Mengkhatankan anak pada usia masih bayi banyak kelebihannya. Lebih-lebih lagi pada usia 7 hari selepas dilahirkan. Selain sunah, prosesnya lebih mudah dan cepat sembuh.

Perkongsian bapa ini boleh dijadikan panduan. Mohd Yazid Ismail berkongsi pengalamannya dalam dua situasi yang berbeza pada anak sulung dan anak kelimanya. Anak sulung dikhatankan pada usia 6 tahun manakala anak kelimanya pula dikhatankan pada usia 2 hari.

Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh, Mudah Jaga. Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

Kelewatan berkhatan pada anak pertamanya Bashir menyebabkan dia mengalami masalah phimosis atau kencing buta. Kalau ibu ayah tidak peka, bayangkan jika ini berlarutan dan menyebabkan kesakitan berterusan kepada anak sehingga dikhatankan. Berikut adalah perkongsiannya;

Saeed berkhatan pada hari kedua kelahiran. Saya buat awal sebab ambil pengajaran dari kes anak sulung saya, Bashir.

Pada satu hari ketika Bashir berumur 6 tahun, saya tengok dia punya bebird menggelembung masa kencing. Rupanya dia mengalami kencing buta.

Agak sukar untuk dia kencing dengan lancar sebab pembukaan kulit zakar terlalu kecil dan air kencing susah nak keluar.

Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh, Mudah Jaga. Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

PHIMOSIS BANYAK BERLAKU PADA ANAK LELAKI 2-7 TAHUN

Kencing buta atau dikenali sebagai phimosis biasa berlaku kepada kanak-kanak lelaki berumur 2-7 tahun. Tolong cek anak masing-masing ye.

Anak-anak yang kena phimosis akan rasa sedikit sakit masa kencing, kesian diorang. Tapi mungkin ramai daripada mereka tak tahu nak mengadu.

ANAK 6 TAHUN DIKHATANKAN PROSES SEMBUH LAMBAT

IKLAN

Selepas tahu Bashir kena kencing buta, saya terus bawa dia ke klinik untuk dikhatankan. Tapi budak 6 tahun kan tengah lasak, jadi proses penyembuhan lepas khatan agak lama. Rasa menyesal tak khatankan dia masa bayi.

Saya ambil pengajaran dari kes Bashir. Jadi untuk Saeed saya khatankan dia masa masih bayi.

Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh, Mudah Jaga. Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

ANAK DIKHATAN HARI KEDUA KELAHIRAN

Saeed berkhatan pada hari kedua kelahiran. Sebenarnya sunnah berkhatan masa masih bayi. Terbaiknya pada hari ke-7. Tapi Saeed kami buat pada hari kedua sebab nak selesaikan sebelum mama Saeed, Widyana Ali keluar hospital selepas bersalin.

Kalau buat hari ke-7 agak mencabar untuk saya bawa mama Saeed travel naik turun hospital dalam keadaan baru lepas bersalin.

Kalau nak berkhatan terus sejurus selepas kelahiran pun boleh. Khatan sesuai dilakukan dari sejurus selepas kelahiran hingga umur anak 4 bulan, sebelum dia pandai meniarap.

IKLAN

RUGINYA KHATAN BILA DAH LEWATI USIA KANAK-KANAK

Kebiasaannya orang Melayu khatankan anak bila dah lewat usia kanak-kanak. Ruginya, terlepas pandang pada sunnah berkhatan masa baby ni.

Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah ﷺ melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)

Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata,
“Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)

KHATAN TUNTUTAN AGAMA, JANGAN FIKIR BAYI SAKIT

Khatan itu sunnah, ia adalah tuntutan agama. Islam tidak zalim, malah Islam itu agama rahmah. Jangan fikir atau takut baby sakit dan sebagainya.

Sebab Islam tidak akan menzalimi umatnya. Sedangkan pada haiwan juga Islam ajarkan sifat rahmah, inikan pula pada bayi. Jadi sudah tentu ada rahmah apabila kita mengkhatankan anak ketika bayi.

Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh, Mudah Jaga. Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

IKLAN

BAYI BELUM PANDAI RASA SAKIT

Banyak kelebihan khatan awal saya tengok kat Saeed.

Nampak macam Saeed tak sakit pun masa potong kulit tu. Bayi belum ‘pandai’ rasa sakit haha.. Lepas tu bayi kan banyak tidur. Tenang je nampak. Macam kita juga, kalau kita tidur, tak ingat sakit.

LUKA SEMBUH DALAM MASA 5 HINGGA 7 HARI

Luka Saeed cepat sembuh, seawal 5-7 hari. Mungkin sebab kerja bayi memang terbaring dan tidur je. Bila kurang pergerakan, luka senang sembuh.

Saya buat di Hospital Pantai Bangsar sebab Saeed dilahirkan kat sana. Harga khatan kat sana RM1100. Tu memang harga biasa di hospital swasta. Kalau siapa tinggal di Kedah boleh buat di klinik kawan saya Mary Eve Clinic Jitra. RM 199 sahaja, guna laser.

Saya sangat galakkan kawan-kawan khatankan anak lelaki masa masih bayi. Jom kita ikut sunnah. Ubah tradisi khatan ketika dah sekolah.

Ni gambar terkini Saeed, umur 1 tahun 8 bulan.

Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh, Mudah Jaga. Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

Sumber: Mohd Yazid Ismail

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI