Mood hujung minggu ni faham je kalau mak-mak, ayah-ayah ni nak masak menu lain selain nasi, kalau boleh menu yang mudah je sebab kalut nak buat persiapan raya. Jadinya boleh cuba masak kuetiau goreng mudah dan pantas dari adikfooods ni.
Gaulkan kuetiau dengan minyak bijan, cooking caramel dan kicap lemak manis.
Tumiskan bahan kisar, cili merah besar, biji cili padi, bawang merah dan bawang putih. Masukkan serbuk nasi goreng (tak perlu masukkan garam dan perasa dah)
Tambahkan sedikit kicap manis ke dalam bahan tumis tadi
Masukkan telur dan udang, kacau sampai masak barulah masukkan semua kuetiau tadi.
Gaul rata semua bahan (pastikan api besar)
Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai (optional)
Dah siap! Hidangkan panas-panas memang sedap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah masuk beberapa hari beraya ni, nak rehat sekejap dari menikmati juadah berat seperti rendang dan lemang. Kalau boleh nak makan yang rigkas je, panas-panas untuk buat tekak rasa selesa.
Salah satu menu yang sesuai adalah bubur nasi. Ada banyak jenis resipi dan boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Ada yang sukakan bubur kosong tapi ada juga yang gemar makan bersama lauk-pauk.
Mak Su ada berkongsi resipi bubur nasi berlauk yang pastinya memikat selera. Nak buat pun mudah;
Sekali sekala tukar menu kan😍
RESEPI BUBUR NASI BERLAUK 😋
BAHAN BUBUR: 2 cawan beras (dikisar) 6 cawan air
CARA PENYEDIAAN: Masak bubur dan apabila makin pekat boleh ditambah air sedikit.
RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN: Bawang putih Sambal belacan Kangkung Bawang holland Cabai besar merah
CARA PENYEDIAAN: 1.Panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga garing,masukan sambal belacan kemudian tumis sehingga naik bau. 2.Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit. 3.Goreng dengan api yang besar,kemudian masukan bahan perisa, masukkan cabai besar yang dihiris. Kemudian masukan bawang holland. Siap untuk dihidangkan.
BAHAN UNTUK HIDANGAN: Kacang tanah (digoreng) Ikan bilis (digoreng) Telur masin (direbus) Bawang goreng Limau Daun bawang Kangkung goreng belacan
**Boleh juga dihidangkan bersama isi dada ayam, kali ni saya buat bubur. Buka peti sejuk, ayam habis. Saya masak apa yang ada sahaja..
Kalau dibuat banyak-banyak, boleh juga jadi sajian istimewa untuk dihidangkan kepada para tetamu. Selain lauk seperti kangkung goreng belacan, boleh juga dibuat isi ayam masak kicap dan anyak lauk lain mengikut selera anda.
Yang pasti, hidangan ini tidak muak dan sesuai dimakan seisi keluarga. Selama mencuba!
Bila terfikir nak buat biskut raya, pasti ramai yang malas nak buat sebab kebanyakan jenis biskut raya perlu menggunakan oven untuk membakar.
Tapi sebenarnya ada je biskut raya yang tak perlu guna oven dan tak perlu bakar. Antaranya biskut raya coklat yang dikongsi oleh Mr.Ali ini. Oh.. ibu dalam berpantang pun boleh makan sebab bahan yang digunakan selamat untuk ibu berpantang. Boleh buat stock siap-siap sebelum bersalin.
RESEPI TANPA OVEN, BISKUT RAYA COKLAT by Mr.Ali.
🍫 Satu adunan dapat lebih kurang 100 pcs cookies MINI paper cup. Depends pada saiz yang dibentuk.
Bahan-bahan
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
– Butter : 200 gram
– Serbuk koko : 120 gram
– Susu Pekat : 100 gram
– Biskut Marie : 300 gram
BAHAGIAN COATING
1. Chocolate compund (Dark chocolate) : 200 gram
Salah satu makanan yang lembut dan cukup sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kita pastinya apam. Tidak kira samada apam mekar, apam nasi dan sebagainya, semuanya sesuai diberikan kepada anak-anak kita. Namun kawal kandungan gulanya agar tidak berlebihan untuk anak-anak kita.
Apam Pandan Legend ini antara apam sesuai. Baunya yang harum sudah membuatkan hati tidak sabar untuk menjamahnya. Apa lagi saat menanti kuih yang satu ini ketika sedang masak. Harum semerbak. Resipi yang dikongsikan oleh Pn Farisha Sofea ini mama wajib cuba.
Bahan Bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air pandan
1/2 cawan santan
1 cawan gula
1 sb yis
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau ( optional )
Bahan Lain :
Kelapa parut
Sedikit garam
(Kukus seketika )
Satukan ke semua bahan di dalam bekas yang besar.
Kacau sebati hingga tiada adunan tepung yang berketul.
Perapkan adunan selama 1 jam. Sementara itu panaskan kukusan.
Kacau adunan yang telah diperap dan tuangkan ke dalam loyang / acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang siap dikukus.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang bayi meninggal dunia selepas rawatan bidan kampung menjadi pengajaran besar kepada semua ibu bapa tentang pentingnya memilih rawatan moden dan selamat untuk bayi kecil.