Keibubapaan

“Kita Usaha, Belum Ada Rezeki..” Izzue & Isteri Terpaksa Hentikan Dulu Rawatan IVF

Share

Kehadiran anak saat yang ditunggu-tunggu, namun perancangan Allah lebih dari segalanya. Begitu juga bagi pelakon dan penyanyi Izzue Islam serta isterinya, Awin Nurin yang tidak berhenti berdoa agar dikurniakan cahaya mata setelah hampir 9 tahun mendirikan rumah tangga.

Hentikan IVF buat sementara waktu

Memetik mStar Online, Izzue memaklumkan dia dan isteri terpaksa menghentikan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata berikutan kesibukan kerja serta jadual kerja yang padat.

“Untuk rawatan (IVF), kami sudah berjumpa dengan doktor dan keputusan semuanya baik sahaja cuma doktor pesan kena ada masa untuk rehat sebab kalau kerja berterusan mungkin akan ganggu proses rawatan itu.

“Jadual saya agak padat pada tahun ini dan untuk tahun depan pun ada yang sudah susun jadi saya dan isteri rancang nak kosongkan jadual sekurang-kurangnya sembilan bulan,” katanya.

Sambung rawatan hujung tahun

Dalam pada itu, Izzue memberitahu dia akan kembali menyambung rawatan pada hujung tahun ini jika diberikan kesempatan waktu.

“Saya memang nak sambung kembali rawatan cuma komitmen kerja sangat tinggi saat ini, kalau sempat hujung tahun ini kami akan cuba lagi sekali,” katanya.

Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

Sumber: Mstar Online

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN