Hanya 12 tahun pertama kehidupan yang ada untuk kita luangkan masa untuk anak. Tambahan pula jika anak sulung, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi
Anak sulung, anak pertama yang menjadikan anda sebagai ayah dan ibu. Banyak yang dipelajari selepas kelahirannya dan kemudian barulah lahir zuriat kedua, ketiga dan seterusnya.
Anak sulung menjadi harapan keluarga. Adakalanya anak sulung diberikan pelbagai tugas atas nawaitu tidak lain dari untuk melatihnya berdikari dan membantu keluarga.
Penceritaan daripada kaunselor yang juga seorang bapa ini sedikit sebanyak menyedarkan. Peluk cium dan merapati anak sulung sering kali terlupakan. Sama sekali tiada niat untuk mengabaikan tetapi kesibukan dan jadual harian ibu bapa yang padat, komitmen tinggi kepada anak yang lebih kecil kadangkala terlupa untuk menyelitkan waktu untuk permata hati yang pertama.
ANAK SULUNG ADAKALA TERBEBAN, SERING DIMARAH
Balik dari sekolah jam 11 malam tadi, anak-anak semua dah terbungkang dalam bilik saya. Tak ada tempat dah untuk saya baring. Jadi saya fikir, biar saya saja tidur di bilik anak-anak.
Tiba-tiba anak sulung saya terjaga. Katanya, biarlah dia yang tidur di bilik sendiri. Dikejut adik-adiknya yang lain sebagai peneman, tapi tak ada pula yang jaga.
Kesudahannya sayalah yang tidur dengan anak sulung di biliknya. Lebih-lebih lagi, jarang sekali peluang sebegini tiba. Inilah masanya.
Jujur, saya dengan anak sulung kerap tidak sefahaman. Banyak yang dia tidak setuju dengan tindakan saya.
Saya tidak benarkan dia menggunakan telefon semasa hari sekolah. Saya paksa dia belajar walaupun selepas habis kelas tambahan. Saya minta dia bantu kemas rumah. Semua itu membuatkan dia rasa terbeban dan marah.
Ads
AMBIL PELUANG PELUK ANAK & LUAHKAN SEGALANYA
Akhirnya, malam ini, saya rungkai semuanya. Saya usap pipi dia. Saya peluk dia. Kemudian saya luahkan segalanya. Ya, segalanya. Sampai bab seksual pun saya sentuh.
Fuhhh. Terasa lega betul.
Seronok bila dapat menukar sistem kepercayaan dia, daripada apa yang dia rasa dia nak buat kepada apa yang sepatutnya dia perlu buat.
Kemudian, dapat menanam kefahaman, the big why, kenapa dia perlu lalui semua ini, sedangkan rakan-rakannya yang lain lepas bebas kerana memiliki ibu bapa yang sporting.
SETIAP BAPA PERLU ADA MASA BEGINI
Saya fikir, setiap bapa perlu masa begini dengan anak-anak. Duduk berbual. Tanyakan apa cita-cita mereka. Perancangan masa depan. Ke mana mahu pergi selepas UPSR. Bicara tentang ilmu seksual seperti baligh, air mani, mandi wajib dan sebagainya.
Ads
Tak perlu masa spesifik dan tak perlu juga dalam bentuk formal. Masa hantar anak ke sekolah juga boleh digunakan.
SEBELUM TIDUR AMBIL PELUANG PELUK,USAP PIPI & KEPALA
Tapi, berdasarkan apa yang saya rasa, waktu terbaik ialah sebelum mereka tidur.
Kita boleh peluk dia, usap pipi dia, gosok kepala dia. Kemudian tutup dengan baca doa tidur sama-sama dan dua ciuman di pipi kiri dan kanan. Bahagianya.
ANAK JADI MILIK KITA 12 TAHUN SAHAJA
Kawan-kawan sekalian.
Anak-anak ni menjadi milik kita sehingga usia 12 tahun saja. Nak pukul, nak jentik, nak marah sampai umur itu saja.
Ads
Lepas 12 tahun mereka sudah melangkah ke alam remaja. Ada ego dan kehendak mereka sendiri. Salah cara, mereka akan memberontak, melawan silap-silap lari dari rumah. Nauzubillah.
Kalau anak duduk asrama, lagilah. Boleh dikatakan, masa bersama keluarga sudah makin kurang. Balik hujung minggu pun banyak dihabiskan dengan tidur. Bila bangun, keluar jumpa kawan. Bila masa bersama dengan kita? Sudah makin kurang.
KALAU ANAK PEREMPUAN MASA LAGI TERHAD
Kalau anak perempuan, lagi terhad. Macam mana bebas pun anak lelaki, sampai satu masa, dia akan pulang mencari ibu bapanya.
Tapi, bagi anak perempuan, berbeza. Saat ijab dan kabul dilafazkan, ranking ketaatan kepada ibu bapa sudah jatuh ke tempat kedua. Nak balik kepada ibu bapa sendiri pun perlu izin suami.
JANGAN TERLEPAS MOMEN INDAH KERANA KELALAIAN KITA
Jadi, kesempatan yang ada rebutlah peluang dengan anak-anak kita. Bina kenangan manis sebanyak mungkin. Agar, kita tidak terlepas momen indah bersama mereka akibat kelalaian kita.
Tiada siapa yang minta untuk kehilangan insan tersayang tetapi jika sampai masanya, semua itu perlu dilalui dengan reda. Bagi dua beradik yang kehilangan ibu tercinta selepas kemalangan baru-baru ini, pemergian ibu secara mengejut benar-benar buatkan mereka masih belum dapat menerima hakikat.
Tiada lagi kasih seorang ibu
Hilang orang tersayang lagi perit kerana Allah saja yang tahu perasaan itu. Menerusi perkongsian di Facebook Nurfa Ray, dia ada memuat naik beberapa gambar yang memaparkan keadaan di lokasi kemalangan yang melibatkan seorang ibu tunggal maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menurutnya gambar itu dihantar sendiri oleh suaminya yang kebetulan melalui kawasan kemalangan. Dikatakan, satu foto memaparkan seorang remaja lelaki dan murid perempuan berbaju seragam sekolah adalah anak kepada mangsa.
Tak sangka ibu sendiri mangsa kemalangan
Nurfa berkata, remaja lelaki berkenaan yang sedang dalam perjalanan menghantar adiknya ke sekolah juga kebetulan lalu di kawasan kemalangan.
Apa yang membuatkan dua beradik ini terkedu pabila melihat mangsa kemalangan yang sudah terkujur kaku di bawah kenderaan itu adalah ibunya sendiri.
“Dia tengok ada orang kemalangan sekali tengok mak dia yang terkujur kaku duduk bawah kereta. Tak tergambar perasaan seorang anak jatuh rebah menangis peluk adik dia…”
Sementara itu, menyelami hati dua anak yatim ini, pendakwah terkenal, Ebit Lew telah menyantuni mereka di kediamannya dengan memberi kata-kata semangat dan menghulurkan sedikit bantuan.
Apa yang membuatkan ramai yang sebak apabila jatuh lagi air mata dua beradik ini ketika meluahkan perasaan kehilangan ibu.
Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik motor nampak maknya baru kemalangan masa nak pergi kerja. Motor lain. Arwah kerja cleaner.. Ya Allah. Adik berdua tinggal bersama neneknya.
Keduanya tengok jer saya sampai tadi terus nak menangis dan nak peluk saya. Terasa macam keluarga. Cara mereka cakap pada saya macam keluarga dekat sangat. Dia kata sayang saya sambil menangis. Ya Allah. Banyak kali mereka menangis hadir dekat saya.
Abang Fatihah baik sangat adik ni. ada buku tulisan saya. Dia kerja kebun getah sebelum ini. Awal tahun ni dia naik motor seorang diri dengar ceramah saya di dataran kemaman. Jauh juga. Katanya masa tu dia peluk saya di pentas. Dia beli buku saya masa tu dengan duit gaji sendiri. Saya masih ingat. Ya Allah. Dua-dua macam nak bercerita lagi. Saya pesan padanya. Ustaz rindu mak. Rindu nak jumpa dalam syurga. Adik berdua belajar rajin jadi orang baik nanti jumpa mak dalam syurga. Adik tu kata, ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus yer..
Syukur saya hadiahkan sedikit belanja buat mereka dan hadiah lain-lain. Syukur yang membantu saya sampai ke sini cikgu Fatihah, syapik hasan, guru besar dan rakan guru yang sangat ambil berat pelajar. Terima kaseh cikgu-cikgu dan pibg yang kuat dan hebat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pantang nampak air. Sudah menjadi kelaziman anak kecil kita yang terlalu gemarkan aktiviti kolam. Asal sahaja nampak air, sebolehnya mahu terjun dan lambat pula hendak naik. Macam-macam alasan. Inilah dunia kesukaan mereka yang terlalu sukakan air. Itu lumrah.
Namun gelagat anak kecil ini dipuji ramai kerana cukup berani. Mana tidaknya, perkongsian video menerusi akaun Tik Tok @noratikajamal buat ramai mak-mak rasa cuak namun memuji anak kecil itu.
Aksi berani anak kecil ini yang baru berusia dua tahun satu bulan ini bukan biasa-biasa. Malah cukup lincah dan berani. Siapa sangka umurnya baru berusia dua tahun.
Menurut perkongsian ibunya, Noratika Jamal, anaknya itu terlalu berani dan cukup teruja bila nampak air.
“Hati kental sangat ni.
“Bila kau dapat anak terlalu berani. Tak kira dalam ke tak, asal boleh terjun dia terjun,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan di Tik Tok.
Malah menurutnya lagi menerusi entri berbeza, anak kecilnya itu tidak mahu mandi di kolam air cetek kanak-kanak. Sebaliknya memilih kolam yang dikhususkan untuk orang dewasa.
“Tak nak mandi dekat paras lutut. Tak berhenti terus terjun. Tak takut langsung.
“Memang tak boleh lepas pandang walaupun seminit,” tulisnya lagi.
Bukan itu sahaja bahkan kata ibunya, keberanian anaknya itu tambah terbukti bila mana dia turut membuat aksi terjun, kepala ke bawah seperti yang dilakukan ayahnya. Memang lain macam.
Keberanian anak kecil ini sudah semestinya di puji namun ramai pula yang turut mencadangkan agar dimasukkan ke kelas berenang seawal mungkin. Semuanya bagi mengimbangkan keberaniannya dan kemahirannya diaplikasikan sebaiknya.
Sungguh kejam! Tergamaknya seorang wanita mencekik bayi perempuan berusia tiga minggu sehingga maut gara-gara tidak puas hati dengan ibu bayi yang didakwa curang bersama suaminya.
Dalam kejadian 14 November lalu, mangsa dikhabarkan kritikal selepas ditikam menggunakan pemutar skru. Lebih menyedihkan, anak kecil yang tidak bersalah turut terlibat dalam pergaduhan ini.
Bayi dicekik, ibu kritikal
Kejadian yang berlaku di sebuah apartmen di Batu Caves, Gombak menyaksikan pembunuhan kejam ke atas bayi perempuan berusia tiga minggu dan ibu bayi. Bayi tersebut maut selepas enam hari dirawat di hospital akibat dicekik, manakala ibunya kritikal.
Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi 19 November lalu ketika dalam rawatan di Hospital Selayang.
Dalam kejadian ini, wanita berusia 30 tahun parah selepas ditikam menggunakan pemutar skru di belakang kepala, manakala bayinya dicekik.
Susulan itu, kami menahan dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini pada hari sama (kejadian).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7 pagi.
Berang jalin hubungan bersama suaminya
Hasil siasatan mendapati mangsa diserang gara-gara menjalinkan hubungan bersama suami suspek di rumah mereka.
Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana berang dengan mangsa yang menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya hingga melahirkan anak.
Kami turut merampas pemutar skru yang digunakan suspek menikam mangsa di lokasi.
Suspek yang merupakan seorang wanita muda yang berusia 25 tahun menyerang mangsa bersama pembantu rumahnya.
Suspek dan pembantu rumah direman 4 hari
Wanita terbabit bersama pembantu rumah berkenaan direman selama empat hari bermula 15 hingga 19 November.
Suami suspek berusia 27 tahun yang juga ahli perniagaan pula direman selama tujuh hari bermula 17 hingga 23 November untuk membantu siasatan.
Sebelum ini, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Namun, kematian bayi itu menyebabkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Reman disambung semula lima hari lagi untuk siasatan lanjut bagi kedua-dua suspek berkenaan.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.