Sesiapa sahaja pasti terhibur melihat aksi dan wajah comel Arif Jiwa Asyraf yang sihat dan bijak ini. Agaknya apa rahsia Arif sentiasa ceria dan aktif ya?
Si kecil ini baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Si Cilik Meletop dalam Anugerah Meletop Era 2018.
Tentu ramai kagum melihat keceriaan Arif yang digelar sebagai pipiPao oleh ibunya Tya Arifin. Tak hairanlah Arif yang baru genap usia setahun ini sihat dan bijak. Rupanya dia mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya.
Dalam posting di instagramnya sempena ulang tahun kelahiran Arif, Tya telah berkongsi kegembiraan kerana berjaya melepasi fasa pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif pada Arif.
Pelakon jelita negara seberang ini turut berdoa agar perjalanannya menyusukan Arif bagi melengkapkan tempoh 2 tahun dapat berjalan lancar.
Dear Arif Jiwa, Alhamdulillah sudah setahun kamu menjadi pelengkap hidup. Sudah setahun juga ibu full menyusui kamu, ibaratnya udah lulus Strata 1, doain semoga bisa lulus S2 jadi master 2thn Banyak belajar dari Kamu yaitu harus sabar , ikhlas, positif thinking dan bahagiaaa yang paling penting. Semoga kamu jadi anak yang baik, berbakti, berbudi pekerti -Cinta kasih, Ibumu yg agak posesif
Ternyata susu ibu sememangnya adalah sumber makanan terbaik untuk menjadikan anak sihat, bijak dan ceria macam Arif.
Ads
Sememangnya ibu jelita ini juga seorang yang gigih dan berdisiplin mengepam susunya sebagai stok susu untuk Arif apabila dia ada urusan di luar rumah. Lihat sahaja stok susu ibunya itu.
Bahkan Tya juga turut banyak mengajar dan berkongsi tips menyusukan anak secara eksklusif kepada ibu mertuanya Datuk Siti Nurhaliza yang mesra dipanggil Mak Iti.
Ada sebab kenapa bayi menanis. Bukan hanya kerana lapar, boleh jadi juga dia tak selesa dengan lampin yang basah ataupun perut kembung. Memandangkan bayi ni tak boleh bercakap, jadi mereka gunakan tangisan sebagai isyarat unuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada mama papa. Namun kalau asyik menangis, buntu juga kita nak tahu apa masalahnya kan?
BUAT YANG INI DULU!
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Jangan susah hati okay mama papa, periksa betul-betul dan ambil tahu kenapa si manja anda menangis!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anak tengah batuk, ibu memang susah hati. Sebelum batuk anak jadi lebih teruk, ibu dinasihatkan berhentikan sekejap memberi anak makan makanan dan minuman bertenusu dan bergula. Kenapa?
Sekiranya yang mengalami batuk adalah anak bawah umur 2 tahun, pemberian ubat batuk memang tidak dibenarkan sama sekali. Seeloknya rawat dulu batuk yang baru dialami oleh anak dengan cara rawatan menggunakan bahan semula jadi yang ada di dapur selain mengelakkan daripada memberinya makan dan minum makanan yang boleh menggalakkan lagi pengumpulan kahak seterusnya menyebabkan batuk semakin teruk.
Baca penjelasan yang dikongsi oleh Intan Nornie Sheika mengenai kenapa perlunya hentikan seketika pemberian makanan dan minuman tenusu dan gula semasa tengah batuk.
Sekarang musim tidak sihat. Kawan-kawan Adam, ramai yang batuk, berkahak dan selsema.
Cassein dalam susu
Cassein ini adalah kumpulan protein yang ada dalam susu. Dalam susu lembu, akan ada dua bahagian utama iaitu bahagian cecair whey dan cassein. Kedua-duanya ialah protein susu.
Whey adalah kumpulan protein-ringkas (mudah hadam) dan cassein ialah protein yang kompleks (mengambil masa untuk hadam). Kombinasi kedua ini perlu untuk kita dapatkan susu.
Ini yang cetus lebih keradangan dan seterusnya menggalakkan lagi penghasilan kahak. Oleh itu, ketika anak kita diserang selsema dan batuk, hentikan sebentar pengambilan tenusu sehingga hilang keradangan dalam badan anak.
Jadi memang tak elok ke minum susu ?
Bukan begitu. Jika dalam keadaan kesihatan tidak menentu, memang sebaiknya elak sahaja tenusu. Boleh google ‘cassein-free diet’. Sangat membantu kita detoks semula sistem dalam badan kita.
Detoks paling baik adalah dengan berpuasa. ‘Merehatkan’ sistem kerja usus, membantu kesihatan yang lebih baik (gut healing).
Apa perlu dibuat ketika batuk, selsema atau berkahak.
+ Banyakkan pengambilan cecair (air/sup)
+ Jauhi produk tenusu dan gula
+ Ambil makanan dalam bentuk fiber ringkas
Remedi alami untuk batuk, selsema atau berkahak
+ Madu asli
+ Air rebusan kunyit bersama madu
+ Campuran air rendaman halia bersama kayu manis diminum
+ Cuka epal/kurma/zaitun bersama kunyit atau halia
+ Lemon/limau purut bersama halia atau kunyit
+ Rooiboos tea
+ Air rendam daun marunggay/moringa
+ Rendaman air bersama daun tulsi
Nota tambahan
Ada beberapa ilmu tentang cassein untuk pengambilan tenusu sebagai minuman dan masakan iaitu baka lembu. Lembu yang menghasilkan cassein Beta A1 atau A2 juga mempengaruhi imun kita. Nanti tibu ceritakan di post yang lain.
Pelakon Miera Leyana selamat melahirkan bayi sulungnya pada 16 Mei lalu. Melalui laporan Astro Gempak, Miera mengesahkan kelahiran anak sulung yang dirahsiakan jantinanya.
Kata Miera dia bukan menyembunyikan berita gembira itu tetapi kata Miera dia lebih selesa untuk memberikan tumpuan kepada bayi dan proses berpantang yang dilaluinya kini.
” Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit perasaan gemuruh sebab ini kali pertama saya.
“Suami saya pun dibenarkan untuk menemani saya sepanjang proses bersalin selepas melakukan swab test dan segala prosedur pihak hospital,” katanya berkongsi khabar gembira itu.
Kata Miera lagi, dia begitu tenang saat suami menemaninya menghadapi detik getir namun cukup membahagiakan itu.
” Lebih tenang apabila ada suami di sisi walaupun ahli keluarga tidak dibenarkan melawat, saya akur dengan situasi semasa sekarang.
” Apapun saya bersyukur proses itu berjalan lancar dan saya kini sudah pun bergelar ibu,” luahnya bersyukur dengan anugerah paling berharga dari Allah.
Pun begitu kata Miera, dia dan suami sepakat untuk tidak mendedahkan mengenai bayi mereka demi memenuhi permintaan suami tersayang.
” Ini pengalaman kali pertama saya untuk bergelar ibu, jadi saya mahu semuanya berjalan lancar dan tidak terganggu dengan hal-hal lain.
” Bukannya tak nak berkongsi tentang berita baik ini tetapi kalau boleh biarlah saya melalui momen-momen indah ini tanpa media sosial. Saya nak fokus.
” Sampai masanya nanti saya akan kongsikan segala-galanya,” begitu kongsi Miera kepada Gempak.
Miera mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Rosland Othman pada Julai tahun lalu.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit : @Gempak & @mieraleyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!