Kemalangan tragis yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, bukan sekadar sebuah tragedi. Ia meninggalkan trauma mendalam satu luka jiwa yang mungkin takkan pernah sembuh buat mangsa yang terselamat dan keluarga yang ditinggalkan.
Abdul Wafiy Kamarudin, 23, ketika berkongsi detik cemas itu dengan Bernama berkata impak kemalangan itu terlalu kuat sehingga dia sendiri tercampak keluar daripada bas dan paling mengerikan apabila badannya turut ditimpa mayat seorang daripada mangsa nahas.
Abdul Wafiy yang juga seorang pelajar semester enam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni berkata dalam keadaan samar di waktu malam, dia yang ketika itu sedang melihat telefon bimbit dapat merasakan bas yang dinaiki bergerak dalam keadaan laju ketika menuruni bukit di jalan berselekoh.
“Pemandu bas ada berhenti seketika untuk memeriksa brek kenderaan sebelum meneruskan perjalanan dan tiba-tiba sekitar jam 1 pagi, bas itu terbalik dan menyebabkan saya tercampak keluar dari tingkap sehingga masuk ke dalam longkang.
Ads
“Keadaan ketika itu sangat kelam-kabut dan saya terperanjat apabila mendapati ada satu mayat berada di atas badan saya. Saya terpaksa mengalihkannya ke tepi untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui semasa mengambil barangan peribadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini hari ini.
Anak bongsu daripada enam beradik yang berasal dari Kampung Pak Kancil, Setiu di Terengganu itu bagaimanapun bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan pada kedua-dua belah tangan dan muka.
Sementara itu, bapa kepada seorang lagi mangsa, Mohd Zaki Ismail berkata anaknya Rohadatul Aisy, 21, ada menghubunginya sekitar pukul 3 pagi dan memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan itu.
Ads
“Ketika itu dia (Rohadatul Aisy) beritahu keadaannya tidak boleh bergerak sebab sakit leher dan pinggang sehingga ada kawan yang bantu bawa dia keluar dari bas itu.
“Saya terus bertolak dari Kampung Gong Badang, Besut, Terengganu jam 8 pagi dan setibanya di Hospital Gerik saya dapati anak patah tulang pinggul,” katanya.
Ads
Beliau berkata anaknya ketika ini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Besut, manakala dia dan isterinya Norliza Ghazali pula sedang dalam proses mengambil barangan peribadi di IPD Gerik.
Dalam kejadian awal pagi semalam, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB berhampiran Tasik Banding.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
Sumber: Bernama & Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun kehilangan nyawa dalam kemalangan tragis, manakala lima ahli keluarganya cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 164.7 Lebuhraya Pantai Timur, awal pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata kejadian berlaku sekitar jam 1.56 pagi, di mana Muhammad Al Amin Mohd Adil, yang duduk di tempat penumpang hadapan Toyota Alphard itu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kenderaan berkenaan dinaiki mangsa bersama bapanya yang berusia 41 tahun, ibunya (42) dan tiga adiknya berusia 10, lapan dan setahun sembilan bulan.
Pemergian anak kecil ini amat memilukan, apatah lagi ketika dia sedang dalam perjalanan bersama keluarga tercinta.
Katanya lagi, keluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kuala Terengganu. Sebaik tiba di lokasi, kenderaan berkenaan dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
“Siasatan mendapati pemandu lori itu memberhentikan kenderaan untuk menukar tayar belakang kiri yang rosak dan kon keselamatan diletakkan di belakang sebagai tanda amaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhammad Al Amin adalah murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Puchong, Selangor.
Susulan nahas itu, Kim Wai berkata, bapa, ibu dan tiga adik mangsa cedera parah serta dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.
Pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau menggesa agar masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
“(Ini) kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Menegaskan bahawa kegagalan bukan pilihan dalam soal menangani Covid-19, Dr Noor Hisham turut memperkatakan tentang bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.
“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.
Beliau mengakhiri hantaran itu dengan pesanan berikut kepada orang ramai, “Duduk di rumah dan jangan keluar.”
Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangkan akan menjangkiti lebih ramai orang.
Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat Covid-19 semalam. -Bernama
Pa&Ma: Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab serta mengambil berat soal keselamatan orang lain, ikut setiap arahan yang dikeluarkan pihak berwajib.
Elakkan dari berkumpul di satu-satu kawasan sehingga membentuk sebuah perhimpunan atau keluar merentas negeri.
Setiap apa yang kita lakukan hari ini mungkin meninggalkan kesan buruk kepada diri sendiri atau orang lain pada masa akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergurau dengan anak-anak adalah perkara biasa yang dilakukan oleh ibu ayah. Itulah yang membuatkan hubungan kita dengan mereka bertambah ‘kuat’. Begitu juga dengan Tomok yang merupakan antara selebriti yang gemar berkongsi gelagat anak-anaknya di media sosial.
Baru-baru ini ketika bermain dengan anak perempuannya, terkejut Tomok bila Khadijah menangis sambil memanggil Mama. Siapa Mama tu? Yang lucunya, kapsyen Tomok kerana kita semua tahu anak-anak mereka memanggil isterinya dengan panggilan ‘Dibu’.
“Mama mana pulak ni..jangan buat ayah pening khodijahhhhhhh..jangan macam macam 🤣”
Memang lucu betul situasi waktu tu, dapat juga kita dengar suara Dibu bertanya siapa Mama yang dipanggil Khadijah tu? Netizen juga meninggalkan komen di video yang dikongsikan oleh Tomok itu.
Antara komen lucu yang ditinggalkan oleh rakan-rakan artis serta orang ramai di video Tomok:
Comel sangat Khadijah. Mesti kena usik dengan Tomok sampai menangis panggil Mama. Sesetengah orang kata, kadang-kadang sebutan mama tu menunjukkan yang anak tengah lapar nak makan. Yang pasti, isteri Tomok pun sporting dan terhibur dengan telatah Khadijah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor bantu buat laporan penderaan. Tapi segalanya tak sempat. mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital. Masih kecil, baru 9 tahun.Dia dihantar ke hospital oleh...