Tragedi berdarah Bukit Kepong akan menjadi ingatan sampai bila-bila. Pastinya peristiwa Bukit Kepong berlaku awal pagi 23 Februari 1950 menyaksikan segerombolan 180 pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong, dengan kira-kira 25 anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur.
Salah seorang saksi terakhir tragedi berdarah Bukit Kepong, Jamilah Abu Bakar, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Skudai Kanan di sini, pagi tadi.
Jamilah, yang berusia tiga tahun ketika serangan kejam Komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira 9.36 pagi.
Menurut laporan Harian Metro, anak bongsunya, Raja Zamzura Raja Buntat, 46, berkata, ibunya hanya menunjukkan tanda-tanda kurang bermaya sejak beberapa hari lalu kerana tidak berselera makan.
“Mak memang ada kencing manis, tapi tak adalah sakit beberapa hari ini, cuma kurang makan dan minum saja.
“Nampaklah perubahan, ibu letih dan tidak bermaya malam tadi, sehinggalah meninggal dunia pagi tadi. Kami adik-beradik berada di sisinya saat ibu menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff di sini, hari ini.
Ads
Jenazah Jamilah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff di sini, petang tadi, yang turut menempatkan jenazah bapanya, Konstabel Abu Bakar Daud yang meninggal dunia pada September 1979.
Abu Bakar adalah Polis Marin di Balai Polis Bukit Kepong dan antara mangsa yang parah dalam peristiwa tragis itu. Bagaimanapun, beliau masih meneruskan perkhidmatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum meninggal dunia.
Ads
MASIH DALAM INGATAN
Foto Arkid Negara
Ditanya lanjut mengenai peristiwa Bukit Kepong, Raja Zamzura berkata, ibunya masih ingat akan kejadian serangan Komunis itu yang meragut nyawa ibu, Fatimah Yaaba dan adiknya, Hussin kerana ia berlaku di depan matanya.
Katanya, ibunya memberitahu nampak macam mana ayah, ibu dan adiknya ditembak. Malah ibunya juga terkena tembakan di tangannya.
Ads
“Mak juga nampak apabila ibu dan adiknya dibakar. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian. Hanya abu mereka yang tinggal dan dikebumikan di Pusara Pejuang Bukit Kepong,” katanya.
Raja Zamzura berkata, setiap tahun, ibunya akan dijemput ke Bukit Kepong pada Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong.
“Mak ada simpan gambar dan selalu cerita pasal kejadian itu. Setiap tahun pun mak dijemput oleh polis untuk menghadiri majlis itu,” katanya.
Throwback: Waris kepada anggota polis yang terkorban dan insiden serangan Balai Polis Bukit Kepong, Fatin Amalina Abd Wahab (duduk, dua dari kiri) bersama ibunya, Jamilah Abu Bakar, (duduk, dua dari kanan) ketika ditemui pada Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong – Sumber Sinar Harian
Pelakon Fatin Afeefa kini tampil berkongsi wajah anak pertamanya bersama suami, pempengaruh Aliff Awang yang rupanya sudah tujuh bulan melahirkan cahaya mata pertamanya bersama suami.
Ia disahkan oleh Alif yang mesra disapa Opai dalam Instagram miliknya yang kelihatan bersama seorang bayi berserta kapsyen memaklumkan perasaan bergelar bapa.
Entri terbaru pelakon berbakat ini dalam satu majlis aqiqah yang diadakan membuatkan ramai yang teruja.
Mana tidaknya, majlis aqiqah yang dihias indah dan cantik bertemakan warna biru itu bagi meraikan kesayangan mereka, Muhammad Jibril yang kini sudah pun berusia tujuh bulan.
“Kehidupan yang cantik sebagai seorang bapa. Agak sibuk sejak kebelakangan ini untuk menghabiskan masa bersama anak yang cantik, bijak dan bersemangat.
“Ke arah kehidupan yang baharu,” katanya.
Melalui satu perkongsian video, Fatin yang turut berada di sisi suami turut memangku buah hati tersayangnya.
“Esok (hari ini) akikah anak kami dan hanya bawah 10 orang sahaja yang tahu sebab kami mahu jadi ibu bapa yang tenang.
“Ini anak kami berdua yang sudah berusia tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak beritahu mengenai anak?.
“Mak dan dia (Fatin) sudah bising sebab anak sudah besar dan dapat kad pengenalan tidak mungkin tak boleh beritahu,” katanya.
Terdahulu, timbul spekulasi apabila netizen mendakwa Fatin sedang berbadan dua selain terkejut apabila timbul desas-desus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata.
Fatin dan Opai berkahwin pada Disember 2022. Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Plaza Tol Bukit Kajang gempar dengan tragedi menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan.
Nahas Sabtu Pagi: Empat Kenderaan Terbabit
Menuru laporan Sinar Harian, Kejadian berlaku pada Sabtu sekitar jam 11 pagi di Plaza Tol Bukit Kajang, membabitkan sebuah lori tiga tan membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah Honda City dan Proton X70.
Kemalangan ngeri ini bukan sahaja meragut nyawa seorang bayi berusia setahun, malah menyebabkan lapan lagi mangsa cedera.
Bayi Ditemui Tersepit Di Bawah Kenderaan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11 pagi sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bergegas ke lokasi.
“Kami tiba kira-kira 11 minit kemudian dan mendapati seorang bayi lelaki ditemui tersepit di bawah kereta Nissan X-Trail. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Seorang lelaki yang turut tersepit di bawah kenderaan sama berjaya dikeluarkan 10 minit lebih awal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Tujuh lagi mangsa dengan kecederaan pelbagai tahap telah dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan KKM.
Takziah Buat Keluarga Mangsa
Pa&Ma menzahirkan ucapan takziah dan doa buat keluarga mangsa tragedi kemalangan bayi 12 bulan ini. Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan berat ini.
Ingatan Keselamatan Buat Ibu Bapa
Tragedi ini menjadi peringatan penting buat semua ibu bapa tentang aspek keselamatan anak kecil semasa dalam kenderaan:
Gunakan car seat bayi/child seat mengikut berat & umur anak.
Pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang dengan betul.
Elakkan anak duduk di tempat duduk depan kenderaan.
Pastikan barangan berat diikat atau disusun selamat bagi mengelak terpelanting semasa hentakan.
Langkah-langkah kecil ini boleh menyelamatkan nyawa anak kita ketika berlakunya kemalangan jalan raya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebutan kes perceraian pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin yang berlangsung hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari mendapat soroton ramai.
Fazura yang hadir ke mahkamah pagi ini kira-kira jam 9.20 pagi dilihat cukup tenang dengan mengenakan pakaian serba putih sambil diiringi lima orang pengawal peribadinya. Cantik bak bidadari.
Fattah pula dilihat begitu sugul ketika hadir ke mahkamah. Bahkan bapa kepada Fatima ini turut menegaskan pendiriannya yang masih yang sayang kepada Fazura dan perkahwinan mereka.
“Saya mohon pada semua doakan yang terbaik untuk kami.
“Saya masih lagi berpegang pada kenyataan sebelum ini, masih sayangkan Fazura,” ujarnya sugul.
Ketika ditemubual, bapa penyayang ini mengakui masih lagi tidak bersedia dan bersetuju untuk bercerai kerana masih sayangkan Fazura. Malah Fattah juga bagaimanapun mencadangkan rundingan pendamaian di luar mahkamah.
Ketika ditanya mengenai anak kesayangannya, Fattah mengakui masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Fatima.
Fazura pula menerusi peguamnya pula akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu-individu yang tidak berkenaan menyebarkan pelbagai cerita tidak benar.
Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu hangat menjadi sorotan selepas Fazura nekad memfailkan perceraian terhadap aktor itu pada 13 September lalu.
Namun, Fattah enggan mengakhiri perkahwinan mereka yang sudah dibina selama tujuh tahun itu kerana masih menyayangi aktres tersebut.
Malah, Fattah sebelum ini turut menafikan bahawa dia memiliki wanita lain selain Fazura sekaligus meleraikan dakwaan yang mengatakan dirinya berlaku curang.
Terdahulu Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.