bg ilmu dunia akhirat.. so semua kena balance dan sederhana.. kalau kamu semua nk lebih.. tunggu kamu kerja nnt.. nak beli hp??? Nak motor?? Nak kereta?? Beli sendiri..
Jangan Complain & Memilih Makanan, Ingat Betapa Susah Nak Cari Rezeki
baru kamu appreciate diri, family , kehidupan bila kamu tahu betapa sshnya mencari rezeki.. sb tu papa ckp jgn milih makanan.. apa yg mama masak makan.. jgn komplen.. dan pastikan abes jgn bazir..apa yg mama sediakan pakai.. jgn demand.. papa masa kecik dulu ssh.. papa tegur sb papa syg.. dulu seminggu nak dpt mkn ayam pon ssh.. selalunya makan nasi, minyak dgn garam jek.. nak air abc?? Carik besi jual.. baru dpt.. korg sume hari2 papa boleh bg ayam.. so bersyukur la nak..
Di Usia Anak 6 Tahun, Anak Cuba Memahami Apa Yang Disampaikan Johan
Allahu.. sunyi umah.. yg kita dgr bunyi esakan tangisan anak kecil.. haziq kat tepi dh bape kali kesat air mata.. di usia 6 tahun dan memahami apa yg cuba disampaikan papa dia… walaupon esoknya mungkin boleh buat prangai sama balik.. tp sekurangnya dia ada hati.. tu yg kita nak..
Semua Tahan Sebak, Chantiqq?? Dia Dah Berkeroh Sebelah Aku
abg ariq n abg sodiq dh banjir.. mama tahan sebak.. papa mata dh merah… kak doti n moleiq tunduk seolah2 paham isi hati papa.. chantiq???? Haissshhh dia dh berkeroh sblh aku.. anak bertuah semuanya.. #kasihnyaayah#kasihnyaibu ya Allah.. kau peliharalah dan lindungilah keluargaku dan juga semua hambamu didunia ini ya Allah.. aameen..
Sambil ibu bapa bekerja dari rumah, anak-anak pun belajar secara atas talian, apa kata untuk rehatkan minda boleh sama-sama buat aktiviti ini untuk mencantikkan bilik tidur, bilik belajar atau bilik mainan anak-anak. Hanya DIY lampu yang comel dengan menggunakan kotak terpakai, hasilnya memang sangat lawa.
Seperti perkongsian seorang ibu ini Nani Idayu, dia berkongsi cara membuat lampu yang comel dengan bajet yang sangat murah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nak kongsi DIY lampu bilik anak-anak guna kotak. Projek mak-mak, bajet murah je cuma kena ada kotak, led strip light dan lampu liplap Mr Diy.
Nak tahu lanjut cara membuatnya, semuanya ada pada setiap gambar.
1) Bahan utama wajib ada kotak yang keras dan tebal, bagi kukuh.
2) Setelah dilukis kena potong, saya guna cutter biasa tapi kena betul-betul sharp, buat base 2 keping sebab permukaan besar kena bagi tebal, lepastu letak tulang sikit bagi gap antara lampu dengan dinding, saya guna glue gun untuk gam board.
3) Depan kita tambah board ice cream cair dan kena gigit bagi nampak sedap.
4) Ni comot sikit sebab guna pakai lampu led strip light yang lama kat rumah ni, kalau nak beli boleh cari di Shopee. Macam-macam size ada, guna yang pendek ja, lekat keliling belakang board tau.
5) Lepastu colorkan, saya guna poster color tu ja yang ada, campur jugak dengan foam sheet warna warni. Model tu umur 8 tahun sama besar dengan ice cream tu.
6) Tada..Dah siap boleh gantung.
7) Seterusnya anak mintk tmbh lampu aiskrim haha umi layan ja, sama jugak mcm td base 2 keping potong dan gamkan dgn glue gun
8) Lpstu masukkn lmpu dr mr diy ni , tebuk lubng dlu dn masukkan, gam bulb lampu tu di kedudukannya
9) Warnakan lampu guna buncho ja apa yang ada di rumah, dari bahagian depan ginila kejadian lampu tu.
Ok dah siap boleh gntung, jangan ditanya rainbow beli mana, saya diy jugak yang tu hehe…
*Untuk faktor keselamatan, anak dah tidur saya tutup lampu, bukak kejap je untuk bagi mood best masa mereka nak lelapkan mata.
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!