Bagi ibu-ibu lepas bersalin penting untuk amalkan makan makanan yang berkhasiat. Ini  untuk memastikan ibu dapat zat yang cukup setelah bertarung nyawa selepas bersalin. Banyak darah dalam badan ibu yang keluar setelah melahirkan anak dan waktu berpantanglah untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan.

Ingat waktu berpantang mestilah ambil makanan berkhasiat. Jangan terlalu hadkan pengambilan makanan yang banyak vitamin dan zat untuk badan. Lagi satu banyakkan minum air kerana bagus untuk elak sembelit.

Betul setiap orang badan tak sama. Ada yang ok, ada yang berangin. Jadi jangan nak samakan dengan diri kita waktu berpantang. Jika makanan itu bagus untuk memberi tenaga dan memulihkan luka, makanlah. Rasa tak sesuai dengan badan sendiri, elakkan dulu. Jangan nak berikan tanggapan negatif pada orang lain pula.

Ok bagi yang nak dapatkan koleksi resipi berpantang yang berkhasiat dan sedap, perkongsian Puan Nur Diyana ini boleh dijadikan sebagai panduan.

Lagipun sekarang pergerakan agak terhad, nak berpantang di kampung susah. Encik suami pun boleh tolong masakkan.

Bukan itu je, menu makanan berpantang ni pun sesuai sebagai makanan diet. Resepi makanan berpantang ni boleh buat kita kurus jugak tau.

Ini Nana kongsikan menu-menu berpantang yang disediakan oleh ibu, nenek dan kakak saya. Saya memang tak ada apa-apa regim pantang yang ketat – cuma makan makanan seimbang dan minum air putih secukupnya.

Semalam timbang di Klinik Kesihatan, dah turun 10 kg setakat ni. Mungkin juga faktor bayi saya menyusu badan yang mempercepatkan proses penurunan berat. Tak kisah lah pasal berat turun berapa pun yang penting kita nak sihat, kan?

-Ikan bilis dengan hirisan kentang masak lada hitam
-Ikan merah stim bersama sayuran
-Nasi putih + peria crisp

-Ikan merah kukus halia
-Sayur brokoli,lobak putih dan sawi bening
-Nasi putih + serunding halia

IKLAN

– Sayur brokoli dan lobak tumis ikan bilis
– Isi tenggiri kukus lada hitam + halia + bawang putih
– Nasi putih

-Nasi putih & serunding halia
-Ulam pegaga
-Ikan jenahak masak kicap lada hitam
-Buahan

-Ikan merah grill dengan sayuran
-Nasi putih + lada hitam
-Sayuran bening

-Ikan tenggiri singgang (tanpa kunyit)
-Sayur brokoli, lobak merah dan sawi masak bening
-Nasi putih + serunding halia + garlic crisp

-Nasi putih + peria crisp
-Sayuran bening
-Ayam madu

-Nasi putih + serunding halia
-Buahan
-Ikan siakap stim dengan sayuran

-Nasi putih + serunding halia
-Sayuran bening
-Ikan merah goreng halia

-Nasi putih + crunchy garlic
-Sup ayam dengan sayuran (direneh)
-Brokoli campur hati ayam

-Nasi putih + serunding halia
-Sayuran bening
-Ikan jenahak masak lada hitam

-Nasi putih + peria crisp
-Sayuran bening
-Ikan merah masak asam

-Bubur ayam
-Buahan
-Sambal totok
-Sayur bening

-Nasi putih + peria crsip
-Sayuran bening
-Singgang ikan tenggiri

– Set Nasi Ayam (homemade)
– Sayuran bening (ganti sup biasa)

-Aglio Olio Ikan bilis
-Ikan sweet sour dengan sayuran
-Buah-Buahan

-Ayam grill dengan serunding halia dalam roti tortilla
-Spaghetti sos tomato (homemade)
-Sayuran dan buahan

Buah-buahan ni memang sentiasa ada stock dalam peti ais. Kalau craving nak benda manis biasanya saya akan potong buah sendiri dan snacking petang / lepas maghrib… saya memang tak ada pantang buah ke apa…ibu nenek dan family saya semua supportive, mereka yang topup stock kalau dah habis.

**Nak tahu lagi banyak resipi berpantang menarik boleh terus klik link FB Nur Diyana

Kredit: Nur Diyana

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)