Tiada ibu yang mahu anaknya dilahirkan sakit. Tapi siapa kita nak menidakkan takdir Allah. Mungkin setiap ujian itu ada hikmahnya. Begitu juga dengan anak comel ini, Khayla Adha Mirza Binti Imran, 6, yang diuji dengan penyakit Osteogenesis Imperfecta atau tulang rapuh sejak dalam kandungan lagi.

Berkongsi keadaan terkini adik Khayla, ibunya Puan Khairol Niza Zaffarullah Khan memberitahu, penderitaan anak bongsu dari tiga beradik ini dapat dikesan ketika usia kandungan 8 bulan.

Khayla Perlu RM150k Biayai Pembedahan! Hidap Masalah Tulang Rapuh Sejak Bayi

“Semasa buat scan, doktor memberitahu tak nampak kaki Khayla sebelah kiri dan memang ingatkan kakinya tiada. Namun selepas dilahirkan secara pembedahan, segala-galanya terungkai apabila doktor mendapati kaki kiri Khayla ada tetapi terlipat sehingga ke dada dan memang sudah patah.

“Waktu itu terus rujuk pakar dan akhirnya baru tahu Khayla menghidap masalah tulang rapuh. Disebabkan penyakitnya itu, hospital menjadi rumah kedua Khayla sehinggalah sekarang,” katanya.

Khayla Perlu RM150k Biayai Pembedahan! Hidap Masalah Tulang Rapuh Sejak Bayi
Gambaran x-ray yang menunjukkan keadaan tulang Khayla yang patah

Tulang mudah patah

Kongsi Puan Niza lagi, disebabkan penyakit itu, Khayla hanya terbaring saja sejak bayi dan apabila umurnya makin besar, jika nak duduk perlu dibantu atau bersandar. Berjalan memang tak boleh langsung sehingga ke hari ini.

IKLAN

“Tulangnya sangat-sangat sensitif dan mudah patah jika tak diuruskan dengan baik. Hanya saya, ayah dan kakaknya yang boleh urus dan tahu untuk pastikan Khayla selesa. Orang lain tak berani ambil risiko.

“Sebelum ini pun Khayla memang pernah buat pembedahan tulangnya tetapi gagal. Jadi kami sekeluarga dah reda. Bagaimanapun, seolah ada harapan baru apabila dapat perkhabaran ada kes yang sama macam Khayla pernah dikendalikan oleh Hospital Gleneagles dan dua orang pesakit berjaya dalam pembedahan itu boleh berjalan dan berdiri.

Khayla Perlu RM150k Biayai Pembedahan! Hidap Masalah Tulang Rapuh Sejak Bayi
Keadaan Khayla ketika bayi yang hanya terlantar saja

“Jadi bila berjumpa pakar, kami cubalah untuk ikhtiar demi Khayla. Usaha ini pun untuk beri peluang dia dapat menjalani hidup normal dan ke sekolah seperti kanak-kanak seusianya. Lagipun tahun depan dia bakal masuk Tahun Satu,” ujarnya.

Kos pembedahan RM150, 000

Tambah Puan Niza lagi, memandangkan kos pembiayaan pembedahan ini mencecah RM150,000, untuk memasukkan empat besi, ia sedikit sukar kerana kebetulan ayah Khayla pun telah diberhentikan kerja ketika PKP tahun lalu.

IKLAN

Jadi sebagai ibu, dia mengharapkan sekiranya ada yang sudi membantu bolehlah menghulurkan sumbangan untuk pembedahan Khayla.

Khayla Perlu RM150k Biayai Pembedahan! Hidap Masalah Tulang Rapuh Sejak Bayi
Khayla bersama ibu dan ayahnya

Oleh kerana ayah Khayla diberhentikan kerja, sekarang hanya fokus berniaga kuih muih secara kecil-kecilan.

Sekiranya ada yang ingin sama-sama menghulurkan bantuan, bolehlah salurkan kepada ibu Khayla, Khairol Niza Zaffarullah Khan Maybank 157139798004 atau Hong Leong Bank 05351090018 (Khairol Niza) 

Semoga sumbangan kita ini mampu realisasikan hasrat Khayla untuk berjalan dan bersekolah tahun depan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi ibu Khayla di talian 011-37127515.

IKLAN

Khayla Perlu RM150k Biayai Pembedahan! Hidap Masalah Tulang Rapuh Sejak Bayi

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI