Hari ini merupakan hari pertama buat seluruh umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Pada bulan yang mulia, bulan Ramadan kita di anjurkan supaya banyak berbuat ibadah serta kebaikan, menahan diri dari nafsu dan amarah.
Ads
Bulan ini bulan yang tepat untuk kita berubah menjadi insan lebih baik. Dr Taufiq Razif berkongsi panduan bagaimana anda serta pasangan boleh membina keluarga yang bahagia di bulan ramadan ini. Ikuti perkongsian beliau.
Ads
Ads
10 cara menjadi keluarga bahagia di Bulan Ramadan
1. Berbincang dengan pasangan bagaimana cara nak ‘Restart’ kembali hidup sekeluarga
2. ‘Restart’ kembali satu keluarga dengan saling bermaafan dan memaafkan
3. ‘Restart’ kembali rutin satu keluarga dengan menyusun jadual hidup di celah celah waktu solat, bukannya solat di celah celah rutin hidup
4. Semua perkara kena dibuat bersama sama sekeluarga. Sahur bersama, masak bersama, tadarrus bersama, berbuka bersama dan terawih bersama.
5. Ubah perangai lama sempena Ramadhan. Kuatkan ‘self-control’ dengan cuba menahan marah dan cuba mengawal emosi
6. Saling menenangkan dan saling memudahkan. Niatkan ia sebagai ibadah dan khidmat kita kepada keluarga
7. Saling memujuk antara pasangan dan anak untuk saling kuat berpuasa di bulan Ramadan
8. Berpakat dengan pasangan untuk siapkan satu sudut di ruang rumah khas untuk beribadah di bulan Ramadan seperti sudut khas untuk mengaji, solat dan berbuka puasa bersama.
9. Berbincang dengan pasangan apa objektif sebenar berpuasa selama sebulan Ramadhan. Adakah untuk beraya semata atau untuk mendapat ‘end result’ yang bernama takwa
10. Kejar takwa bersama sama pasangan dengan mengejar 2 jenis ibadah di bulan Ramadan iaitu Qiyam dan Siyam
Dalam mendidik anak, ibu bapa adalah orang penting yang memainkan peranan membentuk diri anak. Jika dari awal anak-anak berada dalam persekitaran yang positif, sampai besar mereka akan menjadi anak yang menyenangkan hati semua orang.
Jika kita membandingkan cara didikan ibu bapa dahulu dengan sekarang, mungkin dah tak boleh. Ini kerana cabaran anak-anak hari ini lain kerana beberapa faktor seperti kecanggihan teknologi atau persekitaran.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, ada beberapa kesalahan yang biasa ibu bapa lakukan dalam mendidik anak sejak dari kecil dan kesannya terbawa sehingga anak meningkat dewasa.
3 KESALAHAN YANG BIASA IBU BAPA LAKUKAN DALAM MENDIDIK ANAK
Dalam mendidik anak acap kali ramai yang terbabas lakukan perkara-perkara ini:
1. Bercakap atau layan anak dalam keadaan diri stres.
Kajian dapati ibu yang di dalam keadaan stres sebabkan anak juga stres apabila anak di dekati. Jadi tenangkan diri di saat stres.
Belajar cara tangani stres.
2. Bercakap bahasa anak kecil. Bukan bercakap bahasa yang betul.
Contohnya nak makan disebut ‘nak akan’. Apabila berbahasa begini, otak anak di bahagian broca area (pusat bahasa) akan di ‘wire’ mengikut bahasa anak kecil. Bukan bahasa sebenar.
Sekiranya ini berlaku secara berterusan, kebolehan anak untuk fasih bertutur dengan fonetik tepat akan terbantut.
3. Bercakap tanpa buka mulut.
Macam kedekut nak buka mulut. Hingga bibir tidak dilihat seperti bergerak.
Si kecil belajar dengan ikuti atau dalam Bahasa Inggeris disebut mimicking pergerakan bibir untuk wujudkan kefahaman.
Apabila ada kefahaman bahagian otak yang bernama Wernicke Area akan aktif.
Ada banyak lagi kesalahan yang ibu bapa kerap lakukan tanpa sedar. Kita perlu belajar untuk elakkan diri dari terjebak terus dengan perbuatan sebegini.
Baru je beli beras tapi dah ada kutu beras? Kadang rasa geram nampak ia merayap. Biasanya bila beras dah ada kutu beras, nasi yang kita tanak nanti jadi tidak berapa sedap dan mudah basi.
Jadi, bagaimana nak pastikan kutu beras ini tak lagi menjadi masalah buat ibu-ibu. Berikut ada cara yang paling mudah dan boleh dicuba seperti dikongsikaan oleh seorang pengguna TikTok @nz.pgs. telah berkongsi cara dan tips untuk menghalau kutu beras ini.
Tip halau kutu beras
Jika dibiarkan kutu beras ini penuh dalam beras, lama kelamaan kualiti beras jadi cepat rosak. Jadi kalau boleh buat cara ini seawal mungkin ye. Berikut antara langkah menghalau kutu beras.
Beras ada kutu ups!! Jangan buang, ikut tips cara saya ni. Moga beri manfaat pada semua para emak!
Letak bawang putih dalam beras dan benamkan. Boleh juga letak atas permukaan beras dan biarkan seharian. Contohnya, kalau buat masa pagi, petangnya dah boleh periksa dan confirm semua beras kutu hilang.
Kutu beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini.
Selain daripada menggunakan bawang putih, pastikan beras yang disimpan haruslah diletakkan pada tempat yang bersih dan kering ye!
Rumah mama papa ada lebihan ruang atau bilik yang tidak digunakan? Jangan dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Gunakan idea-idea kreatif ini untuk hasilkan ruang yang cantik yang boleh dijadikan ruang untuk anak-anak gunakan.
Manfaatkan sebaiknya ruang atau bilik kosong yang ada di dalam rumah! Kalau mama papa buntu, boleh cuba idea-idea menarik dibawah.
Sediakan bilik study atau mini perputakaan
Bila adanya bilik study mudah untuk anak-anak buat kerja sekolah. Biasanya mereka akan lebih fokus kepada pelajarannya kerana tumpuannya tidak terganggu. Sediakan juga bahan rujukan seperti kamus dan bahan bacaan yang lain untuk anak-anak membaca bila ada masa lapang. Jika anak minat melukis pupuk minat anak dengan sediakan peralatan yang bersesuaian seperti alat mewarna yang mencukupi, buku lukisan dan sebagainya.
Tempat solat / bilik musolla
Alhamdulillah kalau dapat sediakan satu bilik musolla atau ruang untuk solat. Dapatlah dirikan solat berjemaah bersama keluarga. Ambillah peluang ini untuk solat berjemaah bersama anak-anak. Dapat didik anak untuk kerjakan solat bila masuk waktu. Jadikan solat berjemaah amalan dalam kehidupan seharian. Ianya juga salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Ruang bermain / kids playroom
Bagi mengelakkan ruang tamu bersepah dan sentiasa nampak kemas, kids playroom diperlukan. Masukkan unsur kartun kegemaran anak anda untuk dekorasi playroom. Warna colourful dan bright juga membuat anak-anak lebih tertarik. Jika tiada bilik, boleh dengan hanya menyediakan kids area untuk anak-anak bermain di satu sudut yang bersesuaian. Sediakan storage untuk simpan peralatan mainan anak anda. Biarkan mereka mengemas semula selepas bermain.
Kemaskan bilik tidur anak
Bilik tidur adalah tempat rehat selepas beraktiviti disiang hari. Untuk dapatkan rehat yang mencukupi supaya dapat recharge balik tenaga, perlukan ruang rehat yang selesa dan tidur yang mencukupi. Jadi apakata hiaskan bilik tidur anak dengan mengikut tema kesukaannya. Ubah suai kedudukan peralatan dan perabot untuk menghidupkan suasana baru. Tengoklah betapa cerianya anak anda nanti seolah-olah tidur di tempat baru. Tidur pun rasa lebih lena.
Nampak macam banyak yang perlu disediakan, tapi percayalah banyak manfaatnya. Anak-anak akan rasa didorong. Bila kita atur cantik-cantik dengan kemas, mereka akan menggunakannya sebaik mungkin.
Kredit: kidsteractive
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!