Mengapa anak yang mempunyai masalah asma dilarang terlalu kerap untuk bermandi manda di kolam renang? Hal ini dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan menerusi satu perkongsiannya di media sosial.
Menurut beliau, anak yang mempunyai masalah asma akan terkesan dengan kandungan klorin dalam kolam renang, bergantung kepada imun tubuh anak itu sendiri.
Jika sistem imunnya tidak kuat, anak akan terus mengalami batuk-batuk selepas mandi. Pilihan paling sesuai pastinya menambahkan kemahiran berenang anak di sungai atau di pantai. Ini lebih baik.
Anak asthma elakkan dari swimming pool.
Anak saya pernah batuk teruk lepas beberapa minit masuk dalam pool. Rupanya bukan sebab sejuk, tapi sebab kandungan klorin yang tinggi dalam pool yang buatkan anak saya sensitif sampai terus batuk bila berendam dalam pool.
Ads
Anak hidu air dalam pool yang ada kandungan klorin, ada yang terus batuk, sesak nafas, selsema atau bersin. Bergantung pada reaksi alahan pada anak.
Korang yang ada anak asthma, elakkan dulu bawa anak mandi swimming pool ya. Sama jugak untuk, anak yang kerap batuk, resdung, eczema, masalah kulit, dan anak yang mudah dapat alahan.
Ads
Berenang sangat bagus untuk paru-paru anak sebenarnya. Tapi untuk anak asthma, cari tempat berenang yang lebih selamat. Laut, sungai, ini lebih baik.
Pulihkan usus anak, supaya kurang sensitif pada persekitaran. InsyaAllah kalau usus anak dah baik, dia mandi pool pun dah tak batuk lagi.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bukan mudah nak buat anak sulung faham yang mereka akan dapat adik baru. Kalau anak yang dah besar sikit mungkin boleh faham, tapi kalau menjadi abang atau kakak pada usia yang masih kecil mungkin menyebabkan mereka ‘memberontak’. Ketika inilah akan banyak drama air mata berlaku.
Buat beberaoa cara ini untuk pastikan mental dan emosi anak sulung bersedia menerima adik baru:
Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik
Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi.
Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.
Kredit foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil
Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.
Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.
Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi
Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!
Kredit foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Perut Yang Semakin Membesar
Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin membesar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin membesar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.
Kredit foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.
Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Siapa menyangka anak pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy, Eshaal Afiq Hakim yang baru berusia lima tahun memiliki suara yang cukup merdu seperti ibu dan ayahnya.
Keletah Eshaal yang merupakan anak kepada pasangan itu yang menyanyikan lagu pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), Cinta nyanyian Marsha Milan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Instagram anak-anak mereka, @beyshal kelihatan Eshaal teruja menantikan kepulangan Akim dan Stacy sebaik pulang dari AJL36.
Namun apa yang menariknya, si kecil Eshaal menyambut kedua ibu ayahnya dengan menyanyikan bahagian korus lagu dendangan Marsha itu sebelum Akim mengusik anaknya mengenai teknik nyanyian.
“Kenapa ada shaky itu? Selepas ini betulkan Shaky itu” seloroh Akim.
Dalam pada itu rata-rata peminat memuji kemerduan suara Eshaal yang disifatkan mewarisi bakat daripada ibubapanya.
Perkongsian Stacy menerusi Instagramnya tidak lama dulu juga turut berkongsi bakat nyanyian anaknya itu yang sama seperti bapanya.
Bahkan kata Stacy, anak kecilnya itu juga turut meniru gaya Akim ketika beraksi di pentas. Comel!
Selain Eshaal, anak angkat kepada pasangan itu, Bella De Luna Valentina yang kini berusia sembilan tahun turut mencuri perhatian apabila dikatakan mempunyai bakat dalam bidang lakonan serta cukup pandai menari selincah ibunya. Semuanya atas bimbingan Stacy.
Perkongsian dua video yang dikongsikan Stacy jelas membuktikan bakat semulajadi anaknya. Semuanya diwarisi dari ibu dan ayahnya. Steadylah Eshaal. Patutnya dipuji wargamaya. Sedap sungguh!
Terdahulu Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Eshaal Afiq Hakim, 5 tahun dan seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina yang kini berusia 9 tahun.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik.
“Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang
“Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.
“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Jawapan.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah. Betul tak?
Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya?
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin
‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, ada 7 tips, macam mana nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah:
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
Salam Sayang
Sumber:
Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.