Anak-anak di tadika kini sudah mula bersekolah dan selepas ini anak-anak di sekolah rendah dan menengah pula bakal memulakan sesi persekolahan setelah dicutikan kerana pandemik Covid-19.

Kebanyakkan tadika dan sekolah menggalakkan ibu bapa menyediakan bekalan makanan buat anak-anak. Ini penting bukan sahaja untuk pastikan anak-anak sihat malah juga mendapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.

Biasa kalau untuk snek atau sarapan anak-anak paling senang nak sediakan adalah makanan berasaskan roti. Tapi apakata kali ini tukar selera dengan tortilla wrap atau tortilla chip yang mama buat sendiri di rumah.

Boleh buat banyak-banyak dan simpan untuk bekalan anak-anak sepanjang minggu di sekolah.

Kulit Tortilla Homemade Untuk Snek Atau Sarapan Sihat Anak. Perlu 3 Bahan Je, Mudah & Jimat!

Tapi kalau nak beli kulit tortilla tu boleh tahan juga harganya, jadi mama boleh buat sendiri untuk stok di rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Ana Mohd menerusi laman Facebook, Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Hanya gunakan 3 bahan utama sahaja, caranya pun mudah dan simple. Senang mama nak sediakan nanti.

IKLAN

Assalamualaikum..siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sndri..boleh frozen..nak makn defrost n bakar skjp je..mudah keje. Jimat pun jimat. Tu buat untuk bekal sarapan pagi suami..mudah nak mkn buat saiz comel².

Bahan-bahan yang diperlukan:

2cwn tpng gndum
3sb mnyk masak@zaitun
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
3/4 cwn air panas (bukan 3@4 cawan ye tapi tiga per empat- separuh kemudian tmbah cket lagi)

Bahan Garlic tortilla

IKLAN

kalau nak buat garlic tortilla, 3sb minyak tu dipanaskn n tumis 2ulas bwg putih yg dicincng halus smpai naik bau(jgn hangit)..tutup api ,biarkn sejuk n baru cmpur dgn tepung dan brg lain.

Kulit Tortilla Homemade Untuk Snek Atau Sarapan Sihat Anak. Perlu 3 Bahan Je, Mudah & Jimat!

Cara-cara:

  1. Masuk je semua bahan dalam mangkuk, kemudian gaul-gaulkan
  2. Bila adunan dah agak suam, terus uli jadi doh yang lembut.
  3. Kemudian tutup dgn kain lembap dalam 20min.
  4. Selepas itu boleh bulat kecik-kecik dan canaikan..
  5. bakar atas pan. Kalau nak buat frozen, bakar skjp je. Kalau nak terus mkn, bakar sampai jadi mcm dlm gmbr….anggaran 1min both side.

Kulit Tortilla Homemade Untuk Snek Atau Sarapan Sihat Anak. Perlu 3 Bahan Je, Mudah & Jimat!

IKLAN

Inti ikut selera masing-masing

-Untuk inti ikut selera msg²..sy cuma perap dgn sos tiram/sos lada hitm dan grill. Letak salad, carrot, timun, tomato, bwg n sos cili.
**Pastikn sayur-sayur di tos smpai kering untuk elakkn cepat basi.
**Boleh juga isi ayam celup tepung/fillet ikan celup tepung. Terpulang. Tambah mayonis/cheese.

Kulit Tortilla Homemade Untuk Snek Atau Sarapan Sihat Anak. Perlu 3 Bahan Je, Mudah & Jimat!

ok siap! Selamat mncuba!

Sumber: Ana Mohd (MAHN)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI