Tahniah diucapkan buat hero malaya, Remy Ishak yang kini bergelar bapa selepas isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan bayi sulung mereka hari ini.
Menerusi Insta Storynya, aktor kacak berbakat besar ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada peminatnya.
Kongsi Remy, isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pada jam 11.17 pagi tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
“Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya berkongsi.
Ads
Tambah Remy lagi, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah yang dikirimkan oleh orang ramai kepada mereka.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik.
Ads
“Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Tanyalah mana-mana ibu ayah pasti rasa cemas bila mana anak mengalami pendarahan hidung. Apalagi anak menangis tanpa henti, ibu ayah makin bertambah cemas.
Panik dan tidak tahu cara terbaik untuk menghentikannya. Ada ibu-ibu yang biasanya mencuci hidung bagi mengurangkan pendarahan. Mungkin anda merasakan hal ini betul tetapi sebenarnya tindakan ini salah.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan jelaskan kepada anda apa yang perlu dibuat dan sebaiknya dielakkan bila ada ahli keluarga alami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Pendarahan hidung adalah sesuatu yang lazim berlaku pada kanak-kanak, tapi ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI
Apa yang perlu dilakukan?
CARA HENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG
1. Duduk menegak dan tunduk sambil membongkok ke hadapan.
2. Picit bahagian hidung yang lembut. Nafas melalui mulut.
3. Letak ais di pangkal hidung untuk kurangkan aliran darah di bahagian tersebut.
4. Lepas picitan selepas 10 minit. Periksa sama ada pendarahan berhenti atau tidak.
5. Jika masih ada pendarahan, ulangi picit bahagian hidung lagi.
Jika pendarahan masih lagi berterusan selepas 30 minit, ada baiknya anda segera berjumpa doktor.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Ibu-ibu ambillah ilmu ini sebagai tip bila suami, ahli keluarga atau anak-anak mengalami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim sekarang ini, boleh dikatakan ramai anak-anak kecil tak sihat. Demam, batuk dan selesema antara yang biasa dihadapi dan buatkan ibu bapa pun risau. Kadang baru je baik, sakit semula.
Perkongsian daripada seorang ibu atas akaun @ayishwafiy di TikTok boleh beri peringatan buat ibu bapa untuk lebih memantau keadaan kesihatan anak terutamanya yang masih kecil.
Dalam perkongsian tersebut, ibu ini memaklumkan anak perempuannya dikenali sebagai Yaya kerap mengalami demam on off tak baik selama dua bulan sehinggakan doktor di klinik pun pelik sebelum diminta untuk membuat rujukan pakar.
Setelah mendapatkan nasihat doktor pakar, anak perempuannya itu dilaporkan telah mengalami jangkitan virus RSV ataupun nama saintifiknya, Respiratory Syncytial Virus.
Virus ini dikatakan boleh menyerang saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan paru-paru terutamanya buat kanak-kanak dan bayi yang berusia 2 tahun ke bawah.
Menurut doktor pakar yang merawat Yaya, virus itu juga sedang aktif menyerang dan menjangkiti kanak-kanak.
Antara simptom-simptom yang dialami oleh Yaya adalah demam panas on off yang kerap tapi tak berpanjangan (hampir 2 bulan – mencapai 40).
Selain itu Yaya juga susah bernafas, batuk berkahak, muntah, tak aktif dan hilang selera makan.
Pesan ibu ini juga, jika nampak keadaan ini berlaku pada anak cepat bawa ke hospital. Jangan bertangguh! Pantau kesihatan anak agar sakit yang dialami tidak memudaratkan.
Hati ibu mana yang tak sedih lihat anak yang sihat dan aktif kini terbaring dan bergantung dengan menggunakan alat bantuan pernafasan selepas mulanya demam dan mengalami sawan.
Menurut ibu adik Muhammad Sayyid Anaqi, Puan Nurli binti Isnin Nuli di Facebooknya, keadaan Anaqi masih belum stabil sepenuhnya sebab doktor belum tahu jenis jangkitan kuman di otaknya.
Keputusan makmal dan doktor pakar sahkan Anaqi negatif virus Influenza. Ada virus lain yang serang Anaqi. Perlu ambil air tulang belakang untuk kenal pasti virus yang menyerangnya.
Doktor juga dah standby untuk supply darah sekiranya bacaan darah Anaqi drop. Kemungkinan mengambil masa beberapa minggu atau sebulan untuk sembuh bergantung pada recovery pesakit dan semangat pesakit.
Keadaan Anaqi 13/7 dan 14/7
Saya dan suami tawakkal sepenuhnya pada Allah, berserah sepenuh hati. Alhamdulilah Allah mudahkan urusan. Hari Rabu doktor dah ambik air tulang belakang.
Keputusan air tulang belakang perlu tunggu 10 hari waktu bekerja, doktor bagitahu sample air tulang belakang akan di hantar ke makmal Hospital Kuala Lumpur, untuk tahu virus apa yang menyerang otaknya.
Doktor masih tidurkan dia.. dan masih on antibiotik. Bacaan darah merah dah mula stabil..Bacaan tekanan darah juga dah menunjukkan stabil tapi ada ubat support jantung lagi cuma dosnya di rendahkan..
“Ada pegang dan main anak kucing sakit..”
Ramai yang bertanya macam mana boleh jadi macam nie..Anaqi mula demam selepas main tanah di depan rumah. Dia guna peralatan ceduk dan masukkan tanah di botol dan saya perasan ada najis kucing di situ. Saya melarangnya terus dia masuk ke rumah..
Deman on off dalam beberapa hari, dia sihat lepas makan ubat demam. Aktif dan ceria. Selepas baik demam dia ada pegang anak kucing yang sakit, yang berair mata, yang berlendir mulut dan kucing kurus tue tidak bermaya. Dia pegang dan main kucing tue di belakang rumah, saya melarangnya.. dan dia masuk rumah semula.
Start dari itu dia demam lagi dalam beberapa hari. Bagi ubat demam ok, dan kembali demam semula, sampailah muntah, tak lalu makan. Balik ke kampung dia nampak ok..panas badan pun dah kurang.
Badan makin lemah, reaksi badan tak normal
Start jumaat pagi badan dia dah mula lemah, tidur sahaja, jalan tak betul, tak nak makan tak nak minum, bercakap pun tidak. Hantar ke klinik swasta 2 tempat. Doktor tak dapat detect sakit apa..doktor bagitahu suhu badan tak panas sangat dan ada tonsil serta kurang minum air. Dan doktor klinik swasta suruh terus ke Hospital Baling..
Sepanjang di situ, Anaqi menunjukkan reaksi badan yang pelik, muka terherot, kaki dia terangkat, tangan terherot-herot.. air liur meleleh, kancing gigi, check suhu tak demam tinggi sangat.
Nurse yang melawat bagitahu yang Anaqi kena sawan.. terus doktor bergegas masukkan ubat sawan.. tapi kejadian sawan tue berulang lagi.. dan bacaan oksigen dah mula tak stabil dan semakin menurun.
Terpaksa ditidurkan
Doktor decide untuk tidurkan dia, sebab ada 2 risiko akan berlaku jika dia tidak di tidurkan..
Bila oksigen tak sampai ke otak dia boleh lumpuh seumur hidup..Bila oksigen tak sampai ke jantung dia boleh pergi buat selama-lamanya..
Allah Maha Baik, Allah mudahkan semuanya.. alhamdulilah urusan Anaqi di mudahkan, doktor berjaya pasang tiup pernafasan dan tidurkan dia dan transfer Anaqi dari Hospital Baling ke Hospital Alor Star.
Sebab di Hospital Alor Star ramai pakar dan mesin …ummi teman Anaqi..Sampai Alor Star dalam jam 8 lebih terus masuk ke PiCU. Doktor pakar berkumpul untuk bantu selamatkan Anaqi..
Ummi menunggu setia di luar dengan bertemankan air mata, sambil mendengar alunan takbir hari Raya. Ummi jadi fobia bila nampak kucing sakit sekarang ini.
Alhamdulilah Allah datangkan kekuatan luar biasa, walaupun hati ummi umpama tisu.. ummi yakin Anaqi ummi akan sihat seperti dulu. Berserah sepenuhnya kepadaMu Ya Allah.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.