Pada 5 November 2024 yang lalu, telah berlangsung Watch Party untuk drama pendek vertical bersiri, Tasik Tandus di Padang Pasir bertempat di TGV One Utama Damansara. Apa yang menarik, drama bersiri yang dibawakan oleh Durex ini mengetengahkan isu rumah tangga yang dianggap taboo berkaitan hubungan intim suami isteri. Bukan sekadar hiburan tetapi siri Tasik Tandus di Padang Pasir sebenarnya ingin mendidik masyarakat tentang kepentingan komunikasi dalam rumah tangga.
Barisan pelakon drama pendek ‘vertical’ bersiri Tasik Tandus di Padang Pasir bersama wakil Durex
Turut hadir untuk memeriahkan acara tersebut adalah para pelakon Tasik Tandus di Padang Pasir iaitu Khaled Asharief, Maryam Elma dan Qayra El. Selain tayangan penuh drama bersiri ini, turut diadakan sesi podcast What The Haze (WTH) bersama Hazeman Huzir yang membicangkan topik Penggunaan Kondom & Pelincir Dalam Perkahwinan, Salah Ke?
Hazeman Huzir, Dr. Salleha Khalid dan Pn. Nurul membincangkan topik Penggunaan Kondom & Pelincir Dalam Perkahwinan, Salah Ke?
Bagi menjawab segala persoalan berkaitan topik yang dibincangkan, podcast ini turut menjemput dua panel istimewa iaitu Dr. Salleha Khalid, Pakar Fertiliti & Ginekologi serta Pn. Nurul yang mempunyai masalah kekeringan faraj selepas bersalin.
Banyak Punca Mengapa Pasangan Tidak Ada ‘Rezeki’
Menjawab persoalan mengapa pentingnya pendidikan seksual, Dr. Salleha memberitahu ia sebenarnya dapat membantu sesebuah pasangan untuk lebih memahami cara yang sesuai dan memberi keselesaan kepada suami dan isteri. Menurut Dr. Salleha, beliau pernah mengendalikan sebuah kes di mana ada pasangan yang merujuk kepadanya kerana masih tidak hamil biarpun selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Dr. Salleha Khalid (Pakar Fertiliti & Ginekologi), menjelaskan tentang penggunaan kondom dan pelincir dalam hubungan suami isteri
Mengakui ilmu seksual mereka cetek dan agak konservatif, si isteri memberitahu selama ini selepas membuat hubungan intim baju dan bahagian perutnya akan basah. Setelah diselidik, sebenarnya suami telah ‘melepaskan’ air mani pada pusat isteri kerana mereka keliru bagaimana cara yang tepat untuk si suami ejakulasi.
Selain itu, Dr. Salleha juga berkongsi antara punca lain mengapa sesebuah pasangan itu mempunyai masalah untuk mengandung adalah kerana masalah komunikasi. Kebanyakan isteri lebih rela untuk berdiam diri dan tidak mahu memberitahu perasaan mereka kepada suami apabila berkaitan dengan hubungan kelamin.
“Ramai isteri yang tak mahu bercakap dengan suami mereka kerana tak mahu suami kecil hati atau malu. Itulah punca yang menyebabkan masalah berlaku. Isteri memendam perasaan dan rasa sakit tetapi suami pula fikir yang mereka dah buat yang terbaik ketika melakukan hubungan intim.”
Mengalami Kekeringan Faraj Selepas Bersalin
Ads
Menurut Pn. Nurul pula, dia mempunyai masalah kekeringan faraj selepas melahirkan anaknya yang kedua. Pada ketika itu, beliau tidak berbincang tentang situasi ini dengan suami dan hanya menahan sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
Pn. Nurul juga pernah mengalami trauma apabila malam tiba kerana memikirkan mungkin akan berlaku hubungan kelamin bersama suami. Malah beliau juga mengelak untuk berada berhampiran dengan suaminya kerana terbayang rasa sakit disebabkan masalah kekeringan faraj.
“Kemudian saya fikir, sampai bila saya nak pendam hal ini. Jadi saya suarakan perasaan pada suami dan bertanya kepadanya jika ada kelainan yang dia rasa ketika ‘bersama’ tapi suami kata semuanya okay. Jadi saya beritahu apa yang saya rasa. Suami menerima baik apa yang saya beritahu dan kami sama-sama mencari solusi terbaik.”
Pn. Nurul berkongsi pengalaman bagaimana beliau dan suami mengatasi masalah komunikasi dalam rumah tangga
Tambah Pn. Nurul lagi, beliau mengalami masalah kekeringan faraj selepas kelahiran secara normal anak keduannya. Ketika itu, beliau turut menyusukan bayinya secara eksklusif yang menjadikan masalah itu semakin teruk.
Berusaha untuk mengatasi masalah yang dialami, Pn. Nurul dan suami mencuba pelbagai cara termasuk penggunaan kondom, pelincir dan berjumpa pakar. Katanya lagi, dia dan suami memilih kondom kerana dapat membantu perancangan keluarga dan sesetengah kondom juga mempunyai pelincir yang dapat membantu hubungan intim yang lebih selesa untuk kedua-dua mereka.
Dr. Salleha juga memberitahu apabila seorang ibu menyusukan bayi secara ekslusif sememangnya berpotensi untuk mengalami masalah kekeringan faraj kerana ia berkaitan dengan hormon.
Ads
Apabila paras estrogen menurun, tisu faraj menjadi kering kerana pelinciran yang tidak mencukupi. Selain menopaus, perubahan hormon lain, seperti semasa hamil, menyusu atau fasa tertentu kitaran haid, boleh menyebabkan kekeringan faraj sementara.
Salah Ke Guna Kondom Dan Pelincir?
Menjawab persoalan tentang salah atau tidak penggunaan kondom dan pelincir, Dr. Salleha memberitahu cara ini tidak salah bahkan sangat digalakkan.
“Kita bercakap tentang penggunaan kondom dan pelincir dalam kalangan pasangan yang berkahwin. Tak ada masalah kerana ia tidak memberi kesan kepada si isteri. Penggunaan kaedah lain seperti pil perancang tetap berisiko seandainya ada hari yang isteri terlupa nak makan. Kebarangkalian untuk hamil sangat tinggi, nak gunakan kaedah apa pun yang penting keselesaan isteri sebab kalau apa-apa jadi dia yang kena tanggung (hamil).”
Sesi podcast yang menarik dan memberi ilmu bermanfaat kepada tetamu yang hadir
Bagi Pn. Nurul pula penggunaan kondom dan pelincir untuk suami isteri sebenarnya dapat membantu untuk hubungan yang lebih harmoni kerana ia lebih selesa dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Ads
“Selepas mencuba beberapa cara untuk memperbaiki hubungan kelamin kami, saya dan suami memilih kondom kerana ia lebih murah, mudah didapati dan sangat mudah untuk digunakan. Boleh dibawa ke mana-mana. Apa-apa pun, jika tanya pada saya, komunikasi paling penting. Alhamdulillah, selepas kelahiran anak yang ketiga, masalah kekeringan faraj juga semakin kurang.”
Jangan Segan Dapatkan Bantuan Pakar
Mengakhiri sesi podcast, Dr. Salleha menyarankan untuk berjumpa pakar bagi mengenal pasti masalah yang sebenar sebelum menyelesaikannya. Beliau turut meminta supaya tidak mudah percaya dengan pelbagai produk yang tidak diketahui untuk mengatasi masalah yang ada.
“Malangnya rakyat Malaysia ni mudah terpedaya dengan supplement yang konon-konon makan satu ubat boleh sembuhkan semua penyakit. Sebaiknya rujuk masalah kepada pakar untuk tahu masalah sebenar sebelum mencuba untuk menyelesaikannya.”
Pn. Nurul pula meminta semoga setiap pasangan untuk berkomunikasi dan cari penyelesaian terbaik untuk memastikan hubungan suami isteri sentiasa bahagia.
“Apa-apa pun, kena communicate. Kalau ada yang tak kena, cepat-cepat beritahu pasangan. Jangan pendam dan sakit seorang. Kehadiran saya hari ini sebenarnya lebih kepada usaha untuk membuka mata orang ramai tentang kepentingan komunikasi dan mencari solusi untuk masalah yang kita hadapi sebagai suami isteri. Jangan segan untuk dapatkan bantuan daripada pakar.”
Terima kasih kepada penaja, Durex!
Podcast What The Haze (WTH) sudah tiba ke episod terakhir untuk musim pertama dan setinggi-tinggi penghargaan buat penaja iaitu Durex yang menawarkan produk untuk kesihatan hubungan intim yang memberi tumpuan kepada keseronokan bersama antara pasangan tanpa mengabaikan keselamatan. Jadi, jangan risau – dengan Durex, perancangan keluarga jadi lebih mudah!
Tonton video podcast What The Haze di sini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ibu dan bapa sebenarnya bukan mudah. Bukan hanya melihat setiap perkembangan anak bahkan pelbagai perkara perlu diberikan perhatian. Berdepan dengan masalah anak tidak sihat, demam dan sebagainya menjadi salah satu cabaran terawal bagi ibu dan bapa. Semuanya perlu dilakukan dengan baik agar anak terus selesa walau ketika sakit.
Tidak mahu kerap kali berdepan dengan masalah sebegini, ada baiknya ibu dan bapa menitik beratkan pelbagai aspek di rumah agar anak sentiasa sihat dan mengikuti perkembangannya seiring dengan usia.
Sebenarnya dalam menentukan kesihatan anak yang berpanjangan, persekitaran sekeliling anak-anak haruslah diberikan keutamaan selain pemakanan dan penjagaan lain yang perlu diberikan perhatian. Apa ibu ayah perlu lebih berikan perhatian?
Kerap demam dan masalah hidung tersumbat
Masalah seumpama ini paling kerap terjadi kepada anak kecil kita. Bukan hanya demam, bahkan hidung turut tersumbat dan berhingus. Anak-anak pastinya sentiasa berasa tidak selesa malah kadangkala menangis dek kerana tidak selesa sepanjang malam.
Pemakanan sihat dan suplemen tambahan
Bila anak kerap kali demam, periksalah pemakanan anak-anak. Adakah anak kita cukup nutrisi malah dibekalkan nutrisi yang sihat sepanjang hari. Jika anak kurang makan, bekalkanlah susu yang mencukupi untuknya agar terus dibekalkan dengan khasiat. Cari solusi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dalam pelbagai bentuk agar dapat menarik perhatian anak. Jangan dilupakan karbohidrat dan protein yang cukup penting untuk anak.
Sumber: Shuttlestock
Pengudaraan bersih
Kita beranggapan bahawa rumah kita adalah tempat paling selamat namun hakikatnya tanpa mengutamakan aspek kebersihan lebih-lebih lagi ruang udara yang bersih, rumah kita menjadi ruang paling tercemar dengan pelbagai virus dan bakteria yang tidak sihat untuk perkembangan anak.
Menurut Society for General Microbiology, bakteria dalam rumah boleh membiak setiap 20 minit pada suhu yang tepat. Malah sebuah kajian pada 2016 turut mendapati lebih daripada 340 jenis bakteria ditemui pada 30 objek berbeza yang telah tercemar di dalam rumah. Bahaya untuk anak!
Dua ruang utama iaitu dapur dan bilik air menjadi penyumbang bakteria utama. Namun jangan dilupakan ruang tamu dan bilik tidur yang menjadi tempat tumpuan utama di dalam rumah. Kesemua ruangan ini dicemari bakteria tanpa kita sedar. Jadi bagaimana ruang-ruang ini selamat untuk anak kita di rumah?
Bila berada di rumah bukan hanya selesa, paling utama pastikan ruang udara disetiap rumah kita bersih. Segala habuk perlu dibersihkan untuk memastikan anak-anak kecil dan seisi keluarga menyedut udara yang lebih bersih.
Pengudaraan yang lebih bersih dan terjamin serta bebas daripada pencemaran, terhindar dari virus bawaan udara yang tidak diketahui sudah semestinya membuatkan anak kita lebih sihat dalamannya.
Malah menurut Dr Amanda Elli, Pegawai Perubatan Perkhidmatan Penjagaan Utama, menghirup udara bersih adalah amat penting lebih-lebih bagi bayi dan anak-anak kecil. Udara yang bersih ini membekalkan oksigen yang lebih baik ke paru-paru dan seluruh anggota tubuh.
Dr Amanda Elli, Pegawai Perubatan Perkhidmatan Penjagaan Utama
Malah menurut Dr Amanda, pencemaran dari dalam rumah boleh menjadi lebih parah kerana kita menghabiskan lebih 80% masa setiap hari di rumah. Malah kajian dari WHO turut membuktikan pengudaraan dalam rumah adalah lima hingga sepuluh kali ganda lebih teruk daripada udara luar!
Sementara rakyat Malaysia bersiap sedia untuk fasa endemik, langkah keselamatan dan kebersihan tetap harus diutamakan. Selain sanitasi kendiri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam, langkah berjaga-jaga di rumah seperti kualiti udara dalam rumah juga wajar dititikberatkan. Justeru, penting untuk kita membuat pilihan bijak bagi memastikan udara yang kita hirup di rumah adalah bersih dan segar.
Pemasangan penulen udara antara yang boleh diusahakan oleh ibu bapa untuk memastikan anak kekal sihat malah terhindar dari virus yang tidak diketahui. Bukan hanya membersihkan segala habuk dan kotoran di dalam rumah bahkan penulen udara juga bertindak membebaskan kuman di udara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Anak lebih selamat!
Penulen udara All Clean Virus Fit Sebagai Solusi
Apa solusi yang perlu ibu bapa lakukan? Penulen udara All Clean Virus Fit dari syarikat peralatan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic yang baru dilancarkan pada 1 Oktober lalu antara pilihan terbaik untuk anda.
All Clean Virus Fit bukan sahaja dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dari kawasan tertutup, bahkan lebih penting, ia dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta, Koronavirus Manusia dan virus H1N1 menerusi fungsi pensterilan UV Arc Core yang terbukti, serta sistem penapisan 8 langkah yang menerapkan kecanggihan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus. Bagi menjamin liputan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360° dari pelbagai arah. Memang hebat!
Menyedari kepentingan penjarakan sosial, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan bolong ventilasi dan kipas yang boleh dicuci, sekali gus memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Penulen Udara All Clean Virus Fit berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) sebagai peralatan kesihatan dan perubatan. Teknologi ini berkesan untuk pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan, bagi membantu mereka bernafas lebih baik di tempat tertutup, di samping meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.
Penulen Udara All Clean dapat disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati pada cuma RM99 setiap bulan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari SK laman web rasmi magic Malaysia di https://www.skmagic.com.my atau laman Facebook di https://www.facebook.com/myskmagic.
Meriah habis pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma yang mendapat sambutan hangat melebih 100 penyertaan bayi berusia enam hingga 12 bulan pada tahun ini!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023, pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Sunway Pyramid Mall pada 30 September 2023 yang lalu. Pertandingan ini adalah kerjasama Simpan SSPN dan Majalah Pa&Ma dengan bertemakan superhero yang mana tagline BMS 2023 juga adalah “Jom Jadi Superhero Anak Anda”.
Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan ini bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpulan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa dibenarkan membawa ‘props’ sebagai alat untuk memancing si kecil merangkak ke depan.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 110 orang bayi yang berusia enam hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung.
Sebelum ini, peserta Merangkak Race hanyalah terdiri daripada 50-60 orang tetapi sambutan tahun 2023 ini sangat menakjubkan sehingga peserta mencecah 110 orang! Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Untuk pertandingan ini, terbahagi kepada 10 pusingan saringan. 11 bayi akan bertanding untuk setiap pusingan saringan ini. Hanya dua bayi terpantas yang menyentuh reben akan dipilih untuk ke pusingan akhir.
Terdapat 5 penjaga garisan yang akan memerhatikan setiap bayi untuk pusingan ini. Setiap bayi yang menyentuh reben, juri yang mewakilinya akan mengangkat bendera.
Mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu Ironman, Spiderman, Hulk, Thor, Captain America, Black Panther, Batman, Aquaman, The Flash, Superman.
20 bayi terpantas melalui ujian saringan kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Puan Mastura Mohd Khalid, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran, Puan Emy Haznida selaku Editor Pa&Ma dan hos untuk acara ini.
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300 berserta medal, naib juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200 berserta medal, pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun Simpan SSPN RM100 berserta medal. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50 setiap seorang berserta medal. Selain akaun Simpan SSPN, setiap pemenang goodies bag dari Simpan SSPN.
Manakala pemenang bagi kategori khas Baby Merangkak WOW yang dinilai dari pelbagai segi oleh juri membawa pulang hadiah Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 beserta medal dan goodies bag Simpan SSPN.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma 2023 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Aidan Nadhif bin Aiman Fahmi, Bayi Naib Juara, Muhammad Furqan bin Muhammad Firdaus, Bayi tempat ketiga Muhammad Ayden Nael bin Muhammad Na’im manakala dua bayi saguhati iaitu Ahmad Umar Fateh Ahmad Hazazi dan Muhammad Adeeb Mukhriz Bin Muhammad Amir Asyraf.
Baby Merangkak WOW! pula dimenangi oleh Muhammad Luth Zafran bin Muhammad Zulkhaire. Kategori Famili ‘Sporting’ merupakan kategori yang baru diperkenalkan tahun ini dan pemenangnya adalah keluarga Mohamad Nazirul, Noor Aisa dan Alee Yara.
Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang ibu, dah tentu mama mahukan yang terbaik untuk si manja. Kalau boleh, kita mahu pastikan anak sentiasa dalam keadaan selesa terutamanya apabila bercerita tentang kesihatan kulit. Bayi atau anak kecil biasanya mempunyai kulit sensitif yang kadangkala menyebabkan kegatalan dan kemerahan. Ini menyebabkan si manja merasa tidak selesa dan meragam.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Jagalah Kulit Si Manja!
Kulit bayi sangat lembut dan memerlukan penjagaan rapi agar tidak memberi kesan sampingan yang menyebabkan ketidakselesaan padanya. Sebagai mama, kita perlu tahu cara penjagaan yang betul untuk menjaga kulit si manja supaya tidak sensitif dan alergi.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dalam keadaan cuaca panas seperti sekarang, si manja akan mudah merasa tak selesa dan akan meragam. Jadi ada beberapa perkara yang boleh dibuat untuk memastikan kulit si manja sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan yang baik.
Elakkan terdedah pada sinaran matahari
Untuk bayi dan anak kecil, seelok-eloknya elakkan dibawa keluar rumah dan terdedah kepada cahaya matahari. Jika keadaan memaksa, pastikan si manja dipakaikan dengan pakaian tipis dan topi bagi mengelakkan kulit ‘terbakar’ atau berpeluh yang akan menyebabkan mereka mula merasa tak selesa.
Basuh pakaian si manja dengan teliti
Pilih sabun yang dikhaskan untuk membasuh pakaian bayi. Sesetengah bayi mungkin ada kulit yang ekstra sensitif dan tak sesuai menggunakan sabun cucian biasa. Ia akan menyebabkan kulit menjadi iritasi dan kekeringan.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Selain menggunakan sabun pencuci yang sesuai, cara basuhan juga perlu diambil kira. Ada pakaian anak yang tak sesuai untuk dibersihkan menggunakan mesin basuh dan perlu dicuci tangan.
Pilih produk TERBAIK untuk si manja
Ini paling penting! Untuk memastikan kulit si manja sentiasa berada dalam keadaan terbaik, carilah produk yang selamat dan sesuai untuk kulit mereka. Di pasaran, banyak produk untuk si manja tetapi adakah semuanya sesuai bagi mereka? Di sinilah mama memainkan peranan untuk mencari produk terbaik untuk si manja.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Ezerra Extra Gentle Cleanser & Ezerra Cream Pilihan Bijak!
Ezerra sedang menjalankan kempen “Making Smiles Happen • from One Mother to Another” bagi memberi solusi kepada mama yang mempunyai anak dengan masalah kulit sensitif. Jenama ini membantu untuk mengekalkan senyuman manis si manja yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif.
Ezerra Extra Gentle Cleanser
* Tahukah mama, Ezerra Gentle Cleanser adalah ekstra lembut untuk bayi atau kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif atau ekzema.
* Terbukti secara klinikal mengandungi agen pembersihan yang diekstrak dari kelapa iaitu Amisoft yang diuji mampu mengekalkan kelembapan kulit selepas mandi.
* Turut diformulasi dari pelbagai bahan berkualiti yang baik untuk kulit sensitif seperti shea butter, spent grain wax dan minyak Argania Spinosa yang membantu mengurangkan masalah kegatalan dan kulit kemerahan.
Ezerra Cream
* Terbukti secara klinikal sebagai pelembap yang memberi keselesaan serta selamat digunakan untuk kulit sensitif atau mempunyai ekzema.
* Lebih menyakinkan, jenama Ezerra ini turut disarankan oleh pakar perunding kanak-kanak serta pakar dermatologi.
* Telah diuji ke atas kanak-kanak dan penemuan menunjukkan ia berjaya untuk membantu mengurangkan masalah kulit sensitif dan ekzema dalam hanya dua minggu dengan bahan semula jadi yang unik seperti:
– Agen pelembap yang diekstrak dari gandum “Saccharide Isomerate” yang melembapkan kulit serta membantu mengurangkan masalah kekeringan.
– Diperkaya dengan shea butter, minyak argan serta spent grain wax untuk membantu meredakan kegatalan atau masalah kulit kemerahan.
Untuk mama yang nak dapatkan produk Ezerra boleh segera ke farmasi dan kedai bayi berdekatan di seluruh negara. Nak tahu di mana? Boleh check di SINI
Ayuh, sertai kempen “Making Smiles Happen • from One Mother to Another” dalam peraduan share & win yang bermula sejak 8 Mei – 19 Jun 2022 ini. Kongsikan mengapa anda memilih serta kebaikan produk Ezerra bersama mama papa lain di luar sana!
Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan peraduan “Making Smiles Happen • from One Mother to Another” ini, layari:
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.