Anak sulung kepada Atlet Silat Negara, Jufferi Jamari iaitu Zimraan Al-Qays dikhabarkan agak kritikal di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur akibat barah kanser yang dihidapinya.
Khabar duka tersebut disampaikan oleh Saudara Yusuf Azmi dari Semboyan Malaysia menerusi laman Instagram rasminya.
Menurut Yusuf Azmi, dia memohon doa ramai agar dapat mendoakan kesihatan buat adik Zimraan Al-Qays yang katanya agak kritikal di wad hospital.
Yusuf Azmi bersama Jufferi Jamari
“Assalamualaikum kepada semua rakyat malaysia.. Saya mohon kepada anda semua doakan anak tercinta buat adinda saya @jufferijamari yang sedang menghadapi kanser dan sedang berada di Wad agak kritikal..”
“Doa anda semua semoga menjadi asbab , Allah mengangkat segala kesakitan..Saya memohon kepada semua Para Ulama yang mengenali saya , mohon doa bersama”
“Saya mohon sangat sangat…Doa anda semua diperlukan..Sesungguhnya Doa itu senjata buat hamba Allah yang mukmin..”
Ads
Menerusi perkongdian Jufferi Jamari di laman Instagramnya pula, dia amat berharap agar ank sulungnya ini terus kuat melawan kanser.
“Awak anak yang hebat. Hanya ayah dan mummy je yang nampak kekuatan kamu nak..teruskan berjuang”
Ads
Rata-rata warga maya mendoakan kesihatan, kesembuhan buat adik Haq.
Pa&Ma turut mendoakan agar adik Haq segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan buat keluarga Jufferi Jamari.
Bila anak demam, cirit birit atau selesema ibu ayah tak senang duduk dibuatnya. Malah raya pun jadi tak bermakna. Sebab itu pentingnya untuk sediakan ‘payung’ sebelum hujan.
Beberapa hari lagi kita akan meraikan Hari Raya. Jauh atau dekat, ramai akan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan dengan keluarga tersayang. Sudah tidak sabar rasanya hendak pulang ke kampung halaman. Terbayang wajah ibu dan ayah serta suasana kampung yang menggamit memori.
Dalam kekalutan menyelesaikan kerja-kerja di pejabat mahu pun di rumah kerana hendak bercuti panjang, persiapan pulang ke kampung juga mesti dilakukan. Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, persiapan rapi perlu dilakukan.
Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah ubat untuk bayi atau kanak-kanak apabila berhadapan dengan sakit yang RINGAN.
“Sediakan Payung Sebelum Hujan”, persediaan ini sangat penting terutamanya sekiranya kampung halaman anda terletak jauh di pedalaman dan jauh dari fasiliti kesihatan. Klinik dan farmasi swasta juga mungkin tidak beroperasi semasa tempoh perayaan.
Antara masalah kesihatan ringan yang biasa berlaku kepada kanak kanak adalah;
1. Demam atau tahan sakit,
2. Sakit perut, muntah dan cirit birit
3. Alahan ringan yang menyebabkan kegatalan dan ruam.
4. Batuk dan selsema
Berikut merupakan “check list” ubat ubatan untuk masalah masalah tersebut;
* Ubat ini TIDAK sesuai untuk kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah
Kesemua ubat yang di senaraikan ini boleh di perolehi di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta. Anda boleh mendapatkan informasi lanjut dengan bertanya kepada anggota kesihatan di fasititi tersebut.
PENTING- Sila ambil perhatian perkara perkara berikut
#1. Dos ubat-ubatan untuk anak kecil adalah berbeza daripada dos orang dewasa iaitu berdasarkan berat badan. #2. Ada sesetengah ubat tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun. #3. Ubat yang sama juga mempunyai kekuatan atau kepekatan yang berbeza bergantung dari mana anda dapatkannya. #4. Dapatkan pengiraan dos dan nasihat daripada profesional kesihatan tentang ubat-ubatan yang ingin diberikan #5. Pastikan anda benar-benar tahu tentang suatu ubat tersebut sebelum memberikannya kepada anak kecil anda #6. Jika tidak semakin pulih dan keadaan menjadi semakin teruk bawak anak kecil anda untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. #7. Pastikan anda tahu kaedah untuk penyimpanan ubat ubatan dan pengendalian ubat ubatan yang telah di gunakan #8. Pastikan ubat ubatan ini di letakkan JAUH dari kanak kanak #9. Jangan menggunakan antibiotik kecuali mendapat saranan doktor.
Selamat pulang ke kampung!
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Kuman Pneumococcal (baca ‘neumokokal), nama sebenar: streptococcal pneumoniae. Kuman ni merupakan ‘kuman peliharaan’ di dalam hidung kanak-kanak di bawah umur 5 tahun (paling ramai, bawah 2 tahun).
Menurut Dr Salehuddin Sulaiman dalam perkongsiannya di Facebook, satu dalam lima kanak-kanak di Malaysia (dan juga di negara lain) ‘pembawa’ kuman ni.
Kuman ni boleh menyebabkan jangkitan di
1. telinga ( otitis media). Kesan jangka panjang: pekak
2. Paru paru (pneumonia). Kalau nasib tak baik, dapat paru-paru bernanah (empyema) atau masuk ICU
3. Dalam darah (bacteremia).
4. Selaput otak (meningitis). Kesannya, sama ada lumpuh atau cacat, atau meninggal.
Banyak orang sebut vaksin ni dapat cegah jangkitan paru-paru. Itu kurang tepat. Nanti saya explain.
Semua penyakit-penyakit bawaan kuman ni, majoriti kes berlaku di kalangan bayi atau kanak-kanak bawah dua tahun. Kenapa? Sebab yang saya sebut di atas (kuman ni ada dalam hidung kanak-kanak) dan juga kerana sistem pertahanan tubuh bayi tak sematang orang dewasa/ kanak-kanak besar.
Disyorkan suntik awal
Oleh sebab itu, vaksin ni sangat disyorkan dimulakan seawal mungkin (2 bulan dah boleh start cucuk).
Kuman yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (dan selaput otak) ni banyak. Ada virus (contoh influenza- pernah dengar selsema burung, H1N1? Adenovirus, RSV), bakteria (salah satunya Pneumococcal ni) dan juga kulat.
Bakteria pula, ada banyak jenis. Ada hemophilus, mycoplasma, streptococcal, legionella, chlamydia. Kalau dulu (sebelum tahun 2002), hemophilus influenzae b (Hib) merupakan pemenang tempat pertama untuk carta kuman yang menyebabkan pneumonia dan meningitis. Pneumococcal dapat no 2 je.
Tapi, selepas vaksin Hib diperkenalkan oleh kementerian kesihatan mulai 2002 (dalam vaksin yang 5 atau 6 serangkai tu lah), kes yang disebabkan oleh Hib ni turun mendadak. Yang naik jadi juara siapa?
Pneumococcal lah!
Saya pernah ditanya
‘Kenapa anak saya dah diberikan vaksin Pneumococcal ni. Tapi dia dapat juga pneumonia.’
Macam saya sebut tadi, bukan Pneumococcal je yang menyebabkan pneumonia. Banyyyaaakkk lagi kuman lain menjadi punca pneumonia.
Kalau nak mudah faham, macam ni lah. Saya bagi satu analogi mudah.
Di KL, disebabkan jem sangat teruk, walaupun dah ada MRT, highway baru bla bla bla, maka kerajaan memperkenalkan satu rule baru.
Semua kereta Myvi tidak dibenarkan masuk area KL. Sebabnya, jumlah kereta paling banyak di area KL ni ialah Myvi.
(Contoh je ni. Kau jangan dok bagi statistik kereta apa paling banyak di KL pulak!)
Adakah ini bermakna, kita boleh tidur atas jalan raya di KL? Sebab kereta myvi dah takde di atas jalan di KL? Of course takleh.
Sebab kereta orang di KL ni, bukan myvi je. Ada kereta jenama lain lagi. Toyota, Honda, BMW, jaguar, audi dan apa2 je lah.
Tapi kalau nak tengok myvi, susahlah. Sebab kena block awal2 lagi. Maybe ada la seekor dua myvi yg terlepas (maybe yang dah diubahsuai nampak macam Iris kot).
So macam tu la juga konsep vaksin Pneumococcal ni. Insya Allah, bila vaksin ni dimasukkan ke dalam jadual imunisasi kebangsaan (tak tau bila..), korang akan lihat kes Pneumococcal ni berkurang. Actually, bukan korang pun, tapi doktor dan juga pegawai kesihatan yang terlibat merawat pesakit akan nampak trend ni.
Inisiatif Sendiri
Buat masa ni, memang kena keluarkan duit sendiri, cari di klinik atau hospital swasta. Sekitar RM250 untuk satu suntikan. Ada 4 dos kalau start sebelum umur 6 bulan, iaitu 3 dos sebelum umur setahun, satu lagi selepas umur setahun. Sila consult doktor anda untuk jadual suntikan anak anda.
Mahal? Kalau anak anda cacat, pekak, masuk ICU sebab tak dapat bernafas, atau meninggal, duit banyak manapun tak boleh kembalikan anak anda kepada keadaan asal sebelum dia sakit.
Ada pesakit saya mendapat paru-paru bernanah kerana Pneumococcal (siap kena tebuk paru-paru, dan kena makan antibiotik selama sebulan, pastu tiap bulan dapat serangan paru-paru sempit macam asthma).
Satu je soalan dia.
Kenapa dia tak tahu pun pasal vaksin tambahan ini. Biar berapa harga pun, dia pasti sanggup bayar. (Nasib baik dia first time jumpa saya waktu tu)
So, ini hanyalah usaha kecil saya untuk memberi kesedaran kepada anda semua. Kalau anda decide tak nak ambil, jangan kata abang tak payung.
Ibu tak sihat, anak pun terkesan! Itulah hakikatnya yang ibu perlu tahu. Bila ibu burnout, stress dan gagal mengawal ketenangan diri, anak-anak dan pasanganlah yang bakal menerima kesannya.
Inilah yang dikongsikan oleh Pakar Psikologi Perkembangan, Pn Pija Ramli mengenai pengurusan stress ibu yang perlu ditangani dengan segera.
“Tanda-tanda awal ibu burnout adalah kesihatan fizikal. Kalau psikologi dalam keadaan tak baik, kesihatan fizikal juga terjejas.
Mungkin ibu dah mula rasa murung, letih, lesu, serangan panik, mula rasa kebimbangan yang melampau atau juga gastrik dan sebagainya. Semua ini perlukan pemeriksaan dari doctor terlebih dahulu.
Daya tumpuan ibu pun terjejas, ibu mula terlupa apa rutin yang dilakukan ibu malah makin sukar untuk buat keputusan setiap hari. Nak buat perkara-perkara yang selalu kita buat pun jadi kurang motivasi.
Biasanya bila ibu terlalu penat jaga anak, selalu sangat tidak sihat dan keadaan ini jika tidak dirawat boleh menjejaskan kesihatan mental ibu sendiri.”
Ibu stress cetus trauma pada anak
Stress dalam hidup kita adalah normal kerana stress ini dapat bantu kita mengembangkan diri tetapi stress yang tidak diuruskan dengan betul boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan dan anak-anak.
Dari mood gembira tiba-tiba boleh bertukar jadi rasa marah dan kesannya wujud rasa trauma pada anak-anak yang boleh mempengaruhi tingkah laku anak itu sendiri.
Misalnya bila ibu buat sesuatu, kadang ibu dalam mood baik dan tidak baik jadi anak boleh keliru dengan perubahan mood ibu. Inilah kesan kepada anak-anak.
Anak pula akan membesar dengan toksik ini yang kemudiannya akan dibawa ke dalam dirinya dan pasangan serta anak-anaknya kelak. Jadi elakkan!
Belajar tangani stress sendiri
Kebiasaannya ibu yang mengalami masalah ini biasanya tidak diuruskan sejak kecil lagi, di mana mereka alaminya waktu kecil dan masalah ini berlarutan sampai besar.
Sayang diri sendiri
Apa yang boleh ibu lakukan adalah belajar untuk sayangi diri sendiri dulu. Kalau tak sayang diri sendiri macam mana nak sayang orang lain.
Pemeriksaan tahunan
Buatlah pemeriksaan kesihatan setiap tahun supaya bila sihat, emosi kita juga dalam keadaan yang baik sentiasa. Kesihatan fizikal dengan psychologi sangat berkait.
Me time
Ambil waktu untuk beriadah dan bersenam sebab bila tubuh kita baik secara tak langsung emosi kita pun akan turut terjaga.
Ibu-ibu juga kena faham konsep me time, pergi healing, travel dan terapi diri ini boleh membantu tetapi ia bukanlah bersifat jangka masa panjang. Misalnya bila ibu ada masalah dengan suami, kita pergi healing kita balik ke rumah kita akan alami perkara yang sama.
Belajar tenang dan tangani stress
Apa yang ibu boleh lakukan adalah belajar menenangkan diri dan belajar mengawal dan tangani emosi diri dalam situasi yang mencabar tanpa jejaskan kesihatan mental. Contoh anak ada masalah perkembangan, kita perlu uruskan dengan sebaiknya.
Jika masalah burn out berlanjutan dan tak dapatkan rawatan, ibu sebenarnya boleh berdepan dengan masalah kesihatan lain seperti serangan jantung, masalah depression, tak mahu buat kerja langsung dan ada kalanya tak mahu makan dan akhirnya boleh mengganggu masalah kesihatan yang lain. Tangani segera!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend squishy toy microwave bahaya kini viral dan menyebabkan kecederaan melecur serius kepada kanak-kanak. Ketahui risiko sebenar dan langkah pencegahan.