Tiada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan melarang ibu bapa membawa anak mereka ke pusat beli-belah sebaliknya ia lebih kepada memberi nasihat untuk mengelakkan terdedah kepada bahaya dijangkiti Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya ada berbincang mengenai ibu bapa membawa anak kecil ke pusat beli-belah tetapi setakat ini tiada SOP dan lebih kepada nasihat.

ARTIKEL BERKAITAN [ 112 Kes Jangkitan Covid-19 Kanak-Kanak Umur 4 Tahun Ke Bawah & 22 Kes Bayi Bawah 1 Tahun ]

Dalam peringkat perbincangan

Menurutnya, ada beberapa implikasi yang perlu dipertimbangkan jika diadakan SOP itu dan sebagai contoh jika ibu tunggal mempunyai anak kecil.

IKLAN

Virus Covid-19 Sekitar 2 Tahun Baru Ada Vaksin. Hadkan Bawa Anak Ke Tempat Umum

“Kalau mereka dihalang bawa anak ke pusat beli-belah, boleh dikenakan kompaun jika tetap membawanya selain di mana mereka hendak tinggalkan kanak-kanak itu jika hendak ke pusat beli-belah.

“Kalau bawa kena saman, kalau kunci dalam rumah mungkin berlaku sesuatu dan kalau tinggal dalam kereta takut kes kematian.

IKLAN

“Jadi banyak perkara, kita pertimbangkan beberapa isu. Buat masa ini kita minta KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara) berbincang semula lebih lanjut,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya.

ARTIKEL MENARIK [ Buat Janji Temu Online Sebelum Ke JPN Daftar Kelahiran, Kematian Atau Mohon IC ]

IKLAN

Belum tentu lagi bila vaksin ditemui

Beliau berkata, Covid-19 akan terus berada di persekitaran sekitar minimum dua tahun dan mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin lima tahun sehingga ditemui vaksin yang mana jika rasa bahaya, ibu bapa tidak perlu membawa anak mereka ke pusat beli-belah.

“Kalau dua tahun tak mungkin PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kekal dan apabila ia ditamatkan, SOP dan peraturan tidak boleh dikenakan, maka kawalan kendirilah yang perlu dilakukan,” katanya.

Sumber: Metro

https://www.youtube.com/watch?v=Yn7baS-UJb0

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI