Demi masa depan anak-anak, kita sebagai ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk menyediakan simpanan untuk kemudahan mereka. Selain simpanan kewangan untuk kecemasan, kita harus merancang pelan simpanan pendidikan untuk kegunaan anak bagi melanjutkan pelajaran.
Menyokong usaha ibu bapa yang berhasrat untuk membuat simpanan, Pa&Ma bekerjasama dengan SSPN akan mengadakan E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya! pada 10 April 2021 (Sabtu) ini.
Tujuan bengkel virtual ini diadakan adalah bagi memberi ilmu bermanfaat tentang kepentingan dan cara simpanan berkesan kepada ibu bapa. Selain itu, bengkel ini juga turut berkongsi tip kaedah membuat simpanan secara berdisiplin dan konsisten sejak anak masih kecil.
Panel yang terlibat dalam bengkel virtual ini adalah Pn Kay Bee Rahim yang merupakan Perunding Kewangan bertauliah dengan pengalaman hampir sepuluh tahun di dalam bidang ini. Beliau akan mengajar teknik simpanan paling mudah tanpa membebankan ibu bapa.
Bagi memeriahkan lagi E Workshop pada hari Sabtu ini, Pa&Ma telah menjemput pasangan selebriti terkenal iaitu Raf Yaakob dan isterinya Mawar Rashid. Pasangan ini akan bercerita tentang membuat simpanan untuk anak-anak mereka.
Ads
Lebih menarik, terdapat segmen kuiz dan cabutan bertuah untuk para peserta yang terlibat dalam bengkel virtual ini. Banyak hadiah menarik yang menanti seperti baucar percutian, tiket masuk ke Farm In The City, Zoo Melaka, Kidzooona dan banyak lagi.
Bagi anda yang terlepas peluang untuk mendaftar sebagai peserta, boleh ikuti sesi live E Workshop ini di Facebook Majalah Pa&Ma. Anda juga berpeluang untuk menerima hadiah istimewa daripada Pa&Ma.
Jangan lupa untuk mengikuti E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya! pada hari Sabtu ini!
Ads
SSPN & Pa&Ma turut mengadakan peraduan #CABARANRM10 yang akan bermula pada 10-30 April 2021 ini. Anda hanya perlu mendaftar dengan Pa&Ma dan dapatkan link untuk download template istimewa bagi cabaran ini.
Anak anda hanya perlu hiaskan template mengikut kreativiti mereka. Kemudian ambil gambar template tersebut dan muat naik di IG anda dengan menggunakan hashtag:
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pelan simpanan terbaik untuk masa depan anak anda, anda boleh menyimpan di SSPN-i Plus. Kenapa SSPN-i plus? Kerana SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih untuk anak anda serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan. Selain itu terdapat juga kemudahan deposit bulanan untuk memudahkan urusan deposit dengan pelbagai saluran dan kemudahan yang disediakan antaranya melalui potongan gaji, auto debit, direct debit dan perbankan internet.
Untuk maklumat lanjut berkenaan SSPN–i Plus anda boleh layari website di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa yang berkerjaya, letih apabila pulang dari pejabat dan melihat rumah bersepah. Tak mungkin mahu dibiarkan, walaupun penat tetap mahu mengemas rumah untuk keselesaan keluarga. Kebersihan dan kekemasan rumah harus dipelihara kerana khuatir anak-anak mudah jatuh sakit jika sering terdedah dengan habuk dan debu.
Rumah yang tidak dikemas akan mengumpul banyak habuk dan debu kotor dan menjejaskan kesihatan anak-anak. Sering terdedah dengan habuk boleh menyebabkan alergi, tidak hairanlah mengapa anak sering mengalami selsema dan batuk.
MACAM MANA NAK KEMAS RUMAH CARA MUDAH?
Untuk memudahkan proses mengemas rumah, anda perlu menyediakan jadual khas. Susun jadual mengikut waktu yang anda selesa untuk menjalankan proses mengemas rumah. Pilih kerja rumah yang tidak terlalu berat pada hari bekerja. Proses mengemas rumah secara total dibuat ketika hari bercuti.
Jangan buat semuanya sendiri! Mintalah bantuan dari suami dan anak-anak untuk mengemas bersama. Agihkan tugasan mengemas supaya tidaklah terlalu berat setiap kerja mengemas untuk dibuat.
Ini paling utama! Dengan adanya peralatan mengemas yang canggih dan praktikal sudah tentu memudahkan kerja ibu bapa untuk mengemas rumah. Untuk membersihkan habuk dan debu, carilah vakum yang berkualiti.
Untuk para ibu bapa, anda pasti akan teruja dengan Panasonic Power Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-BJ980W147/R147) ! Rekaannya yang unik dan cantik, didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan merah. Ia juga sangat praktikal dan mesra pengguna, sangat mudah untuk digunakan.
Daya Sedutan Hebat!
Walaupun kecil tetapi daya sedutannya memang hebat, 200W. Paling menarik rekaan Full Capture Power Nozzle membolehkan sedutan di celah-celah ruang yang sempit.
Berus bentuk V pada vakum dapat mengumpul segala habuk dan kekotoran ke bahagian tengah nozel untuk mudah disedut.
Vakum ini mengubah kuasa daya sedutan secara automatik mengikut jumlah habuk yang dikesan (jika menggunakan operasi automatik).
Bateri Tahan Lama
Dengan hanya sekali cas (tempoh mengecas tiga jam), ia boleh menyedut segala kotoran dalam tempoh 65 minit. Lama kan? Dalam tempoh itu, kerja membersihkan rumah pasti dapat diselesaikan.
Pengesan Habuk
Paling canggih teknologi pengesan habuk pada vakum membolehkan anda mengenal pasti sama ada habuk masih wujud atau sudah pun dibersihkan.
Apabila lampu merah menyala, menandakan habuk dikesan pada sudut berkenaan dan apabila lampu bertukar biru pula menandakan bebas habuk.
Hanya 2.6kg!
Dengan segala kehebatan yang ada pada vakum ini, beratnya hanyalah 2.6kg. Anak-anak pun boleh menggunakannya.
Kerja rumah tidak susah dan memenatkan lagi dengan Panasonic Power Cordless Stick Vacuum Cleaner. Setiap ciri yang ada pada vakum ini direka khas untuk memberi kemudahan kepada setiap ibu bapa untuk membersihkan rumah, kerana semua layak untuk menggunakan hanya yang terbaik!
Bukan mudah bagi seorang wanita untuk bergelar ibu. Di sebalik keterujaan untuk menyambut orang baru, terselit debaran yang tak mungkin dirasai oleh orang lain. Hanya yang pernah bergelar ibu saja memahaminya. Mungkin macam-macam perasaan yang ada dalam fikiran ibu. Momen, ikatan cinta, emosi dan belajar untuk menjadi ibu bapa akan dipenuhi dengan kejutan dan memori yang menakjubkan.
Disebabkan itulah bagi yang bakal bergelar ibu buat pertama kalinya atau yang akan menimang cahaya mata untuk kali kedua atau seterusnya, pasti nak yang terbaik untuk diri sendiri dan anak.
Begitu juga ketika tempoh berpantang yang mungkin tak sama bagi setiap wanita. Ini juga dianggap waktu mencabar kerana nak memahami karenah bayi baru lahir bukan mudah.
Dalam masa yang sama, ibu tetap memerlukan rehat yang cukup untuk kembali bertenaga. Ingat berpantang bukanlah hanya mengikut tradisi semata-mata, tetapi satu keperluan yang sangat penting.
Sepanjang tempoh berpantang ibu dijaga dengan baik, tak mustahil kesihatan ibu akan sentiasa sihat berpanjangan dan kebahagiaan seisi keluarga dapat dinikmati bersama.
Oleh itu, pentingnya bagi setiap keluarga mengamalkan kehidupan sihat dengan memastikan satu rumah mempunyai sekurangnya satu produk herba TYT untuk kesihatan yang lebih baik bermula dari fasa bergelar seorang ibu sehingga peringkat membesarkan anak-anak.
Sejarah awal TYT
Dipercayai sejak beberapa generasi, Minyak Daun Ubat Hong Yang Hoo TYT telah membantu rakyat Malaysia untuk sihat dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang.
Hanya menggunakan pelbagai produk herba dalam proses penghasilannya, ia dilihat sesuai untuk rakyat Malaysia yang mahukan kelegaan cepat dan mudah.
Kini dengan pelbagai rangkaian produk keluaran TYT yang melalui proses revolusi sesuai dengan kehendak pengguna, produk ini nampaknya menjadi pilihan ramai untuk seisi keluarga.
Bermula dengan sejarah awalnya pada tahun 1924, ketika Puan Ooi tiba di Tanah Melayu, beliau telah membawa ramuan perubatan tradisional Cina untuk membantu penduduk di salah sebuah kampung di Pulau Pinang ketika itu.
Menyedari pada masa tersebut, rata-ratanya susah untuk mendapat rawatan doktor kerana kesusahan hidup, beliau telah membantu dengan menyediakan ramuan ubat sehingga mendapat pujian dan diberi gelaran ‘Ka Chow Chim’ oleh penduduk setempat.
Atas semangat untuk terus membantu orang ramai, Puan Ooi telah mula meningkatkan formula ubat tradisionalnya dengan pelbagai ramuan dan herba tempatan. Beliau juga terus melayani penduduk setempat yang ingin mendapat nasihat perubatan tradisional sehingga ke akhir hayatnya.
Pada tahun 1957, anaknya melihat peluang ini boleh terus membantu rakyat Malaysia dan menggunakan formula tersebut untuk terus dikomersialkan secara meluas dengan matlamat menjadi pilihan seisi keluarga.
Setakat ini, Hong Yang Hoo TYT mempunyai hampir 10 produk herba yang berbeza, kebanyakannya khusus untuk ibu baru ketika mereka melalui peringkat kehamilan, berpantang dan golongan ibu bapa.
Dapat pengiktirafan JAKIM
Minyak Daun Ubat masih merupakan produk terlaris, tetapi turut mempunyai produk lain seperti mandian herba bersalin, mandian herba bayi, herba rendaman kaki, minuman halia herba dan beberapa jenis produk lain lagi.
Jenama Hong Yang Hoo TYT adalah tanda kepercayaan dan jaminan untuk seisi keluarga, ibu yang mengandung dan berpantang serta bayi baru lahir. Semua produk ini dijamin berasaskan herba 100% dan telah disahkan halal oleh JAKIM.
Berikut antara produk keluaran TYT yang menjadi pilihan golongan ibu yang sedang berpantang. Antaranya adalah Mandian Herba Bersalin keluaran TYT. Mandian ini ada dua pilihan untuk ibu iaitu Mandian Herba Bersalin (Biasa) dan Mandian Herba Bersalin+Halia.
Indahnya momen bersama anak
Momen paling indah buat seorang ibu adalah apabila dapat melihat anak membesar dengan sihat depan mata. Inilah detik yang dinanti-nantikan. Seawal kelahiran lagi ibu begitu mengambil berat soal keselesaan si manja.
Bermula dari dalam pantang sememangnya anda inginkan yang terbaik untuk anak. Contohnya memastikan waktu mandi bayi adalah masa istimewa untuk anda berinteraksi dengan si comel.
Jadi bagi anda yang ingin pastikan waktu mandi adalah saat istimewa, pastikan guna Herba Mandian Bayi TYT.
Pek mudah ini dapat menjimatkan masa dan memberi keselesaan berpanjangan buat si comel anda setiap hari. Ia boleh digunakan seawal bayi baru lahir sehingga umur 6-7 tahun.
Bukan itu saja, apabila anak dah mula menginjak usianya dan semakin aktif, inilah tempoh yang mencabar buat anda. Pelbagai gelagat dan kerenahnya akan sentiasa menjadi kenangan terindah.
Tempoh ini, anak-anak sentiasa belajar untuk meneroka sehingga ada ketikanya mereka terlupa tindakannya boleh membahayakan diri. Terjatuh, digigit nyamuk ketika bermain itu biasa bagi anak kecil, cuma anda harus pastikan ada ‘penyelamat’ di rumah.
Pastikan ada Minyak Daun Ubat TYT yang dapat membantu mengurangkan kesakitan pada anak. Minyak ini juga sesuai digunakan seisi keluarga. Bestnya minyak ini ia bersifat sederhana dan tidak panas ketika menyapu di tempat yang tak selesa atau sakit. Oleh itu, sesuai juga untuk kulit bayi.
Kebahagiaan ahli keluarga
Dalam kesibukan bekerja, kesihatan ahli keluarga antara yang sangat penting untuk memastikan kebahagiaan bersama. Amalan gaya hidup sihat perlu sentiasa dititikberatkan. Jika dah penat bekerja, waktu rehat berkualiti sangat perlu.
Jadi untuk memberi kelegaan berpanjangan, pastikan Herba Rendaman Kaki TYT pilihan yang perlu ada di rumah anda.
Tanpa perlu ke spa pun, anda dah boleh dapat ketenangan dan badan rasa lega setelah penat bekerja. Nak hasil lebih baik, selepas membuat rendaman kaki, bolehlah buat urutan tapak kaki dengan menggunakan Minyak Daun Ubat TYT.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian produk keluaran TYT, boleh klik di sini.
Buat anda yang ingin mendapatkan diskaun 5% harga pengenalan bagi setiap produk TYT boleh gunakan kod diskaun TYTWELCOME5KK
Tawaran ini sah sehingga Mac 2021 bagi perbelanjaan minimum RM20 (tidak sah untuk produk promosi)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada 29 Oktober 2024 yang lalu.
Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama di antara Pa&Ma dan Simpan SSPN untuk menggalakkan ibu ayah membuat simpanan pendidikan buat anak-anak mereka. Dengan taglineJadilah Superhero Anak Anda!, penganjuran pertandingan ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang manfaat membuka akaun Simpan SSPN.
Turut hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut adalah Pn. Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Pn. Wan Erni Liza Md Izatzi, Editor Pengurusan Grup Family & Parenting NU Ideaktiv Sdn. Bhd. serta Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri dan Dyya Nawai, penyampai radio Nasional FM merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Bayi Comel-Comel, Acara Meriah!
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak mengikut pusingan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 100 orang bayi yang berusia enam hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada 20 pusingan dan seramai lima orang bayi akan merangkak pada satu masa. Masa yang diberikan adalah selama dua minit untuk bayi sampai ke garisan penamat, sekiranya tamat tempoh dan peserta masih merangkak atau tidak bergerak, mereka akan tersingkir.
Untuk setiap pusingan, masa setiap peserta akan diambil bagi menentukan bayi manakah yang paling pantas untuk mencari Bayi Juara, Bayi Naib Juara, Bayi Tempat Ketiga serta dua Bayi Saguhati. Selain itu juga, terdapat satu anugerah khas iaitu Baby Wow! Superhero.
Tahniah Kepada Para Pemenang
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2024 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Abdul Rahman Mohd Afdzlan, Bayi Naib Juara, Mohd Alif Mohd Mustaqim dan Bayi Tempat Ketiga, Muhammad Afwan Mohd Faizal, manakala dua Bayi Saguhati adalah Qaisar Anaqi dan Muhammad Afwan Madh Affiq. Bagi anugerah khas Baby Wow! Superhero pula menjadi milik Reiner Adrian.
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers manakala Naib Juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers. Bayi Tempat Ketiga pula telah memenangi akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal, hamper istimewa serta mainan Tranformers.
Untuk dua Bayi Saguhati telah membawa pulang akaun Simpan SSPN berilai RM50, medal dan hamper istimewa setiap seorang. Penerima anugerah Baby Wow! Superhero juga membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM100, medal dan hamper istimewa.
Terima kasih kepada pihak yang menjayakan pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2024. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari ibu ayah yang menjadi follower Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Autisme bukan lagi satu istilah yang asing dalam dunia keibubapaan hari ini. Semakin ramai ibu bapa mula sedar tentang spektrum autisme, namun masih banyak persoalan dan kekeliruan tentang apa sebenarnya yang dilalui oleh anak-anak autisme.