Kita letak la peraturan elok mana pun. Mesti anak-anak nak langgar. Tak kisah la beratus kali kita pesan jangan. Siap ‘warning’ dengan muka bengis. Peduli apa diorang.

“Lagi Kita Larang, Lagi Dia Nak Buat” Anak Umur 4-5 Tahun Dalam Fasa ‘Impulse Control’ Lemah

Sabar ya mak ayah.

Anak-anak ni tak sengaja pun nak jadi degil. Mereka cuma makhluk Allah yang belum fully-develop otaknya.

Especially yang umur 4-5 tahun ni.

Pada fasa ni, Impulse Control mereka masih lemah. Kawalan diri mereka tak cukup kuat. Keinginannya untuk ‘explore’ mengatasi keupayaannya untuk mereka ikut peraturan.

Sebab tu, lagi kita larang, lagi dia rasa ‘tergoda’ nak buat.

 

Apa yang boleh dibuat jika anak tak nak dengar kata?

#1 – Pujuk Anak Untuk Bertenang
Sebagai ibubapa kita tetap perlu pujuk anak walau anak tak makan pujuk. Kerana itu, antara langkah yang pertama patut ibubapa cuba adalah dengan pujuk anak yang tak dengar cakap dengan baik dahulu.
Cakaplah dengan lembut, dukung dan pegang anak dengan penuh kasih sayang. Mudah mudahan hati anak akan menjadi lembut. Sebenarnya anak-anak sangat sukakan perhatian.

#2 – Alihkan Perhatian Anak Pada Perkara Yang Lain
Anda juga boleh cuba alihkan perhatian anak dengan aiskrim atau sebagainya kemudian bercakap dan bertanya dengan baik apakah punca dia tak dengar cakap, mengamuk dan merajuk supaya kita lebih memahami anak kita.
Bila anak sebut mainan sedangkan anda tidak mahu beli mainan tersebut untuknya, anda boleh alihkan perhatian anak dengan benda lain yang dia sukai. Anda juga boleh cuba bawa dia ke tempat lain dan ingat jangan gunakan handphone sebagai penyelesaian.
Memberi handphone untuk selesaikan masalah begini hanya akan membuatkan anak semakin rasa bagaikan raja. Sebagai ibubapa, kadang-kadang anda perlu bersikap lebih tegas dengan anak. Tidak salah gantikan handphone dengan membawanya ke kedai buku untuk beli buku-buku mewarna yang sangat murah dan sebagainya.

IKLAN

#3 – Buat Perjanjian Dengan Anak Secara Berhemah
Kalau dapat anak tak makan pujuk atau tak dengar cakap begini, anda perlu bijak bermain dengan psikologi anak anda. Contoh, jika anak anda mengamuk tak tentu pasal maka anda boleh buat perjanjian dengan anak.

Penjanjian ini dengan memintanya untuk berkelakuan baik dan sebagai ganjaran anda akan berikan sesuatu. Berikan ganjaran yang dia suka dan tidak memudaratkan seperti bila malam akan bacakan dia buku, belikan buku baru, temankan dia main basikal di laman, bawa main di taman permainan dan lain-lain.

Tapi pastikan ganjaran itu bukan dalam bentuk wang ringgit. Bahaya jika beri ganjaran dalam bentuk wang ringgit untuk perkara sebegini takut nanti makin jadi biasa dengan hadiah berupa wang.

Jika beri wang untuk hari tertentu seperti dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya tidak mengapalah. Ajar anak terima wang selepas usaha adalah lebih baik untuk bina peribadi anak.

#4. Beri Kata-Kata Nasihat
Sebenarnya anak-anak tak dengar cakap ini ada cara untuk kita mendekati mereka. Jangan sesekali membebel pada anak, tapi nasihatlah dengan cara yang betul.
Pilih waktu yang sesuai, habiskan masa dengan mereka dan dengar masalah mereka dengan baik. Walau masih kecil mereka juga ada di lema.
Mereka takkan mengamuk tanpa sebab yang munasabah dan nasihatlah dengan baik bahawa perbuatannya itu adalah salah dan ibu ayah memarahi kerana kamu sayang bukan kerana benci.

IKLAN

#5. Gunakan Sedikit Ketegasan
Jika semua langkah sudah anda cuba tapi perangai anak tidak mahu mendengar kata ini masih juga tak berubah, ini bermakna anda perlu bersikap lebih tegas. Jangan ugut anak pula.

Anda mungkin boleh beri sedikit hukuman dengan memendekkan waktu untuknya. Atau beritahu yang barang-barang kesukaannya akan disorok jika masih berdegil. Biar dia rasa kecewa dan setelah semuanya okay jangan lupa untuk terangkan padanya sebab kenapa anda lakukan begitu.

#6. Berdoa Pada Allah SWT Supaya Hati Anak Menjadi Semakin Lembut
Disebalik pelbagai cara yang sudah anda cuba itu, jangan lupa untuk berbalik pada Allah SWT. Berdoalah untuk anak anda kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab. Berdoalah agar hati anak anda lembut dan mudah mendengar kata.

Doa Untuk Anak Dengar Kata
Surah As-Syuura Ayat 19: “Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”

Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Dan ingatlan tak ada yang mustahil bagi allah Anak-anak nih adalah amanah dari allah bila dapat anak tak makan pujuk anggaplah ianya ujian dari Allah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik.

IKLAN

Jangan terlampau stress atau tertekan anak-anak masih kecil sebagai ibu bapa kite perlu banyak bersabar insyallah semakin membesar anak-anak akan semakin mendengar kata.

Kredit: bidadari.my, Wawa Shauqi

“Lagi Kita Larang, Lagi Dia Nak Buat” Anak Umur 4-5 Tahun Dalam Fasa ‘Impulse Control’ Lemah

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI