Tanpa kita sedari, kadang-kadang bila ada anak ramai kita cenderung untuk mengabaikan perasaan anak sulung. Kita akan minta dia faham situasi (walaupun usianya masih kecil), kemudian kita suruh dia beralah dengan adik-adiknya yang lain.
Ada masanya emosinya diabaikan. Terpaksa mendahulukan orang lain dan perasaannya jarang diambil peduli. Begitulah kisahnya dengan ibu ini yang berkongsi cerita tentang anak sulungnya.
Assalamualaikum semua. Nama saya Siti. Saya berusia 33 tahun. Ada tiga orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan. yang sulung lelaki. Anak sulung saya usianya 7 tahun, anak yang baik dan mendengar kata. Selalunya bila saya minta dia tolong apa-apa, dia boleh diharap.
Kasihan saya dengan anak sulung saya ni. Dia ada dua orang adik yang masih kecil. 4 tahun dan setahun lebih. Saya dan suami assume dia sepatutnya lebih matang dan boleh beralah dengan adik-adik. Selalunya kalau apa yang adiknya nak, saya akan minta dia beri pada adik. Walaupun barang tu kepunyaan dia atau dia yang dapat dulu.
Ads
Kadang-kadang boleh nampak dia memberontak. Bila dia serahkan barang tu pada adik, dia tolak adiknya. Dah buat si adik menangis. Bila dah jadi macam tu, of course dia yang kena marah. Saya dan suami tahu, perbuatan kami tu salah. Rasa macam tak adil pada dia, tapi waktu tu kami rasa, ia pilihan terbaik.
Jarang anak sulung ni dapat apa yang dia mahu, sebab kami merasakan yang dia dah cukup besar. Kalau ayahnya belikan mainan untuk adik-adik, abang tak dapat. Bila ditanya, ayah beritahu yang dia dah besar. Kalau nak main, pinjam yang adik punya.
Di situlah silapnya kami sebagai parents. Bila tak dibelikan mainan untuk abang, kita suruh dia pinjam yang adik. Bila dia main yang adik, tapi tiba-tiba adik minta, kita suruh dia beralah dengan adik. Selalu macam tu kan? Kita tak sedar yang kita dah guriskan perasaan anak sulung.
Ads
Suatu hari, saya marahkan anak sulung saya. Asalnya dia tengah minum air, lepas tu adik rampas dari abang. Abang bagi pada adik dalam keadaan marah kemudian dia tanrum. Mengamuk-ngamuk. Sudahlah saya marah, kemudian ayah dia pula denda. Beri dia time out padahal kalau diteliti, sebenarnya salah pada si adik.
Waktu itulah dia ‘meletup’. Dia menangis sepuas hati dan luahkan segalanya. Dia beritahu apa yang dia tak puas hati selama ini. “Along sedih, asyik kena marah. Mama dengan Papa benci Along, tak sayang Along. Along sedih!!”. Mendengar luahan perasaan si abang, rasanya kami dah bersalah sebagai ibu dan ayah. Beratnya bebanan yang ditanggungnya selama dia kena beralah dengan adik-adik.
Untuk Along, Mama Papa sorry okay? Mama janji takkan buat macam tu lagi. Untuk usia 7 tahun, salah Mama Papa asyik marah-marah Along. Suruh jaga adik, tapi Mama Papa tak jaga Along. Sorry ya sayang?
Pada saya, sebaiknya sebagai ibu ayah kita kena bersikap adil. Utamakan perasaan setiap anak kita. Anak sulung terutamanya, banyak perkara yang mereka terpaksa beralah dengan adik-adik. Kadang-kadang boleh buat dia sedih. Dia marah. Itu normal. Sebaiknya, kita ambil tahu perasaan mereka.
Jika anda mahu berkongsi sebarang cerita, boleh klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang pandemik, banyak kekangan untuk pasangan yang berkahwin untuk mengadakan kenduri dan sebagainya. Pasangan yang berkahwin terpaksa menangguhkan majlis persandingan dan hanya menjalankan perkara wajib iaitu akad nikah.
Terbaharu, viral satu video satu pasangan pengantin yang melangsungkan majlis persandingan mereka. Apa yang menyebabkan majlis itu viral? Sebab pasangan ini naik pelamin bersama anak kembar mereka!
Video yang dimuatnaik di akaun Tiktok Nreennaimaaa menunjukkan koleksi foto di sebuah majlis perkahwinan. Dapat dilihat dalam video tersebut foto-foto pengantin bersama dua orang bayi ketika berarak dan berada di atas pelamin. Cantiknya berbusana pengantin serba maroon dan bayi kembar tersebut mengenakan baju melayu warna merah jambu.
Menjawab sesetengah soalan yang diajukan kepadanya, pengantin perempuan menjelaskan dia dan suami telah bernikah pada Februari 2020. Rezeki mereka, pada bulan Mac dia disahkan hamil.
Memandangkan rancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan kerana PKP, akhirnya pasangan ini mengambil keputusan untuk bersanding bersama bayi kembar mereka yang berusia 3 bulan pada Januari 2021 yang lalu.
Rata-rata yang menonton video tersebut meninggalkan uncapan tahniah serta berseloroh tentang anak-anak pasangan ini yang takkan bertanya kenapa mereka tak dijemput ke majlis perkahwinan ibu ayah mereka;
Si kembar dah makin besar dan comel sangat! Semoga pasangan ini terus berbahagia dan anak-anak mereka akan membesar dengan sihat dan bijak. Untuk parents to be yang mungkin sama cerita seperti pasangan ini, bolehlah anda pun bersanding dengan anak di majlis perkahwinan nanti! Sama-sama kita doakan pandemik Covid-19 di negara kita semakin pulih dan kita dapat hidup seperti sedia kala.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas guru yang sebelum ini tular kerana semangat juangnya melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45 atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, disahkan meninggal dunia pada Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.
“Nassry Mardee Bin Ismail dah meninggalkan kita semua. Moga ALLAH ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya dan jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya,” tulis hantaran tersebut yang turut disertakan bacaan surah al-Fatihah.
Berita pemergian Allahyarham mengundang rasa sedih dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan serta bekas anak muridnya yang mengenali beliau sebagai seorang guru ceria dan berjiwa besar.
Allahyarham kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya, Ipoh.
Untuk makluman, Allahyarham sebelumnya menjadi perhatian ramai selepas berkongsi kisah perjuangannya melawan tiga jenis kanser, termasuk kanser buah pinggang, kanser kelenjar dan kanser paru-paru.
Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan mendalam buat ramai pihak yang kagum dengan ketabahan dan semangat juangnya melawan penyakit hingga ke akhir hayat.
PESANAN BUAT ISTERI DAN ANAK
Paling meruntun jiwa menerusi hantaran sebelum ini, Cikgu E menitip pesanan dan doa buat isteri tersayang serta lima anaknya andai suatu hari nanti beliau pergi meninggalkan mereka.
“Buat isteri tercinta, terima kasih kerana menjadi tiang doa dan kekuatan saya sejak dari awal perjalanan ini. Awak bukan sekadar isteri, tapi rahmat paling indah yang Allah pinjamkan.
“Teruslah hidup dengan tenang, jangan sesekali bersedih lama-lama. Saya mahu awak bahagia, sebab bahagia awak itu tanda saya tenang di sana,” tulisnya.
Selain itu, Cikgu E turut berpesan kepada anak sulungnya, Hakeem supaya menjaga keluarga dan berpesan kepada empat anaknya yang lain untuk sentiasa sabar, kuat, ceria serta terus mendoakannya.
“Abah sayang kamu semua sampai ke syurga, insyaAllah. Kalau rindu pandang langit dan senyum… sebab di situ juga abah sedang mendoakan kamu,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai yang menitipkan doa buat Allahyarham dan keluarga.
Sumber: Nassry Mardee Ismail IV
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam membina sesebuah keluarga, antara tanggungjawab paling besar ibu bapa adalah memastikan pendidikan anak-anak terjamin.
Setiap fasa pembesaran mereka dari kecil hinggalah ke alam remaja merupakan peluang membentuk karakter, kemahiran dan masa depan.
Justeru, bila ada cadangan seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli berkenaan sistem pendidikan negara, pastinya ia membuka perbincangan hangat di kalangan keluarga Malaysia.
Dalam satu sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, bekas Menteri Ekonomi dan Ahli Parlimen Pandan itu mencadangkan agar umur persekolahan dihadkan sehingga 16 tahun sahaja. Katanya:
“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun… kerana satu, kita negara menua. Keduanya, supaya anak-anak kita dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun.”
Ujar beliau, idea ini bukan sekadar untuk mempercepatkan penyertaan anak muda dalam tenaga kerja, malah merupakan satu langkah proaktif menangani isu penuaan populasi negara.
Namun dalam masa yang sama, Rafizi turut menekankan bahawa fokus sebenar RMK13 kali ini adalah pada pendidikan awal kanak-kanak, bukan lagi pembangunan mega mahupun angka-angka ekonomi.
Dalam hal ini, beliau menekankan kepentingan menyediakan perkhidmatan pra sekolah yang universal untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun.
Beliau juga memberi peringatan tegas bahawa jika pendidikan awal tidak diberi perhatian, murid akan mula ‘ketinggalan’ seawal Darjah Satu dan ini akan memberi kesan berpanjangan.
Sebagai ibu bapa, adakah kita bersedia dengan perubahan ini? Adakah kita bersedia melepaskan anak tamat sekolah pada usia 16 tahun, dan bersaing dalam dunia kerja lebih awal? Atau patut kita fokus terlebih dahulu kepada kekuatan sistem early childhood education agar asasnya cukup kukuh sebelum membuat perubahan drastik seperti pemendekan tempoh sekolah. Apa pun, pastinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.