Kehadiran anak saat yang ditunggu-tunggu, namun perancangan Allah lebih dari segalanya. Begitu juga bagi pelakon dan penyanyi Izzue Islam serta isterinya, Awin Nurin yang tidak berhenti berdoa agar dikurniakan cahaya mata setelah hampir 9 tahun mendirikan rumah tangga.
Hentikan IVF buat sementara waktu
Memetik mStar Online, Izzue memaklumkan dia dan isteri terpaksa menghentikan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata berikutan kesibukan kerja serta jadual kerja yang padat.
“Untuk rawatan (IVF), kami sudah berjumpa dengan doktor dan keputusan semuanya baik sahaja cuma doktor pesan kena ada masa untuk rehat sebab kalau kerja berterusan mungkin akan ganggu proses rawatan itu.
Ads
“Jadual saya agak padat pada tahun ini dan untuk tahun depan pun ada yang sudah susun jadi saya dan isteri rancang nak kosongkan jadual sekurang-kurangnya sembilan bulan,” katanya.
Sambung rawatan hujung tahun
Dalam pada itu, Izzue memberitahu dia akan kembali menyambung rawatan pada hujung tahun ini jika diberikan kesempatan waktu.
Ads
“Saya memang nak sambung kembali rawatan cuma komitmen kerja sangat tinggi saat ini, kalau sempat hujung tahun ini kami akan cuba lagi sekali,” katanya.
Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Ada sesetengah ibu bapa berpendapat membelikan anak mainan dianggap sebagai satu pembaziran malah turut membuatkan rumah bersepah. Itu pendapat sesetengah orang. Namun hakikatnya mainan biar pun kecil saiznya, ia memberi begitu banyak kebaikan pada anak kecil kita. Bukanlah hanya bermain semata-mata.
Menerusi instagram miliknya, Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera turut berkongsi mengenai kelebihan anak-anak bermain dengan mainannya sendiri berbanding menghabiskan masa dengan gajet atau juga menonton televisyen yang sememangnya kurang baik untuk perkembangan anak kecil kita.
Malah katanya lagi bermain dengan mainan sebenarnya dapat melatih anak berfikir sambil bermain.
“Sekarang ni anak-anak menghabiskan masa mereka di rumah sahaja. Yela, semua pusat asuhan dan sekolah semuanya ditutup. So, ibu bapa di rumah mungkin cenderung untuk memberi gajet (phone) atau tv untuk melayan anak-anak.
“Kalau diberi je anak ‘screen time’ tak terkawal ni, anak-anak mungkin boleh lambat perkembangannya (bercakap, bersosial), atau boleh mendapat masalah mental, ADHD, Autism, dan macam-macam lagi.
“Bagi saya, adalah penting untuk ibu bapa memberi permainan yang mendidik (educational toys) dan juga membuatkan anak-anak berfikir sambil bermain. Bukannya sekadar mainan semata-mata sahaja. Kita pilihlah mainan yang kena atau sesuai dengan minat anak tu,” katanya berkongsi.
Malah bapa penyayang ini turut sama melakukan hal yang sama kepada anaknya, Ayra. Kata Dr Izzar lagi Ayra cukup gemar main masak-masak dan bagi menggalakkan Ayra lebih tertarik, dia dan isterinya turut membelikan set lengkap memasak bagi mendorong minatnya.
“Macam yang Ayra tengah main Toy Kitchen ni. Ayra memang suka main masak-masak dan pink pula warna kegemaran dia. Tu saya pilih mainan ni. Dia akan kacau-kacau periuk tu dengan senduk, tak pun letak barang-barang dalam peti ais mainan, dan letak barang dalam dishwasher.
“Semua tu dia fikir sendiri tanpa saya suruh. Dia belajar sendiri dari apa yang kita buat dalam kehidupan sebenar cuma Ayra tak dapat nak main dengan dapur periuk n peti ais sebenar sebab merbahaya la kan,” katanya lagi yang seronok melihat perkembangan anaknya.
Dalam pada itu kata Dr Izzar lagi, bukan hanya Ayra bahkan dia dan isteri turut sama bermain bagi menggalakkan minat dan bonding bersama anak. Barulah hubungan kekeluargaan makin erat.
“Jadi, bolehla dia main Toy Kitchen ni dengan selamat. Isteri dan saya pun ikut sekali bermain dengan Ayra tu. Layan dia. Dia suap makanan dan air dan kitorang pun tolong-tolong Ayra memasak. Baru anak semangat nak main. Yang lawaknya, Ayra siap letak buah epal betul dalam microwave toy tu. Nak masak katanya,” kongsi Dr Izzar lagi.
Dalam pada itu, beliau juga menasihati ibu bapa agar bijak memilih jenis permainan untuk anak-anak.
“Pilihlah education toys yang sesuai untuk anak masing-masing. Kenal pasti minat anak masing-masing.
“Ibu bapa patut tahu kan. Semoga ibu bapa semua diberi kesabaran dan kekuatan untuk melayan anak-anak semasa pandemic COVID-19 ini. Stay safe ya dan duduk dirumah je,” katanya lagi.
Ibu-ibu bila dah ada anak, semua perkara akan dititikberatkan. Setiap hari kalau tak dengar suara ibu, pasti anak-anak atau suami akan pelik.
Menerusi perkongsian ibu ini, Puan Wan Nur Syakira daripada ibu atau ayah membebel, baiklah kita selitkan dengan zikir agar anak-anak kita semua akan menjadi anak cemerlang dunia akhirat.
Sejak kita ada anak ni, memang banyak sangat mulut ni berzikir. Bila anak nak tidur, dodoikan dengan zikir. Kalau sejam, sejam lah keluar semua zikir yang yang kita tahu.
Mula-mula slow, lama-lama makin kuat sebab kenapa tak tidur lagi ni. Tak pun mula-mula kuat, lama-lama makin perlahan sebab mak ayahnya tidur sekali. 😂
Bila ajak anak masak sama-sama atau dia nak join sama-sama, sepanjang proses memasak tu, berzikir melihat telatah dia.
Tangan kecil dok rasa garam, gula, celup tu, celup ini. Bila anak meragam dan tengah menguji kita dengan kelakuan belum matang ni,
Lafaz istighfar dan ” ya Allah ” automatik keluar. Breath in breath out. Merayu betul dengan Allah bagi jiwa yang sabar.
Tak pun sekarang, bila rasa marah, teringat lagu Little Ammar, ” Bila rasa marah, tenang hati ‘. Nyanyilah ummi di depan anak. 😂
Bila anak terjatuh, ” Allahuakbar” terus terpacul. Bila bercakap dengan anak, sebab kita nak anak pun dibudayakan dengan perkataan yang baik, kita ajar anak sebut Alhamdulillah bila dapat sesuatu.
Kita ajar anak sebut Subhanallah, MasyaAllah kalau nampak benda yang Allah ciptakan tu cantik dan hebat.
Kita pun ajar sebut istiazah bila nak lindungi diri kita dari syaitan. Kita ajar sebelum mula , baca Bismillah.
Begitulah. Rupanya anak lahir nak bagi ibu ayah banyak berzikir, ingat pada Allah. 😊
Ibu ayah yang berusaha menjadi lebih baik dan baik untuk anak contohi. Yang sentiasa cuba mengingati Allah dalam tiap urusan.
Kerana perjalanan menjadi ibu ayah itu adalah perjalanan melatih, membentuk dan menjadi kita yang lebih baik.
Seorang isteri maut akibat dibelasah oleh suaminya dengan tukul besi disyaki akibat cemburu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.00 pagi tadi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun yang menyebabkan mangsa, 41 tahun, cedera parah di dahi dan muka.
Sebelum kejadian, mangsa baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bergaduh.
Difahamkan, selepas mangsa dibunuh, suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi sebelum memberitahu seorang kakaknya, dia telah membunuh isteri dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.