“Period panjang”

“Period datang 2 kali setiap bulan”

“Period dah berhenti, tapi tetiba ada pendarahan lagi pastu, tak banyak, tapi ada tompok-tompok”

“Period banyak”

Tahukah anda semua masalah di atas dipanggil sebagai “ABNORMAL UTERINE BLEEDING (AUB)” . AUB atau Disfungsi Pendarahan Rahim (DUB) adalah keadaan yang menyebabkan pendarahan dalam rahim yang berlaku di luar kitaran haid biasa.

Period Tak Teratur, Kadang Panjang Kadang Pendek Rupanya AUB

IKLAN

Keadaan AUB ini memerlukan pemeriksaan Dr Gynae untuk menentukan punca pendarahan yang berkaitan dengan period ini.

Dr Muhammad Izzat berkata “Kenalpasti dulu puncanya, kita tkmau terlepas diagnosis berbahaya yang menyebabkan AUB, misalnya kanser uterus ataupun endometrial hyperplasia.” 

Simptom-simptom pendarahan dalam rahim:

IKLAN

gejala AUB lain yang biasa adalah:

Punca AUB:

Penyebab utama pendarahan dalam rahim adalah ketidakseimbangan dalam hormon seks. Ketidakseimbangan hormin yang menyebabkan DUB juga boeh disebabkan oleh kesan sampingan untuk sesetengah keadaan perubatan atau ubat-ubatan.

IKLAN

Keadaan perubatan yang sering menjadi penyebab pendarahan dalam rahim adalah:

  • Sindrom ovarium polisistik (PCOS): Ini adalah gangguan sistem endokrin yang menyebabkan wanita menghasilkan peningkatan jumlah hormon seks. Hal ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam hormon estrogen dan progesteron, menjadikan kitaran haid tidak teratur.
  • Endometriosis: Keadaan ini berlaku apabila lapisan rahim tumbuh di luar rahim, seperti pada ovari. Endometriosis sering menyebabkan banyak pendarahan semasa tempoh haid biasa.
  • Polip rahim: Pertumbuhan kecil ini berlaku di dalam rahim. Walaupun puncanya tidak diketahui, pertumbuhan polip sangat dipengaruhi oleh hormon estrogen. Pembuluh darah kecil di dalam polip boleh menyebabkan DUB.
  • Fibroid rahim: Fibroid rahim adalah pertumbuhan kecil yang berlaku di dalam uterus, lapisan rahim, atau otot rahim. Seperti polip, punca fibroid rahim adalah tidak diketahui. Tetapi estrogen seolah-olah memainkan peranan dalam pertumbuhan mereka.
  • Penyakit kelamin (STD): STD yang menyebabkan lesi, seperti gonorea dan klamidia, boleh menyebabkan DUB. Pendarahan yang disebabkan oleh STDs biasanya berlaku selepas hubungan seks, apabila luka-luka tersebut dikacau.

Sesetengah ubatan boleh menyebabkan disfungsi Pendarahan Rahim: 

  • Pil perancang
  • Agen hormon
  • Warfain (Coumadin)

Sekiranya keadaan semakin teruk dan menjejaskan kesihatan seperti keletihan, tekanan darah rendah, kadar denyutan jantung meningkat, pengeluaran gumpalan darah yang besar. Sila jumpa doktor atau pakar serta merta. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, rujuk dengan doktor kesihatan.

 

Kredit: hellodoktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI