Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Jika difikirkan seakan kita sendiri tidak mampu untuk berdepan dengan ujian hidup yang sedang dilalui oleh seorang wanita yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun ini.
Siti Saqmah Mansor, 33, membesarkan anak tunggalnya iaitu Annur Amani Zamri secara seorang diri selepas kematian suami, Zamri Sulaiman akibat barah pada 6 tahun yang lalu.
Namun kini bukan saja perlu membesarkan anak bersendirian, malah dia juga bertarung nyawa akibat barah mulut tahap empat yang dihidapi sejak dua tahun lalu.
Apa yang pasti cabaran yang dilaluinya memerlukan kekuatan dan semangat yang luar biasa, tidak hanya dari segi fizikal tetapi juga emosi dan mental.
Menurut Siti Saqmah yang menetap di Parit Raja, dia perlu membesarkan anak tunggalnya, Annur Amani Zamri, 8, yang tinggal bersamanya. Meskipun bukan mudah meneruskan hidup tanpa suami namun dia tiada pilihan melainkan akur dengan ketentuan-Nya.
Kuat Sebab Anak
Memetik perkongsian di Harian Metro, menyedari tanggungjawab digalas, Siti Saqmah berikhtiar membuat dan menjual sandwic, sosej serta kek batik bagi menjana pendapatan kerana hanya itu mampu dilakukan dengan kudratnya ketika ini.
Ads
“Dulu, saya sihat dan normal, tetapi suami yang menghidap barah saluran makanan tahap empat.
“Ditakdirkan, suami tak dapat bertahan dan akhirnya dijemput Ilahi pada 2017, jadi tinggal saya berdua dengan anak.
“Setahun kemudian (2018), saya terbabit dalam kemalangan ketika menaiki kereta dipandu abang dan kesannya, gusi atas pecah.
Ads
“Awalnya, doktor tak kata apa tapi ia membengkak. Lama-kelamaan, bengkak di gusi semakin membesar dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati saya menghidap barah mulut,” katanya lagi.
Siti Saqmah berkata, dia mengambil masa lama untuk menerima hakikat dirinya menghidap barah.
“Selepas disahkan menghidap barah, sebulan juga saya di hospital iaitu pada September 2021 untuk menjalani pembedahan gusi dan lelangit.
Ads
“Memang patah semangat namun saya kuat sebab anak kerana fikir dia masih kecil dan kena ke sekolah.
“Jadi jika saya lemah bagaimana nak cari duit untuk tanggung dan besarkannya?” katanya.
Harapkan Keajaiban
Berhubung penyakitnya, Siti Saqmah berkata, dia sudah menjalani empat sesi kemoterapi.
“Itu saja ikhtiar saya buat masa ini kerana penyakit saya ini tiada ubatnya.
“Jadi, saya hanya mampu berdoa dan mengharap ada keajaiban untuk diberi kesembuhan kerana tak dapat bayangkan bagaimana anak jika saya tiada nanti,” katanya.
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa memastikan anak mendapat makanan berkhasiat, imunisasi lengkap dan pemeriksaan kesihatan berkala. Namun ada satu perkara yang sering terlepas pandang, khususnya bagi anak lelaki, iaitu memeriksa sama ada kedua-dua testis berada di dalam kantung skrotum.
Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa sesetengah bayi lelaki dilahirkan dengan keadaan yang dikenali sebagai testis tidak turun atau undescended testis (cryptorchidism). Keadaan ini berlaku apabila satu atau kedua-dua testis gagal turun ke dalam kantung skrotum sebelum atau selepas kelahiran.
Walaupun nampak seperti masalah kecil, ia sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada kesihatan reproduktif anak apabila dewasa nanti jika tidak dirawat pada masa yang sesuai.
Justeru, kesedaran awal sangat penting kerana satu pemeriksaan ringkas oleh ibu bapa boleh membantu mengesan masalah ini lebih awal dan membuka peluang rawatan yang lebih berkesan.
Semasa perkembangan bayi dalam kandungan, testis terbentuk di bahagian abdomen sebelum bergerak turun ke dalam skrotum menjelang kelahiran.
Namun bagi sesetengah bayi lelaki, proses ini tidak berlaku sepenuhnya. Akibatnya, testis mungkin kekal di bahagian abdomen atau tersangkut di sepanjang saluran penurunan testis.
Menurut American Urological Association (AUA) dan Mayo Clinic, keadaan ini berlaku kepada kira-kira 3 hingga 5 peratus bayi lelaki yang lahir cukup bulan, manakala peratusannya boleh meningkat sehingga 30 peratus bagi bayi pramatang.
Dalam kebanyakan kes, testis akan turun sendiri dalam tempoh beberapa bulan pertama kehidupan. Namun jika masih tidak turun selepas usia enam bulan, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan oleh doktor.
Ramai masyarakat sering menganggap benjolan atau perubahan pada kawasan kemaluan bayi sebagai angin pasang atau hernia.
Hakikatnya, testis tidak turun adalah keadaan yang berbeza.
Hernia berlaku apabila sebahagian usus atau tisu menonjol keluar melalui kelemahan pada dinding abdomen. Manakala testis tidak turun pula melibatkan kegagalan testis berada di lokasi normal dalam kantung skrotum.
Disebabkan simptom luaran kadangkala tidak begitu jelas, ramai ibu bapa hanya menyedari keadaan ini apabila anak semakin membesar atau selepas pemeriksaan doktor dilakukan.
Ramai yang beranggapan bahawa anak masih kecil dan keadaan itu boleh ditunggu. Namun pakar menegaskan bahawa kelewatan mendapatkan rawatan boleh meningkatkan risiko komplikasi pada masa depan.
Antara risiko utama ialah:
Testis memerlukan suhu yang sedikit lebih rendah daripada suhu badan untuk menghasilkan sperma yang sihat.
Sebab itulah testis berada di dalam skrotum dan bukannya di dalam abdomen.
Jika testis kekal berada dalam badan terlalu lama, suhu yang lebih tinggi boleh menjejaskan perkembangan sel penghasil sperma.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet menunjukkan lelaki yang mempunyai sejarah testis tidak turun mempunyai risiko masalah kesuburan yang lebih tinggi berbanding individu normal, terutama jika kedua-dua testis terlibat.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine, lelaki yang pernah mengalami testis tidak turun mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser testis berbanding populasi umum.
Walaupun risiko ini masih dianggap rendah secara keseluruhan, pengesanan dan rawatan awal dapat membantu mengurangkan risiko tersebut.
Testis yang tidak berada di kedudukan normal lebih mudah mengalami keadaan berpintal yang boleh menyebabkan bekalan darah terputus.
Situasi ini merupakan kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera.
Apabila anak meningkat remaja, keadaan fizikal yang tidak normal pada organ reproduktif boleh memberi kesan kepada emosi, keyakinan diri dan imej tubuh mereka.
Ibu bapa boleh melakukan pemerhatian mudah semasa menukar lampin atau memandikan anak.
Antara tanda yang boleh diperhatikan:
Jika terdapat sebarang keraguan, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Jangan membuat andaian bahawa keadaan tersebut akan pulih sendiri tanpa pengesahan pakar.
Rawatan utama bagi testis tidak turun ialah pembedahan yang dikenali sebagai orchidopexy.
Melalui prosedur ini, pakar bedah akan memindahkan testis ke kedudukan yang betul dalam skrotum dan menetapkannya di situ.
Menurut garis panduan American Academy of Pediatrics (AAP) dan European Association of Urology (EAU), pembedahan biasanya disyorkan dilakukan antara usia 6 hingga 18 bulan untuk memberikan peluang terbaik terhadap perkembangan fungsi testis.
Kadar kejayaan prosedur ini sangat tinggi dan kebanyakan kanak-kanak dapat menjalani kehidupan normal selepas rawatan.
Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu mengawal semua perkara yang berlaku dalam kehidupan anak. Namun kita boleh bertindak awal apabila melihat sesuatu yang tidak normal.
Satu pemeriksaan ringkas pada kawasan skrotum mungkin hanya mengambil beberapa saat, tetapi ia berpotensi melindungi kesuburan, kesihatan dan masa depan anak lelaki anda.
Jangan tunggu sehingga anak membesar untuk mengetahui sesuatu yang sebenarnya boleh dikesan lebih awal.
Dua testis. Dua peluang untuk kesihatan yang lebih baik. Dua sebab mengapa pemeriksaan awal sangat penting.
Kerana setiap anak berhak membesar dengan peluang terbaik untuk masa depan yang sihat dan bahagia.
Selepas menyambut kelahiran anak kedua mereka pada tanggal 25 Julai tahun lalu, pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana berkongsi wajah penuh cahaya mata kedua mereka.
Bayi lelaki comel yang diberikan nama Arwa Uthman Affan itu kini sudah pun berusia sembilan bulan.
Jika sebelum ini wajah comel Arwa Uthman Affan jarang-jarang dikongsikan ibu dan ayahnya, kini wajah penuh si comel kesayangan itu dikongsikan bersempena pembukaan akaun Instagram baru anak kecil itu.
“Jemput masuk dan ikut instagram saya ye. Ni umur saya masa 3 bulan. Nak tengok saya yang sekarang tak?,” tulis Nadzmi menerusi kapsyennya.
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya wajah Arwa Uthman Affan yang cukup comel di kala usianya tiga bulan.
Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut pasangan ini menyatakan wajah Uthman Affan sama seperti bayi Korea.
Kulitnya putih melepak kemerah-merahan malah matanya yang sepet menambahkan lagi ala Korea. Memang comel.
Terdahulu, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumahtangga pada 1 September 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Arwa Malaikha Urwa dan Arwa Uthman Affan.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Zulin Aziz ditegur berisi, “Lebih baik cakap saya mengandung daripada kata saya gemuk”. Demikian luahan hati artis versatil, Zulin Aziz tentang dirinya yang sering kali disangka berbadan dua.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, dia menganggap kata-kata orang yang menyangka dia hamil sebagai satu doa.
“SAYA TAK OKAY KALAU ORANG CAKAP SAYA DAH GEMUK, SAYA OKAY SAJA KALAU ORANG CAKAP SAYA HAMIL. SAYA GEMBIRA SAJA KALAU BADAN NAIK DAN ORANG TEGUR, ‘EH PREGNANT’.
“Saya akan aminkan doa itu sebab tak ada la malu sangat yang saya dah gemuk kan.
“Kalau macam orang tegur, ‘Kau dah gemuk sekarang’, saya akan kecil hati.
“Bagi saya, kalau ada yang nampak saya gemuk tu, anggap sajalah yang saya hamil.”
Tambah Zulin, dia akan menjadi lebih semangat untuk mendapat cahaya mata sekiranya ada yang beranggapan dirinya sedang berbadan dua.
“Saya anggap mereka terujalah dan saya pun jadi semangat nak buat anak. Lagipun, bila mereka tanya atau tegur itu, saya anggap itu satu doa juga.
“Nak cakap balik dekat orang yang saya tak hamil itu, saya takut kecewakan mereka pula. Jadi, saya biarkan saja dan anggap saja la saya hamil.”
Ketika ditanya adakah dirinya terasa hati jika ada pihak yang memegang bahagian perutnya, pelakon berusia 35 tahun ini memilih sikap terbuka dan menganggap ia sekadar cara seseorang itu mahu memulakan perbualan dengannya.
“Saya tak terasa langsung (pegang perut), kalau ada orang pegang perut boleh terus pregnant, saya nak. Sebenarnya ikut logik, orang jadikan sebagai topik untuk berbual saja.
“Lagipun itu benda pertama yang dia nampak. Kita anggap itu topik perbualan.”
Untuk rekod, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.