top seleb

9 Ogos yang lalu, pelakon Erynne Erynna mengumumkan kepada warga maya bahawa dia telah selamat bersalin seorang anak perempuan. Dalam posting terbarunya pula, Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah berkongsi pula pengalaman melalui proses bersalin yang pertama buatnya.

Menurut Erynne yang merupakan pelakon kanak-kanak popular satu ketika dahulu itu akui dia sudah mula rasa kontraksi sehari sebelumnya namun cuba untuk membiarkannya seketika.

“Mula-mula saya rasa mild contraction pada 8 hari bulan jam 5 pagi tapi saya biarkan je sebab takut ia hanya false alarm ke apa. Yelah sebab tak ada tanda apa apa like ketuban pecah atau spotting ke apa jadi saya biarkan.

Kontraksi 8 Minit Sekali, Erynne Erynna Tak Boleh Tidur Sampai Pagi. Kongsi Pengalaman Bersalin Pertama Kali

“Tapi saya tak boleh tidur sampai pagi kerana makin sakit and saya kira setiap 8 minit saya akan rasa kontraksi. Lepas tu sekitar jam 10 pagi saya telefon hospital dan beritahu apa yang saya rasa dan mereka menasihati saya untuk datang je terus hospital pergi emergency department,”katanya.

Erynne berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut dia memuat naik fotonya ketika berada di hospital.

Menurut Erynne dia cuba bertenang dan mengambil masa untuk diri sendiri supaya mandi sebelum ke hospital.

“Bagaimana pun typical me. Saya mandi dulu, kemas bilik, ambil masa saya sendiri dan tunggu suami saya letak semua hospital bag dalam kereta and so we went.

“Dalam 11 pagi tu sampai emergency department mereka bawa terus ke dewan bersalin untuk periksa kontraksi dan jantung baby semua.

“Contraction still mild and baby pun okay jadi mereka bawa saya ke bilik dahulu untuk tukar baju dan bersedia semua,”katanya lagi.

Setelah diperikasa bukaan Erynne ketika itu baru saja 2cm dan dia diminta untuk melakukan senaman ringan dengan berjalan-jalan.

“Tidak lama lepas itu, doktor datang dan periksa berapa bukaan dan masa tu baru 1.5-2cm macam tu tapi dah boleh rasa kepala baby so baby memang dah betul engaged so doctor suruh saya jalan jalan buat exercise and tunggu sampai bukaan 4cm then baru boleh masuk labor room.

“Jadi, inilah gambar saya ambil masa saya jalan and exercise dekat hospital dengan si suami disisi.

“By the way, masa saya jalan-jalan doktor ternampak saya dan dia buat tanda bagus dan masa tu saya macam terharu la juga sebab masa tu contraction dah start makin sakit and makin kerap,” katanya lagi.

View this post on Instagram

Since ramai yang minta i share about my labor experience here on IG post and YouTube, so I decided to share some dekat IG and some on my YouTube video, but make sure you guys subscribe dulu which i’ll put my YouTube channel link on my bio and siapa dah subscribe comment “ Done “ okay ! Trust me i read every comment and I truly appreciate it 💕 So here goes, this photo was taken on the 8th of August at 12:11pm. First, i felt mild contraction on the 8th at 5am but i biar je because i takut false alarm ke apa sebab tak ada tanda apa apa like ketuban pecah/spotting ke apa so i let it be but I couldn’t sleep sampai pagi cause makin sakit and i counted setiap 8minute i akan rasa contraction, lepas tu around 10am i call the hospital saying what i felt that time then they advised me untuk datang je terus hospital pergi emergency department. Well, typical me. I took a shower, kemas bilik, took my time and my husband letak semua hospital bag dalam kereta and so we went. Around 11am+ sampai emergency department they bring me straight to labor room to check contraction and jantung baby semua. Contraction still mild and baby pun okay so they bring me to my room dulu to settle in, tukar baju and all. Then after awhile, my doctor came and check berapa bukaan and masa tu baru 1.5-2cm macam tu but dah boleh rasa kepala baby so baby memang dah betul engaged so doctor suruh i jalan jalan buat exercise and tunggu sampai bukaan 4cm then baru boleh masuk labor room. Jadi, inilah gambar i ambil masa i jalan and exercise dekat hospital dengan si suami disisi 😅 i am so glad i took this photo cause its all memories. By the way, masa i jalan jalan my doctor saw me and she put her thumbs up saying good and masa tu i macam terharu la juga cause time tu contraction dah start makin sakit and makin kerap. And… siapa nak i sambung lagi? If yes, comment “ Me ! “ 😁 #pregnancyjourney #labor #givingbirth

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on

Pun begitu, Erynne tidak menamatkan ceritanya itu dan meminta pengikutnya untuk komen dan respon untuk beritahu mahu mendengar cerita seterusnya.

Rata-rata memberi respon ingin mendengar ceritanya seterusnya dan meminta Erynne untuk tamatkannya segera kerana teruja untuk tahu lebih lanjut.

Dalam satu posting yang terdahulu, Eryyne juga turut berkongsi sekeping gambar terbaru anak perempuannya, Medinah.

Dalam perkongsian tersebut, Erynne mendedikasikan sebuah nurkilan yang cukup indah buat puteri sulungnya.

Dia juga turut mendoakan yang terbaik buat si kecilnya itu selain menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga terdekat.

View this post on Instagram

Dear Medinah, Firstly syukur Alhamdulillah that everything went well for both of us. Yes, it was a struggle but at the end all is good, and here you are in our arms safely and blissfully. Mommy, Daddy, Nanny Ma, Granddad, Aunty Nina, Uncle Edric, Wan, Tok Daddy, GGMa, GGPa, GUncle, all your aunties, uncles loves you so much. And, me and daddy loves you more than anything else in this world. Insya’Allah, we’ll try our best to be a good parents to you, we may have flaws and imperfections along the way but do know that we are trying our best. I pray that, may you grow up becoming a solehah child, a good Muslim, a sincere human being, a giver, a good strong humble person full with sabr, love, mercy, humor, smile, laughter and respect towards others, Amin Ya Allah. Mommy, prays nothing but only the best for you now and forever. You are one of the biggest blessing from Allah to me. May you grow beautifully, strongly and healthy, Amin. Remember my child, this is a new world for you to explore and learn, Dunya is one magical place that Allah has created for us to live in order to build our house in Akhirah, so we need to always remember to be good, do good and surely a beautiful house is build for us in Jannah, Insya’Allah. Sincerely love, Mommy P/s: Thank you, Nanny Ma for the cute tutu! 💕 #mybabygirl #myhappiness #myworld #mylife #mylove #alhamdulillah #allpraisetoallah

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on

Erynne telah berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 17 April 2019.

Sumber: Gempak & IG Erynne Erynna

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Kontraksi 8 Minit Sekali, Erynne Erynna Tak Boleh Tidur Sampai Pagi. Kongsi Pengalaman Bersalin Pertama Kali

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI