Dua kes baharu Novel Koronavirus (2019-nCoV) dikesan di negara ini, ujar Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Kes pertama melibatkan seorang warga China berusia 63 tahun dan seorang rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor.

KKM Sahkan Kes Pertama Rakyat Malaysia Dijangkiti Koronavirus

Rakyat Malaysia berkenaan dipercayai dijangkiti virus itu semasa menghadiri mesyuarat di Singapura.

Ia menjadikan keseluruhan kes positif Koronavirus di Malaysia sebanyak 10 kes melibatkan seorang rakyat Malaysia dan sembilan warga China.

Sumber: Awani

Adakah Coronovirus Turut Menjangkiti Kanak-kanak?

Rata-rata laporan tentang jangkitan coronavirus melibatkan individu dewasa. Bagaimana pula dengan impak coronavirus pada kanak-kanak? Adakah si kecil kurang berisiko untuk dijangkiti virus korona ini?

Coronavirus pada kanak-kanak
Sehingga kini, masih tiada sebarang maklumat lengkap mengenai demografi usia mangsa wabak novel coronavirus atau 2019-ncov ini.

Walau bagaimanapun, berdasarkan penularan wabak virus korona sebelum ini, kanak-kanak dilaporkan sebagai individu yang jarang dijangkiti. Tahukah anda mengapa ia terjadi?

KKM Sahkan Kes Pertama Rakyat Malaysia Dijangkiti Koronavirus

Sebagai ibu bapa, pastinya lahir rasa bimbang mengenai penularan wabak korona yang menyerupai simptom jangkitan pneumonia ini. Hal ini berikutan kerana, jangkitan virus korona telah menjangkiti ribuan individu yang bukan sahaja melibatkan penduduk di China, tetapi juga negara-negara lain.

Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Emerging Infectious Diseases pada tahun 2010, jangkitan coronavirus pada kanak-kanak amat jarang sekali untuk berlaku.

Menurut saintis dari Itali yang melakukan kajian ini, jangkitan yang disebabkan oleh HCoV (Human coronavirus) pada kanak-kanak hanya akan mengakibatkan wujudnya masalah jangkitan saluran pernafasan (respiratory tract infections).

IKLAN

Malahan, Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention – CDC) menyatakan jangkitan SARS pada kanak-kanak mempunyai peratusan yang rendah, iaitu kurang daripada 5% daripada jumlah keseluruhan kes SARS.

Dari tahun 2004 hingga sekarang, masa belum ada laporan yang melibatkan jangkitan coronavirus, khususnya SARS yang menyerang bayi mahupun kanak-kanak. Namun, ia tidak bermakna golongan ini tidak terdedah kepada risiko. Masih wujud risiko, cuma ia adalah dalam jumlah yang rendah.

Mengapa virus korona jarang menjangkiti kanak-kanak?
Ini antara sebab mengapa virus korona jarang menjangkiti kanak-kanak mahupun bayi:

KKM Sahkan Kes Pertama Rakyat Malaysia Dijangkiti Koronavirus

1 – Pertama

Penularan wabak coronavirus pada kanak-kanak jarang berlaku kerana kebanyakan tempat berlakunya penyebaran ini adalah di hospital. Keadaan ini sekaligus menjadi punca mengapa kakitangan kesihatan dan individu dewasa lebih terdedah kepada jangkitan virus corona.

Kan terdapat peraturan yang tidak membenarkan kanak-kanak mengunjungi atau menziarahi pesakit di hospital.

2 – Kedua

Kanak-kanak dalam lingkungan usia 2.5 hingga 3.5 tahun dikatakan mempunyai antibodi yang kuat dalam melawan HCoV. Ia menjadi antara faktor mengapa kes jangkitan virus korona yang melibatkan kanak-kanak adalah rendah dan lebih cenderung kepada kanak-kanak yang lebih dewasa dan remaja.

IKLAN

Simptom virus korona pada kanak-kanak
Simptom coronavirus pada kanak-kanak adalah tidak jauh berbeza dengan individu dewasa. Ia hampir sama dengan selesema atau flu yang muncul setelah dua hingga empat hari dijangkiti.

Kebiasaannya simptom yang berlaku tidaklah begitu teruk. Berikut antara simptom yang boleh dikenal pasti untuk rawatan awal:

-Bersin dan batuk
-Hidung berair
-Demam
-Pernafasan pendek dan cepat
-Sakit tekak
-Asma

Tanda di atas mungkin hampir sama dengan penyakit lain. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anak anda tidak dijangkiti virus korona.

Jadi sekiranya anda melihat simptom seperti jangkitan virus korona berlaku kepada anak anda, sebaiknya lakukan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera. Ia sudah tentu dapat menghindari sebarang risiko jangkitan yang lebih kritikal.

Kerap mencuci tangan
Galakkan si kecil untuk kerap mencuci tangan sebelum makan, selepas menggunakan bilik air, serta selepas batuk dan juga bersin. Seeloknya, ajar anak untuk mencuci tangan dengan air dan sabun bersama teknik mencuci tangan yang betul.

Jika si kecil sudah boleh memahami apa yang anda katakan, anda boleh menggunakan gel pembersih tangan sebagai salah satu cara lain untuk membantu mencegah jangkitan virus.

Dalam keadaan tertentu, selepas melawat sesetengah tempat atau melakukan beberapa perkara, anda perlu memastikan anak anda membasuh tangan.

IKLAN

Antara tempat yang dimaksudkan adalah:

1. Taman permainan

Walaupun, ada pakar yang mengatakan pendedahan kepada bakteria daripada tanah baik untuk kanak-kanak, namun itu tidak bermakna anda harus memandang remeh kemungkinan yang boleh berlaku.

Ini kerana terdapat risiko untuk dijangkiti tetanus melalui luka pada kulit, jadi pastikan anda sentiasa pantau si kecil ketika bermain di taman permainan.

2. Haiwan peliharaan

Tidak dinafikan si kecil memang gemar untuk menyentuh haiwan peliharaan seperti kucing mahupun anjing. Keadaan ini sekali gus meningkatkan risiko anak untuk dijangkiti bakteria, virus dan parasit melalui najis, air liur mahupun bulu haiwan tersebut.

Lebih membimbangkan, alat mainan dan juga bekas makanan haiwan merupakan tempat sarang pembiakan bakteria Salmonella dan E.coli.

Anda pastinya sukar untuk menolak keinginan si kecil membelai haiwan peliharaan. Jadi anda perlu pastikan anak mencuci tangan sebaiknya sejurus selepas bermain dengan haiwan peliharaan.

3. Pusat membeli-belah

Pemegang eskalator, panel butang lif, permainan arked serta tempat makan di medan selera merupakan antara tempat pembiakan bakteria yang sangat ideal. Jadi sentiasa pastikan anda mencuci tangan si kecil.

Sekiranya anda perlu menggunakan kerusi makan bayi, pastikan anda lap terlebih dahulu dengan menggunakan tisu atau semburan antibakteria sebelum meletakkan si kecil di dalamnya. Biarlah jika ada yang menganggap anda paranoid, tetapi kesihatan anak merupakan satu perkara utama yang tidak boleh dikompromi.

Akhir kata
Walaupun mungkin risiko virus ini kepada kanak-kanak adalah rendah, namun hakikatnya virus korona ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. Ia boleh berlaku kepada bayi, kanak-kanak mahupun individu dewasa. Maka aspek penjagaan kebersihan diri dan pemakaian topeng muka adalah amat digalakkan.

Sumber: Hello Health

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI