Sedang mencari cara hilangkan sakit senggugut? Dengar kata perubahan pada diet pemakanan boleh membantu, tetapi adakah ia benar berkesan?

Kurangkan Makan Gluten Bantu Atasi Sakit Senggugut Mama? Ini Penjelasannya

Mencari cara hilangkan sakit senggugut

Lebih 80% wanita mengalami senggugut semasa haid dan lebih 20% daripadanya berdepan kesakitan yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Secara amnya, kesakitan akibat pendarahan haid boleh menyebabkan penderitaan bulanan bagi rata-rata wanita.

Berita baiknya, kesakitan akibat senggugut itu akan semakin berkurangan apabila seseorang wanita semakin meningkat usia. Malahan, ada wanita yang berasakan kesakitan itu telah berkurang setelah melahirkan anak.

Bagi sesetengah wanita, mereka memilih untuk memakan ubat sebagai cara mengatasi kesakitan tersebut.

Selain itu, terdapat bukti anekdot menunjukkan bahawa perubahan pada diet harian dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten boleh membantu dalam mengurangkan rasa sakit senggugut ini.

Pengambilan ubat sebagai cara hilangkan sakit senggugut

Bagi doktor, mengubati senggugut melibatkan aspek trial and error.

Cara hilangkan sakit senggugut

Untuk kesakitan senggugut primer, sebagai permulaan disarankan untuk mengambil paracetamol (acetaminophen).

Jika tidak berjaya, anda mungkin disyorkan untuk beralih kepada ubat antiradang non steroid (NSAID) seperti ibuprofen, kemudiannya asid mefenamat.

Ia mungkin berkesan bagi sesetengah wanita tetapi ia bukanlah jalan penyelesaian jangka panjang.

Ini kerana NSAID yang diambil untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah pada abdomen seperti ulser.

IKLAN

Bagi mengatasi keadaan ini, doktor mungkin mencadangkan penggunaan kawalan hormon seperti pengambilan pil kawalan kehamilan atau gegelung kontraseptif – yang mungkin berkesan untuk sesetengah wanita.

Tetapi bagaimana jika kaedah-kaedah tersebut tidak membantu mengurangkan kesakitan senggugut?

Perubahan diet pemakanan

Sekiranya ubat tahan sakit atau hormon, bukanlah cara hilangkan senggugut yang berkesan, mungkin anda boleh cuba tukar tabiat pemakanan dengan mengurangkan pengambilan gluten ketika menghampiri tempoh kedatangan haid.

Gluten adalah keluarga protein yang terdapat dalam bijirin termasuklah gandum dan barli.

Apabila tepung bercampur dengan air, protein gluten membentuk jaringan melekit dengan konsistensi seperti gam.

Penting untuk difahami, mengurangkan pengambilan gluten tidak bermakna anda harus menghindari terus protein ini.

Tetapi hanya mengurangkan jumlah pengambilan atau menghindarinya selama seminggu semasa haid sahaja.

Kaitan gluten dan kesakitan senggugut

Secara anekdot, terdapat banyak kisah wanita yang menderita senggugut yang menyakitkan bertambah baik atau hilang sepenuhnya setelah mereka didiagnosis dengan penyakit seliak dan memulakan diet pemakanan tanpa gluten.

IKLAN

Terdapat juga doktor naturopati mencadangkan mencuba diet bebas gluten bagi wanita yang mengadu mengalami kesakitan senggugut teruk.

Apakah cara hilangkan sakit senggugut melalui perubahan diet pemakanan ini benar-benar berkesan? Buat masa ini, masih belum ada kajian menyeluruh yang dapat menyokongnya.

Gluten memburukkan lagi kesakitan?

Masih kurang bukti saintifik yang menunjukkan kesakitan senggugut dipengaruhi oleh gandum atau gluten. Namun, dengan mengamalkan diet antiradang dapat mengurangkan sakit senggugut dan kehilangan darah.

Manakala diet tinggi keradangan (high-inflammatory diet) seperti banyak makanan diproses, kafein, alkohol dan daging sememangnya memburukkan lagi kesakitan senggugut dan gejala haid yang lain.

Ada wanita dengan penyakit seliak atau kepekaan gluten menyatakan bahawa haid bertambah teruk – lebih menyakitkan dengan kekejangan dan sakit perut yang dialami lebih lama daripada biasa – sekiranya mereka mengambil gluten.

Jadi adakah mengurangkan gluten cara hilangkan senggugut yang berkesan?

Nasihat pakar

Cara terbaik adalah anda tidak terus menyingkirkan pengambilan gluten dalam diet pemakanan harian, tetapi hanya mengurangkan pengambilannya.

IKLAN

Walau bagaimanapun, punca kesakitan senggugut pada seseorang wanita haruslah diperiksa terlebih dahulu oleh doktor bagi menentukan sama ada rasa sakit itu disebabkan oleh masalah kesihatan seperti endometriosis atau fibroid.

Pemeriksaan ini penting sebelum anda melakukan sebarang perubahan pada diet bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Cara hilangkan sakit senggugut melalui pemakanan

Selain mengurangkan pengambilan gluten, ada cara lain berkaitan diet pemakanan yang mungkin boleh membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

1. Banyakkan minum air
Perut yang kembung boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan senggugut menjadi lebih teruk.

Minum air dapat mengurangkan kembung semasa haid dan mengurangkan beberapa kesakitan yang terjadi.

2. Teh herba
Antara cara hilangkan sakit senggugut yang boleh dicuba adalah dengan mengambil minuman teh herba.

Teh herba mempunyai sifat antiradang dan sebatian antispasmodik yang dapat mengurangkan kekejangan otot pada rahim punca senggugut.

Selain itu, teh herba juga mempunyai faedah lain seperti menghilangkan tekanan serta membantu mengatasi insomnia.

3. Elakkan makanan manis
Anda juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, lemak trans dan garam yang boleh menyebabkan perut kembung dan keradangan.

Keadaan itu sekali gus boleh menjadikan kesakitan dan kekejangan otot lebih teruk.

4. Kurangkan kafein sebagai cara hilangkan sakit senggugut
Pengambilan kafein boleh mengakibatkan saluran darah menjadi sempit, sekali gus menyekat rahim dan menjadi punca senggugut yang menyakitkan.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI