Kadang-kadang ada anak yang reject untuk makan nasi. Mungkin mereka tak berselera jika dipaksa makan. Sesetengah anak pula mempunyai kegemaran sendiri sebagai contoh lebih minat makan pasta atau mi. Oleh itu, sebagai ibu kita perlu kreatif dalam mempelbagaikan menu untuk menarik minat anak untuk makan.
Salah satu menu yang boleh mengenyangkan si manja adalah sup tepung. Rasanya sedap dan kaya dengan karbo serta serat yang boleh membantu menaikkan berat badan serta melancarkan proses penghadaman. Melalui perkongsian di Facebook, ibu ini kongsikan resipinya.
💓 SUP TEPUNG VERSI BABY 💓
Bahan-Bahan :
Untuk Doh Tepung :
1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/4 cawan air
1 sb serbuk
1/2 sk serbuk ayam
Untuk Sup :
Minyak untuk menumis
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis / isi ayam
Sayur sawi
Serbuk sayur
Serbuk bilis
Serbuk ayam
Air secukupnya
Cara-Cara :
1. Untuk membuat doh tepung satukan ke semua bahan kering dan gaul sebati. Untuk versi dewasa, boleh letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh. Ketepikan seketika .
3. Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga kekuningan.
4. Masukkan ikan bilis / isi ayam. Kacau sebati.
5. Masukkan pula air secukupnya dan biarkan sehingga mendidih.
6. Dalam masa yang sama, cubitkan tepung secubit, tarik menggunakan kedua dua tangan sehingga menjadi kepingan nipis. Masukkan tepung ke dalam periuk. Ulang proses sehingga selesai .
7. Biarkan sehingga menggelegak seketika. Kemudian masukkan sayur sawi dan serbuk perasa. Masak sehingga sayur empuk. Tutupkan api dan tuangkan ke dalam mangkuk.
8. Siap, sedia dihidang!
Makanan yang sangat simple, tapi sangat mengenyangkan untuk anak-anak bahkan sesuai juga dibuat semasa anak tidak sihat. Selamat mencuba!
Kita rasa menyediakan nasi beriani sedikit sukar kerana bahan rempahnya yang banyak. Sebenarnya memasak nasi beriani paling mudah bila gunakan pes mudah. Lagi menjimatkan dan paling mudah disediakan. Pantas!
Superdaddy, Khairul Abdullah tidak kurang juga berkongsi tip mudah masak beriani. Jom cuba!
Hidup mestilah beriani! Haaa jom kita buat nasi yang mudah yakmat ni. Kalau resipi ni pun kau tak beriani nak buat, hmmm lemahh!
Bahan-bahan yang nak kena ada:
2 ½ cawan beras basmathi -direndam 30 minit
½ ekor ayam dipotong ikut suka
4 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 biji tomato dibelah 8
650ml air
1 pek pes Nasi Briyani MAGGI
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bungan cengkih dan lawang serta buah pelaga sehingga harum.
2. Masukkan pes briyani Maggi dan kacau sebati. Pastu masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak.
3. Kemudian toskan beras lalu masukkan ke dalam bahan tadi dan kacau biar sebati, biar semua beras disalut pes tadi.
4. Seterusnya masukkan air dan kacau. Kalau nak mudah pindahkan bahan semua ke dalam periuk letrik dan tekan on. Kalau rajin biar jer dalam kuali tu. Tutup dan biar air kering dan perlahankan api, biar 10 minit.
Siap.
Ayam tu kau boleh kutip dan masukkan dalam air fryer dengan suhu 200 degree dalam masa 20 minit kalau kau suka ayam garing.
Ada ketikanya, kek batik yang kita hasilkan kurang menjadi. Ada yang lembut dan tidak rangup malah coklat ganache nya juga kurang menyengat.
Resipi siap lengkap dengan langkah demi langkah bergambar yang dikongsikan oleh Pn Noor Ashikin Saerah ini anda wajib cuba. Mana tidaknya, lengkap dengan gambar satu demi satu. Confirm menjadi!
Kek batik ‘melting’ saya ni resipi asalnya hasil perkongsian Tuan Adriana Arissa di FB. Tapi, saya dah olah supaya kurang manis & ganachenya lebih rich.
Susu pekat tu, dari 1 cawan, saya kurangkan kepada ¾ cawan & kurangkan lagi kepada ⅔ cawan. Yes. Hasilnya tak lah manis menyengat sangat & kena dengan selera saya & geng² KFC, kawan² adik saya ni.
Kek Batik ‘Melting’/ Kek Batik Ganache Coklat
Bahan-bahan (Loyang 10 inci x 10 inci):
Lapisan Bawah
2 bungkus (600 g) biskut Marie
1 ketul (250 g) mentega
½ cawan air
⅔ cawan susu pekat manis
½ cawan serbuk koko
1 cawan Milo
2 biji telur
1 sdt pes vanila
Lapisan Atas
1 kotak kecil (200 ml) krim putar tenusu
200 g coklat gelap
200 g coklat susu
2 sdb mentega
½ sdt minyak hazelnut
LB: – Alas loyang dengan kertas pembakar.
– Patah-patahkan biskut Marie. – Cairkan mentega di dalam kuali. – Masukkan air, susu pekat manis, serbuk koko & Milo. Kacau sehingga tidak berketul dengan api kecil. – Masukkan telur & pes vanila. Kacau dengan cepat. Masak seketika sehingga adunan mula mendidih sebelum menutup api. – Masukkan biskut Marie. Gaul rata. – Masukkan biskut Marie ke dalam loyang. Padat-padatkan. Letakkan ke dalam peti sejuk.
LA: – Masukkan coklat, krim putar tenusu, mentega & minyak hazelnut ke dalam mangkuk tahan panas. – Sediakan air panas (simmer) di dalam periuk untuk proses double boil. – Letakkan mangkuk yang berisi coklat ke atas periuk. Biarkan seketika +-2 minit. – Setelah 2 minit, kacau ganache coklat sehingga sebati. – Biarkan ganache coklat dalam keadaan suam sebelum dituang ke atas lapisan biskut. – Sendengkan loyang untuk meratakan coklat & letakkan ke dalam peti sejuk 8-12 jam/ semalaman sebelum dipotong.
Nota:
– Potong kek batik dengan menggunakan pisau panjang yang dicelup ke dalam air panas. Lap pisau sehingga kering & potonglah mengikut saiz yang disukai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.