Kek menjadi sajian utama sebagai manisan di pagi raya. Tidak lengkap raya tanpa sebiji kek yang dibakar malam raya. Kek Planta Rainbow ini antara kek wajib dicuba kerana cara hendak membuatnya cukup lah mudah. Malah resipi Chef Azmin Zain yang dikongsikan semula oleh Haliza Jeran ini sangat mudah hendak di sediakan.
Paling menarik resipinya dihasilkan tanpa menggunakan bahan penaik. Nak tahu macam mana ia dihasilkan? Jom cuba!
Assalamualaikum. Salah satu Kek Raya PKP, Kek Planta Rainbow. Walau tanpa bahan penaik kek tetap gebu moist lagi. TQ chef Azmin Zain atas resepinya.
Hujung minggu waktu yang ditunggu-tunggu untuk habiskan masa bersama keluarga. Setiap orang ada cara tersendiri untuk luangkan masa berkualiti bersama orang-orang yang disayangi. Ada yang pergi bercuti, ada yang piknik di pantai dan sebagainya. Ada juga yang lebih suka lepak dekat rumah sahaja. Sebenarnya ‘percutian’ di rumah juga bakal memberi kesan yang menyeronokkan kepada anda dan keluarga kalau kena gayanya. Aktiviti kat bawah ni kalau buat bersama dengan ahli keluarga yang lain pasti hari minggu anda tak bosan dan terisi. Tak payah keluar rumah, dapat jimat duit paling penting dapat eratkan hubungan yang ada.
1. Deko bilik anak-anak
Kadang-kadang anak-anak bosan tengok deko yang sama dalam bilik atau bilik permainan mereka. Jom susun semula perabot dan dekorasi yang ada untuk berikan nafas baru bagi ruangan tersebut. aktiviti macam ni bukan sahaja menjadikan bilik yang kecil kelihatan lebih teratur dan selesa, dengan melibatkan anak-anak tentang pemilihan warna bilik dan kedudukan barang dalam bilik mereka sedikit sebanyak dapat buatkan mereka rasa teruja dan tak kisah walaupun hanya berada di rumah pada hujung minggu.
2. Masak menu kegemaran keluarga
Memasak dengan keluarga adalah alternatif yang pastinya menyeronokkan untuk mengisi ‘percutian’di rumah. Pilih beberapa menu makanan yang disukai oleh kebanyakan ahli keluarga. Sebagai contoh, nasi ayam, spaghetti, kek keju atau hanya cucur bilis, itu sudah cukup buat anak-anak rasa seronok. Bahagikan tugas untuk anak-anak buat supaya mereka tak bosan atau sekadar memerhati. Bagi mak-mak yang ada anak kecil, jangan lupa awasi si kecil pula ya. Dengan cara ini juga anda secara tidak langsung mengajar mereka untuk lebih berdikari dan punya rasa tanggungjawab.
3.Kelas seni di rumah
Kanak-kanak memang suka buat aktiviti seni, melukis, mewarna, mereka gelang tangan sendiri, membuat slime dan sebagainya adalah salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Persiapkan dengan barangan yang diperlukan bagi melancarkan aktiviti seni anda di rumah. Aktiviti sebegini memang bagus untuk penerokaan kreativiti si kecil di rumah.
4. Berkebun
Bagi rumah yang mempunyai laman yang luas dan besar, anda boleh menghias laman anda dengan tanaman hijau. Selain tanaman untuk mencantikkan laman tanaman herba juga boleh ditanam untuk kegunaan sendiri. Jangan lupa untuk menjemput anak turut serta dalam aktiviti anda kerana secara tidak langsung, mak dan ayah boleh mengajar si kecil bagaimana untuk menanam tumbuh-tumbuhan dan bunga hiasan pada mereka. Aktiviti ini sangat berguna untuk kanak-kanak, salah satunya adalah untuk mengajar kanak-kanak tentang tumbuhan hijau yang baik untuk kesejahteraan bumi. Antara trik yang boleh anda buat bagi menarik minat si kecil adalah dengan mengajak mereka untuk mengira bilangan bunga atau meneka warna bunga yang ada di laman, mereka tentu seronok!
5.Berkhemah
Puas dengan melihat halaman rumah lebih cantik dan bersih. Satu idea kreatif lain untuk menghabiskan sisa cuti dengan keluarga adalah dengan berkhemah di laman rumah. Sediakan khemah, bantal, mainan kegemaran dan peralatan bbq. Susun jadual seakan-akan perkhemahan sebenar di luar, waktu malam pula buat bbq bersama sambil menyanyi dan bercerita. Jangan lupa ubat nyamuk ya, barulah si kecil tak serik nak berkhemah lagi di luar tanpa gigitan nyamuk.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya kita menunggu anak kecil kita sehingga usianya dua tahun atau ketika dia sudah pandai bercakap dan mula bertanya untuk dibawa ke zoo atau melihat haiwan secara dekat.
Semuanya kerana kita tidak mahu anak kecil kita melupakan momen berharganya itu juga ditambah dengan merasakan anak sekecil itu masih kurang faham.
Hakikatnya pemikiran sebegitu perlu dibuang jauh-jauh. Ibu bapa sebenarnya perlu memahami perkembangan kognitif anak dari sudut pandang anak itu sendiri dan bukannya dari pandangan ibu bapa.
Apa yang perlu mak ayah ketahui, anak-anak kecil kita dilahirkan dengan berbillion sel otak yang perlu dirangsang untuk anak berkembang secara optimum. Salah satu daya rangsangan terbaik adalah dengan membawa anak-anak kecil ini keluar dari rumah dan melihat di sekelilingnya.
Salah satu usaha dan cara untuk merangsang perkembangan sel otak ini adalah dengan membawa anak ke zoo atau mana-mana Petting Zoo yang lebih dekat dengan kanak-kanak.
Bagaimana Zoo membantu perkembangan anak kecil?
Kecelaruan bau rangsang neurons
Setiap kali membawa anak pergi zoo, ada macam-macam bau, warna dan tekstur yang anak boleh bau, lihat dan rasa. Anak pada ketika itu mungkin keliru di awalnya dan tidak tahu apa yang sedang alaminya. Kecelaruan pada bau ini termasuklah bau binantang, rumput dan daun hijau serta apa yang disentuh anak seperti kuda berbulu, bulu arnab dan sebagainya dapat merangsang neurons berhubung dan berkembang.
Simpan kemas dalam otak
Malah pengalaman baru itu menerusi apa yang dilihat dan dirasainya memberikan satu pengalaman yang disimpan kemas dalam skema otaknya. Misalnya ketika anak semakin membesar, bila mana dia terlihat gambar seekor kura-kura, anak kecil kita akan mengimbas semula memorinya ketika memegang kura-kura di waktu kecil. Neurons akan sekali lagi berkembang dan berhubung di dalam otaknya. Selalulah merangsang anak dengan visual agar memori ini lekat dalam minda mereka.
Banyak perkataan baru
Anak kecil pada usia dua tahun biasanya akan mengeluarkan banyak perkataan-perkataan baru ketika mereka melihat sendiri secara visual haiwan-haiwan yang selama ini mereka lihat melalui gambar sahaja.
Rangsang anak bercakap
Bukan hanya perkataan baru bahkan ketika merasa teruja ini, anak akan meluahkan dan bercakap sebanyak mungkin. Rangsang deria anak yang satu ini. Bantu dan layankan mereka bercakap dikala mereka berasa teruja.
Anak jadi lebih berani
Diketika inilah keberanian anak kecil boleh jelas kelihatan. Ada yang takut-takut tetapi punya keinginan untuk mencuba memegang haiwan-haiwan comel ini. Bantu anak untuk jadi berani dan lihat sahaja aksi mereka. Yakin diri anak.
Jika anda memilih untuk mengunjungi Petting Zoo, ia adalah pengalaman pertama yang cukup baik buat anak kecil mendekati haiwan ternakan. Salah satu lokasi Petting Zoo wajib yang wajar anda kunjungi pastinya di Farm In The City yang berlokasi di Seri Kembangan, Selangor.
Taman haiwan dan alam semulajadi di tengah kota yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke 10 pada Oktober lalu menyenaraikan lebih 140 jenis haiwan unik dari pelbagai negara serta 60 tumbuhan yang hidup segar.
Disini pengunjung bukan hanya berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan bahkan menyentuhnya secara dekat dan bergambar bersama haiwan kesayangan.
Berkonsepkan bebas daripada sangkar, taman ini membenarkan kebanyakan haiwan berkeliaran bebas di dalam kandang khas dengan suasana seolah-olah sama dengan persekitaran habitat semula jadi mereka.
Memilih tema ‘Kampung Style’, Farm In The City yang diasaskan oleh pengasasnya Dato’ Allan Phoon, sememangnya sebuah zoo yang unik dan menarik. Ditambah pula, dengan kehadiran haiwan peliharaan unik terbaru seperti Pink Buffalo, Bubu yang merupakan kerbau kecil serta spesis kura-kura kedua terbesar di dunia, Aldabra Tortoise.
Tidak ketinggalan juga Alpaca, Lemur iaitu ‘King Julien’ dari Madagascar dan Marmoset, monyet kedua terkecil yang comel menantikan kedatangan pengunjung. Dengan deretan haiwan unik lagi eksotik, tidak hairanlah Farm In The City telah mencatat nama di dalam “Malaysia Book of Record” sebagai “Most Number of Animal Species In A Petting Zoo”.
Untuk maklumat lanjut, layari www.farminthecity.my serta ikut perkembangan terkini dan promosi di Facebook: FarmInTheCityMalaysia serta Instagram: @FarmInTheCityMalaysia. Atau boleh juga menghubungi di talian +603-89412099 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Berdasarkan nilai-nilai penduduk berbilang kaum dan budaya di Malaysia, Farm In The City (FITC) juga direka untuk menjadi pusat tumpuan pelancongan di negeri ini dengan memberikan gambaran yang mendidik dan menghiburkan tentang gaya hidup kampung atau “kampung” Malaysia, ladang dan dusun buah-buahan dengan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
Lebih daripada pameran tontonan, FITC sangat mementingkan pendidikan mengenai kehidupan pelbagai spesis haiwan serta pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar, menggalakkan pengunjung berinteraksi dengan haiwan dan alam semula jadi dalam persekitaran yang selesa lagi mengujakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ancaman virus Covid-19 yang melanda dunia banyak membuka mata kita bahawa simpanan sememangnya begitu diperlukan kala kita ditimpa kesusahan hidup. Menyemai budaya menabung dan membuat simpanan sejak kecil atau sebaik sahaja kita mula bekerja sememangnya kini perlu diteruskan semula dengan sebaiknya.
Sekurang-kurangnya apabila kita dilanda kecemasan atau permasalahan yang tidak terduga, kita sudah pun mempunyai simpanan untuk anak-anak. Inilah yang seharusnya difikirkan lebih awal oleh ibu bapa.
Bukan sahaja ketika anak bakal menginjak ke sekolah, pelan simpanan untuk anak-anak kecil kita sebenarnya perlu lebih awal dilakukan iaitu sebaik anak pertama lahir ke dunia.
PTPTN seharusnya menjadi pilihan simpanan terbaik untuk anda sekeluarga. Mengapa?
Melalui Simpan SSPN, PTPTN menyediakan dua produk simpanan dengan pelbagai keistimewan iaitu Simpan SSPN Prime dengan simpanan serendah RM20 dan Simpan SSPN Plus dengan komitmen simpanan serendah RM30 sebulan. Bukan sekadar menyimpan di saat kesusahan bahkan Simpan SSPN menjadi tabung pendidikan yang memberi manfaat untuk ibu bapa dan anak.
Sebaik anak berusia 18 tahun, ibu bapa pastinya tidak akan berdepan dengan masalah apabila anak bakal menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Simpanan inilah yang membantu anak kelak tanpa perlu meminjam dari sumber yang lain kerana simpanan sudah pun mencukupi. Jika perlu meminjam sekalipun, mungkin jumlahnya tidaklah besar dan tidak membebankan. Amat berbaloi.
Tabungan dengan pulangan dividen berbaloi
Tidak hanya sekadar menyimpan, bahkan paling utama ibu bapa juga bakal menerima pelbagai manfaat dari simpanan untuk anak. Banyak kelebihan yang bakal diperolehi.
Kadar dividen yang diberikan melalui Simpan SSPN adalah kompetitif berbanding simpanan pendidikan di institusi kewangan lain. Pada tahun 2020 kadar dividen yang diberikan kepada pendeposit Simpan SSPN adalah 4%. Cukup lumayan!
Bukan itu sahaja, bahkan sebagai pendeposit, apa yang cukup istimewa, Simpan SSPN merupakan satu-satunya pelan simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun. Jadilah ibu bapa yang bijak dengan memulakan simpanan anak-anak anda di Simpan SSPN sekarang!
Pendapatan yang dianggap sedikit bagi kita boleh dimanfaatkan sebaiknya bila mana kelebihan yang diberikan oleh Simpan SSPN sangat berbaloi kepada ibu dan bapa sebagai pendeposit.
Selain itu, sebagai galakan bagi ibu bapa yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah untuk turut serta menabung, mereka layak untuk mendapat Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak apabila membuat simpanan dalam Simpan SSPN Prime.
Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan apabila anak- anak diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Melalui Simpan SSPN Prime juga, perlindungan takaful secara percuma untuk pendeposit turut disediakan apabila simpanan telah mencecah RM1,000.
Jadi mulakanlah penabungan dengan Simpan SSPN dari usía anak seawal satu hari. Walaupun jumlahnya sedikit namun teruslah menyimpan secara disiplin. Jadikan Simpan SSPN sebagai hadiah terindah dalam kehidupan anak-anak demi masa depan yang terjamin.
Sebagai ibu bapa yang cakna dengan pendidikan dan masa hadapan anak, anda merupakan ‘super hero’ kepada mereka. Masih tidak terlambat untuk anda memulakan simpanan di dalam Simpan SSPN. Satu isi umah, satu akaun Simpan SSPN!
Jom jadi Superhero Anak Anda dengan membuat simpanan dalam Simpan SSPN. Info lanjut di www.lovesspn.com atau hubungi Careline di 03-2193 3000.
Simpan SSPN merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Tabungan Masa Depan Anak Pilihan Pa&Ma Simpan SSPN dan Simpanan Pendidikan Anak-Anak Pilihan Pa&Ma Simpan SSPN. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.