Khasiat kembang semangkuk, turunkan suhu badan anak demam, legakan batuk. Kembang semangkuk mungkin bukan nama yang asing dalam dunia perubatan tradisional.
Khasiat Kembang Semangkuk, Turunkan Suhu Badan Anak Demam, Legakan Batuk
Kembang semangkuk sering digunakan dalam pelbagai petua kesihatan, termasuk untuk menurunkan suhu badan anak yang demam. Ibu bapa yang mencari alternatif semula jadi untuk meredakan demam anak boleh mencuba manfaat herba ini.
Cara-caranya:
1.Rendam 2 biji kembang semangkuk ke dalam air.
2.Selepas setengah jam, tapis. Ambil airnya.
3.Airnya dicampur sedikit madu. Minum 3 kali sehari.
*Juga boleh dijadikan pengganti air kosong, simpan dalam botol, minum sekerap mungkin.
Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Untuk bayi bawah 1 tahun dan menyusu badan, ibu yang kerapkan minum. Sesuai untuk 1 tahun ke atas.
Ads
Apa Itu Kembang Semangkuk?
Kembang semangkuk ialah biji daripada pokok Scaphium spp., yang banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara. Apabila direndam dalam air, biji ini akan mengembang dan menghasilkan lapisan jeli yang jernih. Bahagian jeli inilah yang sering digunakan dalam minuman tradisional untuk tujuan kesihatan.
Khasiat Kembang Semangkuk Untuk Anak Yang Demam
1. Menyejukkan Badan Secara Semula Jadi
Kembang semangkuk dikenali sebagai herba yang bersifat penyejuk. Ia membantu menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam. Apabila anak demam, badannya kehilangan banyak air akibat peluh dan suhu badan yang meningkat. Minuman kembang semangkuk dapat membantu menghidrat badan dan menyejukkan dari dalam.
2. Memberikan Hidrasi Tambahan
Demam boleh menyebabkan anak mudah dehidrasi, terutama jika mereka kurang berselera untuk minum air. Air rendaman kembang semangkuk boleh menjadi alternatif yang menyegarkan dan membantu memastikan tubuh anak kekal cukup air.
3. Melegakan Tekak Dan Batuk
Kadangkala, demam datang bersama dengan batuk dan sakit tekak. Jeli kembang semangkuk mempunyai tekstur licin yang membantu melegakan tekak yang kering dan gatal. Ini sangat berguna untuk anak-anak yang tidak suka ubat batuk tetapi memerlukan sesuatu untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
4. Membantu Sistem Penghadaman
Selain menyejukkan badan, kembang semangkuk juga baik untuk sistem pencernaan. Anak yang demam kadangkala mengalami masalah perut seperti sembelit atau kembung. Minuman kembang semangkuk boleh membantu melancarkan pencernaan dan memberikan rasa lebih selesa kepada anak.
Ads
ELAKKANLAH MAKANAN/MINUMAN INI KETIKA BERKAHAK:
Makanan yang menghasilkan kahak – gula, junkfood, fastfood, cikedis, coklat, aiskrim, kek, biskut, susu tepung, susu (walau organik sekalipun), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli, rye.
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak kita tidak tinggalkan.
Di Mana Nak Dapatkan Biji Kembang Semangkuk?
Pasar harian, pasaraya bahagian rempah/barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain.
Juga ada yang telah dipekkan. Harganya dalam 3-4 ringgit saja, lebih kurang 10 biji.
Kembang semangkuk adalah herba semula jadi yang boleh membantu menyejukkan badan anak ketika demam, menghidrat tubuh, dan melegakan tekak. Walaupun ia selamat digunakan, pastikan anak minum dalam jumlah sederhana dan tidak berlebihan. Jika demam anak berlarutan atau semakin teruk, segera dapatkan rawatan doktor untuk langkah seterusnya.
Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika suhu dah mula lebih dari 38 darjah celcius ke atas.
Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan tersebut.
Biasanya demam akan hilang dalam masa beberapa hari dan demam sebenarnya memainkan peranan penting dalam membantu badan melawan beberapa jangkitan.
Namun sekiranya anak tiba-tiba panas tengah malam dan tiada bahan lain di rumah jangan cepat panik.
Ibu kena pastikan basahkan dulu kepala anak dan lap badannya dengan air campuran asam jawa sikit untuk cepat kurangkan suhu badan.
Selain kepala dan badan, basahkan juga di bahagian pelipat (ketiak, pelipat dalam siku/lutut) serta anggota wuduk sebab banyak cooling point terutamanya telinga, kepala, pelipat siku dan tapak kaki.
Masa basahkan telinga tu, lurutkan atau pulas sikit cuping telinga (macam ambil wuduk) untuk rangsang refleks point pada telinga dan regulate suhu badan.
Ketika berpantang pada masa dahulu, si ibu tidak dibenarkan untuk minum air dalam kuantiti yang banyak. Dikhuatiri rahim akan mengembang dan perut akan buncit. Sebenarnya itu bukanlah ikutan yang baik kerana air masak sememangnya sangat penting untuk si ibu bagi mengelakkan masalah sembelit dan memperbanyakkan proses penghasilan susu badan.
Pengambilan air sangat mustahak untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat. Air merupakan komposisi penting untuk memastikan tisu badan sentiasa lembap, melindungi organ dan tisu badan, melarutkan mineral dan nutrien agar mudah diserap badan, menyeimbangkan suhu badan dan sebagainya.
Ketika hamil dan berpantang, amat penting untuk ibu untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi untuk memastikan fungsi tubuh sentiasa berada di tahap optimum.
Tindakan mengurangkan pengambilan cecair boleh memudaratkan hingga menggalakkan pembentukan darah beku. Ini boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kematian mengejut di kalangan ibu selepas berpantang atau dipanggil pulmonary embolism.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan mempunyai ulasan mengenai keadaan tidak sihat ini.
Menurut kajian, jika dibandingkan ibu berpantang dan ibu yang sedang mengandung, kejadian darah beku ( thrombosis ) lebih senang berlaku pada ibu berpantang dengan perkadaran 5 kali ganda lebih tinggi pada ibu berpantang.
Dalam erti kata lain, darah beku ni boleh berlaku pada kedua-dua kumpulan iaitu ibu hamil dan ibu berpantang, tetapi ibu berpantang lebih senang kena.
Selain daripada perubahan fisiologi badan semasa hamil menyebabkan darah ibu mengandung ini lebih pekat dari biasa dan senang membeku, kekurangan air ( dehidrasi ) atau tidak bergerak untuk tempoh masa yang lama, atau jangkitan kuman – boleh menyebabkan darah beku ini terhasil.
AIR MENGELAKKAN IBU ‘KEKERINGAN’ & MEMBANTU PENGHASILAN SUSU IBU
Air yg mencukupi bukan sahaja diperlukan untuk si ibu tidak mengalami kekeringan dan dalam masa yg sama penting untuk penghasilan susu badan.
Jadi bila berpantang, tak mau minum air, ataupun kuantiti air dihadkan dah kenapa?
Air yang masuk melalui mulut tu akan diserap badan oleh sistem pencernaan. Apa kaitan antara minum air dengan faraj berlecak?
Penjelasan yang diberikan oleh Dr Izzat ini sememangnya membantu para ibu untuk mengetahui kebaikan minum air masak dalam fasa berpantang. Jangan khuatir untuk minum air masak kerana ia langsung tidak berkait dengan rahim mengembang atau faraj berair kerana ia diserap oleh sistem pencernaan. inum
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Ummi Nazeera selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.32kg pada 2 jun lalu di salah sebuah pusat perubatan yang terletak di Selangor.
Berita gembira tersebut disampaikan oleh Ummi dan suami, Dr Izzar Anwari semalam melalui posting yang dimuatnaik di laman Instagram masing-masing.
Walaupun ketika berada di bilik bersalin, Ummi mengalami demam panas dengan suhu 38.3 celcius tapi dia tetap bersyukur kerana segala proses bersalin puteri keduanya ini dipermudahkan.
“Walaupun Ummi demam panas sekejap dengan suhu 38.3 Celsius semasa in labor. Syukur sangat semuanya selamat.”
Tambahnya lagi, bayi yang dilahirkan seberat 3.32kg itu dilahirkan secara normal dan bayi dalam keadaan yang sihat.
“Alhamdulillah Ummi dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun yang lalu di @andorrahospitalofficial. Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.32kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat.”
Bercerita tentang pengalaman ketika bersalin, Ummi mengakui agak takut jika bayi tak nak keluar seperti due date yang telah ditetapkan dan tepaksa mengambil induce ataupun melahirkan anak secara pembedahan. Jadi dia amalkan amalan seperti yang dikongsi termasuklah makan makanan pedas.
Ummi turut meminta doa ramai supaya mendoakan kesejahteraan anak-anaknya itu.
“Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa-doakan ya. Aminn #babyAA @izzar @ayra.aneesah
Dia turut meletakkan tanda pagar #babyAA dan mungkin bercadang untuk meletak nama bayinya bermula huruf A sama seperti anak sulung mereka iaitu Ayra Aneesah.
Menerusi posting di Instagram Dr Izzar pula, dia mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Ummi kerana berjaya melahirkan bayi mereka untuk kali yang keduanya.
“Alhamdulillah. Isteri saya telah selamat melahirkan puteri kedua kami dengan jayanya. Terima kasih isteriku yang tercinta. Dah dua anak dia dah lahirkan. Saya kasi A++ atas usaha yang ditunjukkan olehnya.”
Tambahnya lagi, kedua-dua ibu dan anak selamat, sihat dan kini berada di rumah untuk berpantang.
“Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat sekarang di rumah. Doakan puteri2 kami ini akan membesar menjadi anak-anak yang solehah serta berjaya di dunia & di akhirat. Hebat bermain basketball juga. Ramai baby PKP nampaknya. Memang trend terkini.”
#babyAA @umminazeera
Rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan ibu dan bayi dalam keadaan yang baik-baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱