Tinggal hanya enam minggu sahaja lagi, isteri kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Halina bakal melahirkan bayi kembar keduanya.
Menerusi satu entri terbaharu di instagram miliknya, Dr Halina berharap segala urusan bersalin anak kembarnya tidak lama lagi dipermudahkan Allah SWT.
Malah menerusi entri yang sama juga, wanita yang sentiasa mengukir senyuman manis ini juga turut memberitahu perkembangan bayi kembarnya. Beliau turut berkongsi berat anak dalam kandungannya yang kini sudah pun mencecah 3.0 kilogram.
“Sekarang sudah masuk minggu ke 31, kembar masing-masing berat mencecah 1.5kg. Secara total 3.0 kg untuk kedua-duanya.
“Perkembangan itu bagus untuk mereka tetap tidak berapa baik untuk bahagian belakang dan pinggul saya.
“Masalah terbaharu saya kini adalah saya kini mengalami trigger finger. Hahaha, anak-anak lelaki saya menggelarkannya sebagai jari spiderman,” katanya berkongsi.
Ads
‘Trigger finger’ adalah satu keadaan di mana jari tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (´snap´) semasa diluruskan. Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan sakit yang amat sangat.
Lagi 6 Minggu Bakal Jumpa Bayi Kembar
Dalam pada itu, Dr Halina khabarnya sudah pun berehat dari kerja bagi meringankan masalah yang dihadapinya. Malah beliau amat berterima kasih kepada suaminya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang sentiasa menjadi tulang belakang membantunya dalam segala hal.
Bukan itu sahaja, malah Dr Halina dan seluruh keluarga mereka berdebar menantikan kelahiran bayi kembar kedua yang dijangka dilahirkan sedikit masa lagi.
Ads
“Saya sudah berehat dari kerja, suami saya sangat-sangat membantu. Saya tidak tahu apa akan saya lakukan untuk mengharungi semua ini jika dia tiada di sisi.
“Lagi enam minggu dan kami akan bertemu dengan cahaya mata kami. Enam minggu lagi, kami akan menjadi ibu bapa kepada enam orang anak.
“InshaAllah, doakan segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga,” ceritanya.
Ads
Rata-rata para pengikut Dr Halina di instagram turut mendoakan agar beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga tiba saat bersalin.
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Tabiat membaca buku oleh ibu mengandung
Ibu hamil sering dihujani maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan tentang bagaimana menjadi ibu bapa terbaik, walaupun sebelum melahirkan anak.
Berbicara mengenai soal mendidik anak-anak, kajian menunjukkan pendidikan anak bermula beberapa bulan sebelum mereka dilahirkan ke dunia dan bertahun-tahun sebelum bersekolah.
Pun begitu, antara topik perbahasan terbesar adalah sama ada tabiat membaca buku kepada bayi ketika mereka masih di dalam rahim benar-benar memberikan manfaat.
Bukan setakat itu, persoalan lain yang turut menjadi tanda tanya adalah mengenai keberkesanan membaca buku dengan kuat oleh ibu mengandung dapat menjadikan bayi lebih pintar.
Tabiat membaca buku & berbual bersama bayi dalam kandungan
Anda mungkin pernah terlihat sama ada di perpustakaan, pusat beli-belah, bahkan di jalanan, seorang ibu mengandung meletakkan tangan di perut sambil berbual dengan bayi dalam kandungannya.
Seolah-olah mereka sedang berbicara dengan kanak-kanak atau individu dewasa lain yang dapat memahami apa yang dituturkan.
Apa yang anda fikirkan ketika melihat perkara sedemikian?
Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh seorang pakar psikologi mendapati, seorang bayi akan mula dapat menyerap bahasa seawal 10 minggu sebelum dilahirkan.
Kajian yang dijalankan
Analisis tersebut melibatkan kumpulan sampel 40 bayi yang baru dilahirkan; lelaki dan perempuan.
Hasil kajian menunjukkan bayi-bayi tersebut dapat membezakan antara bahasa ibunda ibu mereka dan bahasa asing dalam beberapa jam selepas dilahirkan.
Menurut kajian itu, bayi mula mengembangkan kemampuan untuk mendengar sekitar minggu ke-30 kehamilan. Ini bermakna mereka bukan sekadar mendengar suara tetapi lebih daripada itu.
Ini bermakna tabiat membaca buku dan bercakap dengan bayi dalam kandungan mungkin memberikan beberapa kelebihan.
Jadi, ibu mengandung sekalian, usah terkejut andai si manja memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan luar, terutamanya jika terdapat bunyi yang kuat.
Sebaliknya, cuba untuk menenangkan mereka dengan cara bertutur secara lembut. Jangan lupa untuk memberikan usapan juga, okay?
Masa memulakan tabiat membaca buku
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk si manja mereka, salah satunya pasti supaya anak jadi bijak, kan?
Jadi bila masa yang sesuai untuk mula membaca buku bersama bayi dalam kandungan?
Membaca tidak memerlukan tempoh masa tertentu bagi memulakannya. Namun, jika anda mahu membaca buku untuk si manja, penting untuk anda mengetahui masa yang tepat.
Pada bulan-bulan awal, adalah untuk bayi membiasakan diri dengan keadaan di dalam rahim dan mengenali persekitarannya.
Apabila mereka mula membesar, si manja akan mula mendengar suara daripada luar. Ketika ini, bayi lebih mudah untuk mendengar setiap lagu atau ungkapan kata-kata yang anda ucapkan.
Oleh itu, apabila anda menghampiri minggu ke-23 kehamilan atau secara mudahnya fasa terakhir dalam trimester kedua, anak dalam kandungan akan memberikan tindak balas terhadap suara anda dan bunyi yang didengarnya.
Ini juga bermakna perkembangan kognitif bayi anda juga berkembang pesat.
Anda boleh menggunakan kelebihan ini dengan memperdengarkan muzik serta memulakan tabiat membaca buku yang bermanfaat untuknya.
Kelebihan membaca buku
Mesti anda ingin mengetahui kelebihan membaca buku kepada bayi yang masih berada dalam kandungan, kan?
Berikut disenaraikan 4 kelebihannya:
1. Perkembangan otak bayi
Menjelang trimester ketiga, telinga bayi sudah sedia untuk mendengar.
Secara amnya, bayi di dalam rahim mendengar apa yang berlaku di luar sekitar 10 desibel lebih rendah daripada yang anda ucapkan.
Pun begitu, irama, melodi, dan corak bahasa lain yang menjadi asas pertuturan sebenarnya dapat didengar dengan jelas.
Terdapat juga kajian mencadangkan bahawa pada trimester ketiga, bayi bukan sekadar mengikut corak bahasa, tetapi selepas lahir mereka dapat mengenali kata-kata yang didengar semasa dalam rahim.
Walaupun sejauh mana kemampuan bayi belajar semasa dalam rahim masih belum ditentukan, tetapi bacaan pranatal tetap merupakan cara yang baik untuk memulakan perkembangan otak yang sihat.
2. Mengurangkan tekanan
Luangkan masa untuk tempoh beberapa minit dalam sehari untuk membaca- ini adalah cara terbaik untuk berehat. Bahkan, ia juga sangat membantu ibu mengandung.
Aktiviti santai seperti tabiat membaca buku dengan kuat penting untuk kehamilan yang sihat. Cubalah!
3. Membina ikatan dengan bayi
Kajian menunjukkan bahawa bayi pada trimester ketiga tidak hanya mendengar tetapi juga mengenali suara ibu mereka.
Nada suara ibu bukan sekadar menenangkan tetapi menyebabkan degupan jantung janin menurun.
Di samping itu, ia dapat membantu menjalin hubungan yang berterusan antara ibu dan bayi setelah dilahirkan.
Selain ibu, ayah dan juga ahli keluarga lain boleh menjalinkan hubungan dengan bayi. Jadi bercakap dan berbuallah dengan kandungan, okay?
4. Membina tabiat yang baik
Membaca bersama adalah antara perkara terbaik boleh anda lakukan untuk membantu anak menjadi pembaca dan pelajar yang berjaya.
Mengapa tidak dimulakan sekarang? Jadikan tabiat membaca buku sebagai kebiasaan pada hari ini, agar ia menjadi sebahagian daripada diri kemudian nanti.
Bergembiralah!
Usah risau tentang bagaimana suara anda kedengaran, penggunaan perkataan yang tidak tepat atau terlangkau ayat.
Si manja tidak akan menghakimi anda.
Mulakan tabiat membaca sebagai aktiviti yang menjalinkan ikatan yang membahagiakan untuk anda dan si kecil.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penularan wabak COVID-19 di negara ini masih lagi tinggi tambah pula dengan varian Omicron yang menyebabkan kes dicatatkan sentiasa meningkat dan masih belum menunjukkan penurunan sepenuhnya.
Tambah pula, varian Omicron ini hanya menunjukkan simptom yang sederhana dan menular dengan pantas lalu menyebabkan ramai golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung lebih terdedah untuk dijangkiti wabak ini.
Melalui perkongsian di media sosial TikTok baru-baru ini, seorang ibu yang dikenali sebagai @sheyraedy tampil berkongsi pengalaman dijangkiti COVID-19 ketika dirinya sedang hamil empat bulan.
Kongsi Sheyra, dia pada mulanya menjalani kuarantin di rumah sebelum mengalami pendarahan yang serius pada hari ke-7.
Jantung bayi dah terhenti, bayi mengecut
Setelah itu, dia telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya namun menerima berita duka apabila anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan atas beberapa faktor.
“Doktor scan jantung anak mommy dah terhenti dan anak mommy dah kecut.”
Difahamkan, kandungan ibu ini juga sudah cukup sifat di kala usianya sudah mencecah 16 minggu namun terpaksa dikeluarkan kerana jantung anaknya itu telah dijangkiti kuman dari virus COVID-19.
Perkongsian si ibu ini ternyata telah mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen dan ramai yang mendoakan agar Sheyra terus kuat semangat dalam menghadapi kehilangan permata hatinya itu.
Berikutan itu, ramai juga yang menasihatkan ibu-ibu mengandung di luar sana agar mendapatkan vaksin COVID-19 bagi memperoleh perlindungan sewajarnya daripada penularan wabak ini yang masih lagi bahaya walaupun ini adalah tahun ke-3 negara berdepan dengan virus ini.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu mengandung ni, selera ibu memang macam-macam. Ada benda yang kita tak suka makan sebelum hamil, tiba-tiba jadi kegemaran pula bila berbadan dua ni. Ada juga jenis makanan yang kita tak pernah makan, tapi teringin pula nak merasa waktu mengandung.
Ada sesetengah makanan yang kita idamkan tu tak ada masalah untuk dimakan, ada yang perlu diambil secara bersederhana tapi ada juga yang tak digalakkan kerana mungkin ada kesan sampingan kepada si ibu atau bayi dalam kandungan.
Salah satu makanan yang mungkin ibu hamil teringin nak makan adalah tapai. Namun, ia tak disarankan kepada wanita mengandung. Tapai adalah makanan yang diperbuat daripada sumber kanji seperti nasi, pulut atau ubi kayu yang dimasak dengan ragi dan dibiarkan untuk beberapa ketika untuk proses penapaian.
Sebenarnya proses ini menguraikan kanji kepada gula dan menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. Sebab itulah tapai tak elok dimakan ibu hamil kerana ia mungkin boleh menjejaskan kesihatan ibu atau kandungan.
Dr Zubaidi Hj Ahmad ada menerangkan tentang pengambilan tapai ketika hamil. Ikuti penjelasan beliau ini.
Soalan: “As salamu alaikum doktor. Bolehkah saya makan tapai pada usia kehamilan 36 minggu? Ada apa-apa kesan mudarat kepada bayi dalam rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”
Jawapan: Wa alaikum mus salam. Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alkohol termasuk tapai beras dan ubi. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol. Penghasilan alkohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.
Agak sukar menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan. Namun saya menasihatkan puan agar tidak mengambil makanan yang mempunyai alkohol walaupun sedikit semasa hamil sekurang-kurangnya untuk tiga bulan pertama kehamilan puan.
Ini kerana tapai mengandungi sedikit alkohol yang dibenarkan, dan sangat cepat sampai bayi dalam rahim melalui plasenta. Bagi wanita yang agak sensitif, memakan tapai menyebabkan kelahiran keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pramatang di akhir kehamilan.
Jika puan mengambil terlalu banyak tapai semasa hamil, ia boleh merosakkan sel-sel otak dan sistem saraf bayi puan. Apabila besar, dibimbangi anak puan akan mengalami masalah pembelajaran dan masalah memori.
Jadi jika ambil sedikit saja tapai sesekali, ia tidak memudaratkan, sementara makan dengan banyak akan menyebabkan kemudaratan.
Rujukan: Falgreen Eriksen HL, Mortensen EL, Kilburn T, et al. 2012. The effects of low to moderate prenatal alcohol exposure in early pregnancy on IQ in 5-year-old children. BJOG 119(10):1191-200.
#HealthDrZubaidi
Sebaik-baiknya jika makanan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, eloklah dielakkan ketika sedang mengandung. Jika teringin juga, dapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...