Ads

Jerebu Malaysia Makin Membimbangkan: Ini Senarai Lengkap Catat IPU Tidak Sihat, Sekolah Boleh Ditutup

Keadaan jerebu Malaysia bukan sekadar membuatkan langit kelihatan kelabu atau pandangan menjadi kabur. Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, keadaan udara yang tercemar perlu diberi perhatian kerana ia boleh mengganggu kesihatan, terutama sistem pernafasan.

Kanak-kanak lebih mudah terkesan kerana paru-paru mereka masih berkembang dan mereka juga cenderung bernafas lebih cepat berbanding orang dewasa. Apabila kualiti udara merosot, anak yang mempunyai asma, alahan atau masalah pernafasan sedia ada mungkin lebih mudah mengalami batuk, sesak nafas, mata pedih atau rasa tidak selesa.

-KEMAS KINI JEREBU: Kawasan IPU Tidak Sihat Berkurang Daripada 38 Kepada 28 Kawasan-17 September 2026

Ada sedikit perkembangan positif mengenai keadaan jerebu apabila jumlah stesen yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat berkurang daripada 38 kawasan sebelum ini kepada 28 kawasan.

Berdasarkan kemas kini Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat jam 9 pagi, 17 September 2026, Tasek Ipoh, Perak mencatatkan bacaan paling tinggi iaitu 182, diikuti Seri Manjung, Perak (180).

Antara 28 kawasan yang masih mencatatkan IPU tidak sihat ialah:

  1. Tasek Ipoh, Perak – 182
  2. Seri Manjung, Perak – 180
  3. Sungai Petani, Kedah – 160
  4. Pegoh Ipoh, Perak – 160
  5. Taiping, Perak – 157
  6. Cheras, Kuala Lumpur – 157
  7. Putrajaya – 157
  8. Nilai, Negeri Sembilan – 157
  9. Johan Setia, Selangor – 157
  10. Seberang Jaya, Pulau Pinang – 156
  11. Minden, Pulau Pinang – 156
  12. Batu Muda, Kuala Lumpur – 155
  13. Seberang Perai, Pulau Pinang – 154
  14. Tanjung Malim, Perak – 154
  15. Shah Alam, Selangor – 154
  16. Kuala Terengganu, Terengganu – 153
  17. Batu Pahat, Johor – 152
  18. Jerantut, Pahang – 152
  19. Seremban, Negeri Sembilan – 151
  20. Bukit Rambai, Melaka – 148
  21. Banting, Selangor – 144
  22. Kluang, Johor – 144
  23. Petaling Jaya, Selangor – 135
  24. Bandaraya Melaka, Melaka – 133
  25. Kulim Hi-Tech, Kedah – 132
  26. Alor Gajah, Melaka – 111
  27. Balik Pulau, Pulau Pinang – 110
  28. Kuching, Sarawak – 109

Walaupun jumlah kawasan terjejas menunjukkan penurunan, 28 stesen masih berada pada tahap tidak sihat. Mama papa disarankan terus memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing dan menghadkan aktiviti luar anak-anak, terutama bagi mereka yang mempunyai asma, alahan atau masalah pernafasan.

Justeru, perkembangan jerebu semasa perlu dipandang serius oleh ibu bapa, lebih-lebih lagi sebelum ini apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan 38 kawasan di Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 12 tengah hari, 15 September 2026.

 

Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”

Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Jerebu Malaysia: 38 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat- 15 September 2026.

Jerebu Malaysia Makin Membimbangkan: Ini Senarai Lengkap Catat IPU Tidak Sihat, Sekolah Boleh Ditutup

Ads

Antara kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Sungai Petani, Balik Pulau, Tasek Ipoh, Seri Manjung, Tanjung Malim, Batu Muda, Cheras, Putrajaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Seremban, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Kuantan, Kuala Terengganu, Samarahan dan Kuching.

Bacaan tertinggi yang disenaraikan dalam kenyataan berkenaan adalah IPU 185 di Johan Setia, Selangor dan IPD Serian, Sarawak.

Secara keseluruhannya, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan negeri dan wilayah berikut:

  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Terengganu
  • Sarawak

JAS menjelaskan situasi berkenaan berlaku ketika cuaca kering berterusan di sebahagian Rantau Selatan ASEAN.

Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 14 September 2026, sebanyak 800 titik panas dikesan di Kalimantan, 85 di Sumatera dan 16 di Malaysia, masing-masing enam di Sabah, sembilan di Sarawak dan satu di Selangor.

Pada 15 September pula, jerebu rentas sempadan sederhana dilaporkan diperhatikan di Semenanjung Malaysia, Singapura serta bahagian selatan Vietnam dan Kemboja.

Aktiviti Luar Bilik Darjah Dihentikan Jika IPU Lebih 100

Buat ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah, satu lagi perkara penting yang perlu diketahui ialah tindakan berkaitan institusi pendidikan sekiranya bacaan IPU terus meningkat ketika jerebu Malaysia semakin membimbangkan.

Menurut JAS, tindakan pengurusan jerebu dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).

Ads

Antara mekanisme yang digariskan ialah penghentian aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100.

Ini bermakna apabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat, aktiviti seperti pendidikan jasmani, latihan sukan, perhimpunan atau aktiviti luar mungkin perlu dihentikan mengikut arahan dan tindakan pihak berkuasa berkaitan.

Langkah ini penting bagi mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar dalam tempoh yang lama.

Sekolah, Tadika Dan Taska Boleh Ditutup Jika IPU Lebih 200

Jika keadaan menjadi lebih buruk, ibu bapa juga perlu bersedia dengan kemungkinan penutupan sekolah, tadika dan taska apabila bacaan IPU melebihi 200, seperti yang digariskan menerusi mekanisme PTJK.

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) boleh diaktifkan apabila bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam.

Operasi Pembenihan Awan pula boleh dilaksanakan tertakluk kepada kehadiran awan dan keadaan cuaca yang sesuai apabila bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam.

Bagaimanapun, ibu bapa disarankan mengikuti pengumuman rasmi daripada pihak sekolah, Kementerian Pendidikan, JAS atau agensi berkaitan dan tidak bergantung kepada maklumat tidak sahih yang tersebar di media sosial.

Pantau Keadaan Anak Sepanjang Jerebu Malaysia

Dalam keadaan udara tidak sihat, mama papa boleh mengehadkan aktiviti luar yang tidak perlu, terutama aktiviti lasak yang menyebabkan anak bernafas dengan lebih cepat.

Ads

Perhatikan juga keadaan anak selepas pulang dari sekolah atau berada di luar rumah. Batuk yang semakin teruk, bunyi nafas berbunyi, kesukaran bernafas, mata terlalu pedih atau anak kelihatan sangat tidak bermaya tidak seharusnya dipandang ringan.

Bagi anak yang mempunyai asma atau masalah pernafasan sedia ada, pastikan ubat yang telah diberikan doktor tersedia dan ikuti pelan rawatan yang ditetapkan.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Elak Pembakaran Terbuka Ketika Jerebu

JAS turut menyeru orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, khususnya ketika cuaca panas dan kering serta ketika kualiti udara berada pada tahap tidak sihat hingga berbahaya.

Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda minimum RM25,000 hingga RM1 juta, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mengesan kebakaran atau pembakaran terbuka diminta menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui 999 atau JAS melalui talian bebas tol 1-800-88-2727.

Buat masa ini, ibu bapa disarankan terus memantau bacaan IPU kerana keadaan boleh berubah dari semasa ke semasa. Bacaan terkini boleh dirujuk melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) JAS atau aplikasi rasmi MyJAS EQMS.

Jerebu Malaysia mungkin kelihatan seperti masalah bermusim, tetapi kesannya kepada kesihatan anak tidak wajar dipandang ringan. Jika bacaan IPU terus meningkat, utamakan keselamatan anak, kurangkan pendedahan di luar dan sentiasa ikuti arahan rasmi pihak berkuasa.

Jerebu Malaysia Makin Membimbangkan: Ini Senarai Lengkap Catat IPU Tidak Sihat, Sekolah Boleh Ditutup Jerebu Malaysia Makin Membimbangkan: Ini Senarai Lengkap Catat IPU Tidak Sihat, Sekolah Boleh Ditutup Jerebu Malaysia Makin Membimbangkan: Ini Senarai Lengkap Catat IPU Tidak Sihat, Sekolah Boleh Ditutup Jerebu Malaysia Makin Membimbangkan: Ini Senarai Lengkap Catat IPU Tidak Sihat, Sekolah Boleh Ditutup Jerebu Malaysia Makin Membimbangkan: Ini Senarai Lengkap Catat IPU Tidak Sihat, Sekolah Boleh Ditutup Jerebu Malaysia Makin Membimbangkan: Ini Senarai Lengkap Catat IPU Tidak Sihat, Sekolah Boleh Ditutup

Sumber: Jabatan Alam Sekitar1 JABATAN ALAM SEKITAR 2

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Nur Haira Jalani Tiga Pembedahan Selepas Diserang Anjing, Mungkin Alami Cacat Kekal!

Nur Haira Jalani Tiga Pembedahan Selepas Diserang Anjing, Mungkin Alami Cacat...

Nur Haira, 2, jalani tiga pembedahan selepas diserang anjing dan masih memerlukan rawatan lanjut susulan kecederaan parah serta risiko cacat kekal.