Bagi yang menggemari kuih berinti manisan pastinya menyukai buah melaka, ketayap atau semua jenis kuih tradisi tersebut. Selain lembut dan senang dimakan kepelbagaian rasa menyebabkan kuih-muih tradisi ini sentiasa menjadi pilihan semua lapisan masyarakat.

Bagi yang biasa makan kuih tradisional, pasti akan perasan sejenis kuih yang dibuat dengan menggunakan tepung pulut dan dibentuk secara bujur. Kuih yang dinamakan Ulat Bulu ini rasanya lebih kurang sama dengan buah melaka atau onde-onde.

RESIPI MENARIK [Resipi Biskut Ovaltine Ala Famous Amos, Air Tangan Azlina Ina, Memang Rangup & Padu]

Apa yang membezakannya adalah inti di dalam kuih tersebut sama ada diletakkan kacang merah, kacang hijau atau kelapa. Sekali makan tak cukup sebiji!

Kuih Ulat Bulu

Bahan-Bahan

– 3 cawan tepung pulut
– 2 sudu besar tepung gandum
– 1 1/4 cawan air- 1 sudu air kapur makan
– Sedikit garam
– Pewarna ikut suka
– Inti kacang merah – ready-made
– Kelapa parut putih + sedikit garam

IKLAN

Kuih Ulat Bulu Penuh Inti. Buatnya Tersangatlah Mudah, Makan Satu Tak Cukup!

Cara-cara:

– Satukan tepung pulut, tepung gandum, air kapur, garam dan air (air jangan tuang semua. Sikit-sikit dulu. Doh masih keras, tambah lagi air)

– Gaul/uli semua sehingga sebati. Jadikan doh yang tak lembik dan tak keras atau melekat ditangan (sama lebih kurang doh untuk buat buah melaka)

– Jika suka yang berwarna..bahagikan doh.. warnakan ikut suka

IKLAN

– Bulat-bulatkan doh 28g atau ikut suka kesemuanya. Leperkan atas tapak tangan dan letak inti kacang merah

– Kemudian tutup doh dan gentel bujur memanjang. Buat sampai habis

Kuih Ulat Bulu Penuh Inti. Buatnya Tersangatlah Mudah, Makan Satu Tak Cukup!

– Didihkan air kemudian masukkan doh ulat bulu tadi. Dah timbul angkat toskan air seketika.

IKLAN

Kuih Ulat Bulu Penuh Inti. Buatnya Tersangatlah Mudah, Makan Satu Tak Cukup!

– Gaulkan dalam kelapa parut putih + sedikit garam. Golek-golekkan biar kelapa melekat rata

– Sedia untuk dihidang dan makan.

P/s: Jika suka boleh goreng sedikit beras pulut taburkan atas kuih ulat bulu masa hidang

Kredit: Instagram Dapur Kak Zura

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI