Baru sahaja bergelar bapa pada tanggal 26 Mac yang lalu, gelagat pelakon, Harris Annuar yang menjaga anak perempuan kesayangannya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, Harris bukan hanya dilihat cukup rajin menjaga anaknya, Aura Medina yang kini berusia dua bulan lebih bahkan pelbagai aksi kreatif dikongsikan Harris.
Terbaru, menerusi akaun Tik Toknya, gelagat Harris yang memangku Aura Medina untuk menyusukannya, dalam masa yang sama turut bersama telefon bimbitnya mendapat perhatian ramai.
Mana tidaknya, aksi Harris dilihat cukup cool dan malah dipuji ramai kerana cukup kreatif. Malah turut memuji geng bapa ketika menjaga anak kecil.
Ads
“Jadi ayah ni kena tenang 😅 betul tak @auraa.medina,” tulisnya di kapsyen.
Rata-rata wargamaya turut terhibur melihat pelbagai perkongsian Harris bersama anaknya.
Ads
Walau baru beberapa bulan menguruskan Aura Medina, namun Harris dipuji tidak kekok dan begitu tenang dan bersahaja menguruskan anaknya.
Anak saya bulan depan 2 tahun. Sekarang memang nampak protes kalau dia nakkan sesuatu dan saya nak tahu apa perlu saya buat sebab anak saya selalu sepak dan pukul orang yang dia tak familiar. Yelah orang nampak dia rude. Tapi bagi saya, dia protective. Dan bila dia mengamuk nakkan sesuatu saya cuba alihkan fokus dia contohnya…”Tu tgk ada bird”..atau geletek dia smpai dua-dua gelakk.
Jawapan;
Anak pada usia begini tidak menyepak atau memukul kerana biadap atau buruk perangai. Mereka belum faham pun bagaimana untuk bersosial.
Oleh itu, jika dia menyepak atau memukul orang, puan cepat-cept halang kakinya atau tangannya dan ambil tangan itu untuk dia bersalam atau membelai, jika yang hendak ditamparnya itu adalah anak kecil juga.
Ambil masa terangkan bahawa bila dia berjumpa orang, salam. Jangan sepak. Boleh belai. Ulang banyak kali pada masa yang berbeza.
Jika dia dah sepak atau pukul, minta maaf kepada orang itu. Orang yang faham, akan tahu anak itu belum memahami lagi dan sedang dididik. Yang tidak faham itu, kita kasihan saja pada mereka. Mereka sudah lupa mereka dulu pun begitu. Apa boleh buat.
Mengalih perhatian anak kepada perkara lain, adalah tektik yang baik sebenarnya.
Jika anda berasa payah untuk mengawal tingkah lakunya, maka kurangkan berjumpa orang lain. Dan perbanyakkan menerangkan kepada anak bagaimana untuk berkelakuan bila berjumpa orang lain dan sebagainya. Boleh guna buku-buku.
Semalam viral di media sosial tentang taktik berbentuk prank untuk mengekang anak daripada leka dengan gajet atau telefon pintar. Tolong jangan tiru, kurang baik untuk perkembangan mental & emosi kanak-kanak.
Posting yang telah tular di Facebook dan Instagram ini berbentuk seperti perkongsian yang menyarankan perkara yang sama dilakukan ibu bapa lain bagi menyekat minat si kecil kepada telefon pintar.
Memang benar penggunaan gajet untuk kanak-kanak perlu dielakkan ekoran daripada kesan buruk yang boleh mempengaruhi perkembangannya. Ibu bapa dan orang sekeliling perlu memainkan peranan menyekatnya daripada menjadi tabiat.
Namun sekiranya ia sudah menjadi kebiasaan, ada cara yang boleh dilakukan secara berperingkat. Semuanya perlukan kesabaran dan kesungguhan, bukan sekelip mata dengan prank yang sangat melukakan hati si kecil hingga mengakibatkan trauma!
Prank yang dilakukan olen seorang ibu yang telah di kongsi oleh 64 ribu netizen telah dipadamkan oleh FB berikutan telah melanggar peraturan standard komuniti.
Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula. Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini boleh dijadikan panduan dalam perkara berkaitan emosi kanak-kanak.
Penggunaan gadget secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa sememang telah terbukti mendatangkan kesan negatif kepada kanak kanak.
Namun adakah KITA terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan prank yang boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak anak?
Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak.
TRAUMA adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.
Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak.
Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .
Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku.
Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi.
Mereka mungkin mengalami,
TRUST – Kepercayaan
Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?
Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain?
Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan.
Ternyata, dengan mewujudkan trauma dengan prank matlamat ini tidak mungkin berhasil. Agama sendiri tidak pernah mengajar untuk menipu walaupun untuk tujuan pendidikan
Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa ditangan ibu bapa.
Sememangnya ramai mengharapkan anak selepas mendirikan rumah tangga. Namun ada pasangan yang cepat menimang cahaya mata. Tak kurang juga yang perlu menunggu beberapa tahun baru dapat memeluk anak sendiri.
Apa sekalipun usaha yang dilakukan, selain mendapat rawatan pakar ada juga yang ikhtiar dengan mengamalkan beberapa petua semulajadi. Mana tahu jadi asbab untuk mengandung. Kuncinya jangan putus asa je!
Perkongsian Princess Naznin melalui pengalamannya sendiri yang sebelum ini menantikan zuriat pertama berhasil setelah mencuba beberapa petua mudah selain dapat pandangan doktor.
Saya dengan rendah hati nak share pada yang teringin atau dah lama nantikan zuriat. Saya dulu masa anak pertama pun susah juga dapat anak, berapa bulan pregnancy test -ve saja. Sedih kecewa semua ada tapi saya tak pernah putus asa.
Macam-macam saya cuba buat hingga saya jumpa tip di bawah ni. Saya cuba dan alhamdulillah rezeki saya positif hamil. Terkejut saya. Masa saya research saya ada baca komen-komen bagi feedback kawan mereka, kakak mereka, saudara mereka berjaya hamil lepas cuba semua ni, alhamdullilah mereka gembira.
Tak sangka saya pun berjaya. Jadi saya cuba kongsikan dengan kawan-kawan dalam ni mana tahu berjaya dengan izinNya. Benda baik apa salahnya mencuba kan? Mana tahu ada rezeki untuk anda semua yang masih menunggu.
Air rebusan kecambah taugeh
1. Ambil segenggam kacang hijau dan rendam dalam air selama 2 jam.
2. Biarkan ia menjadi taugeh yang tak panjang (taugeh yang pendek). Ia ambil masa kira-kira 3 hari sahaja.
3. Rebus taugeh tersebut (air sebanyak 2 gelas) selama kira-kira 10 minit sahaja.
4. Minum air tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan selama waktu datang haid. (7 hari turut-turut ye ladies)
*taugeh untuk suburkan*
Susu kambing + kurma
Tip ni saya dapat dari blogger ustaz yang share, ustaz ni bagitahu ramai yang bagi feedback dah berjaya hamil dan dapat zuriat lepas cuba.
1. suami ambil segengam kurma
2. isteri ambil segengam kurma
3. suami isteri berniat dikurniakan zuriat (berdoa bersungguh-sungguh)
4. suami isteri kupas tanggalkan biji kurma
5. masukkan kurma ke dalam blender
6. sediakan 2 gelas susu kambing (seorang segelas)
7. masukkan susu kambing ke dalam blender
8. bahagikan susu sama rata lepas blend then sebelum minum baca bismillah dan selawat 3x dulu baru minum sambil niat dalam hati “buat macam ni untuk dapatkan zuriat dan semoga Allah murahkan rezeki zuriat padaku” contoh doa bagi umat Islam ye
*Susu kurma ni buat sekali pun da ok*
Saffron
Minum setiap hari air rendaman saffron (untuk lawaskan haid)
Tip ringkas dari saya:
– Jangan sesekali stress (stress punca utama susah dapat zuriat so enjoy your life mcm normal,jangan asyik fikirkan atau sedih kecewa kalau dapat result -ve)
– Sentiasa positif selalu. Jangan dalam mindset kita selalu fikir anak, anak je. Nanti stres datang.
– Berdoa pada Allah banyak-banyak minta zuriat even kita seorang pendosa
– Kalau masih tak berjaya jangan sesekali give up dan research tips dari orang
– Makan asid folik
– Kalau kawan-kawan ada masalah kesihatan wanita sila jumpa doktor pakar sakit puan ye
– Lelaki pun kena berkerjasama berhenti merokok – kurangkan berat badan kalau obes, makan makan seimbang.
– Lelaki perempuan perlu jumpa doktor dan dengar nasihat doktor ye, kadang-kadang dua-dua ada masalah kesihatan yang doktor perlu periksa.
Saya ikhlas share tip saya sendiri yang berjaya ni. Ingatkan saya nak share di YouTube saya je sebab nak buat video pas. Tapi tak apa la saya ikhlas share di sini untuk kawan-kawan dalam ni. Semoga Allah suburkan awak dan dimurahkan rezeki zuriat untuk awak yang dah lama nantikan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.