Apabila bercakap tentang poligami atau hidup bermadu, perkara pertama yang terlintas difikiran kita pastinya tak sanggup. Tanyalah mana-mana wanita pun pasti akan menolaknya atas sebab tidak ingin berkongsi kasih suami dengan wanita lain.
Tapi apa daya kita jika itu dah ketentuan dari-Nya. Cuma suami haruslah berlaku adil dan pandai mengendalikan situasi ini tanpa berat sebelah agar kedua-dua hati wanita yang dimadukannya tidak terluka.
Biasanya jika poligami banyak kisah yang kita dengar akan berlaku perasaan cemburu dan tak puas hati antara isteri pertama dan madunya. Bagaimanapun berlainan dalam situasi ini apabila hubungan antara isteri pertama dan madunya begitu akrab sekali ibarat seperti adik beradik dan mereka juga tinggal berdekatan antara satu sama lain.
Inilah yang dikatakan takdir Allah melebihi segala-galanya.
Ads
Perkongsian dari Puan Nor Ilda Amiza Ismail ini sangat menarik dan sungguh inspirasi kerana dia dan adik madunya mengandung sekali dan bersalin pun pada tarikh yang sama.
Kedua-dua anak lelaki yag dilahirkan pada tarikh yang sama cuma masa sahaja berbeza kini menjadi kembar yang sangat akrab.
Melalui 25 serangan jantung sehari, bayi berusia 19 bulan ini ternyata ajaib dan kuat. Ikuti kisahnya.
Si kecil Theo Fry bayi yang kuat. Pada usia 9 bulan, dia telah melalui berpuluh serangan jantung dalam masa 24 jam. Kes ini jarang berlaku dan dipercayai pertama kali bagi doktor-doktor di UK.
Ia bermula daripada masalah jantung yang mula dikesan ketika bayi comel ini berusia 9 hari. Dia berjuang untuk hidup dan melalui berbelas-belas kali pembedahan untuk hidup.
Malah ibunya pun seakan reda sekiranya Theo pergi dulu. Terakhir, pada Januari 2018, dia mengalami 25 serangan jantung sehari dan terpaksa dikejarkan ke hospital & perlu melalui pembedahan selama 10 jam. Dia anak yang kuat & pulih dengan cepat.
Kini pada usia 11 tahun 7 bulan Theo sudah pun pulih dan mampu tersenyum. Kata ibunya, Fauve, ramai yang tidak menyangka Theo akan sampai ke tahap ini.
Mengimbau kembali detik mencemaskan dia dan suami ketika kesihatan Theo masih teruk, nyawa si kecil ini seumpama di hujung tanduk.
“Jantung Theo berhenti selama 12 minit, pakar perubatan berusaha untuk sedarkan dia kembali.
“Krismas kami sekeluarga di hospital, Theo berjuang untuk setiap nafasnya,” kata ibunya lagi.
Besarnya pengorbanan ibu bapa untuk anak. Sama ada diberi rezeki lebih atau hidup dalam sederhana, semuanya nak beri yang terbaik. Begitu juga kasih seorang ayah buat anaknya. Orang kata kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati di FB Azri Walter mengenai kisah seorang ayah yang sanggup membawa balik teddy bear yang dijumpai di tempat sampah itu menunjukkan kegigihan ayah memenuhi permintaan anak.
“Dah lama anak nak teddy bear”
Menerusi perbualan lelaki itu, teddy bear yang bersaiz besar itu dah lama anak inginkan. Disebabkan harganya yang mahal dan secara berseloroh dia cakap harganya boleh buat beli lauk, hasrat itu terpaksa dipendamkan.
Kebetulan rezeki terjumpa teddy bear ini yang masih dalam keadaan elok di tempat sampah, apa salahnya ambil dan basuh semula. Ini pun dah buat hati anak gembira.
Pengorbanan ayah tiada nilainya
Di penghujung perkongsian saudara Azri, dia ada menitipkan kata-kata semangat buat seorang lelaki bergelar suami.
Ingatlah setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan. Mari kita semua bersama-sama terus melawan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh putus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.
Kalau rasa down, tatap sekejap wajah-wajah insan yang Tuhan amanahkan untuk kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak pembawa rezeki dalam keluarga. Zaman mak ayah kita dulu-dulu jika anak ramai orang tak akan bercakap tetapi sebaliknya akan rasa meriah dalam rumah. Namun hari ini, bila suami isteri mempunyai anak ramai, mulalah ada yang cakap di belakang.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain. Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
Kahwin usia 20 tahun
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
Seronok anak ramai
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Sentiasa ada jadual harian
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Fasa mengandung mudah, bersalin normal
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Syukur anak-anak sentiasa menyenangkan
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Kredit: Wan Nurul Melissa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...