Jangan takut anak-anak susah nak dengar cakap. Tapi takutlah anak-anak, kerana mereka sentiasa memerhatikan kita. Sebab itulah tanda parenting yang baik sebenarnya bukan terletak kepada bagaimana anak kita ‘behave’ tetapi sebenarnya terletak kepada bagaimana ibu bapanya ‘behave’.
Anak tidak mendengar kata itu perkara biasa, mereka masih dalam fasa mengenal dunia. Apa yang ada di sekelilingnya menjadi bahan yang menarik untuk diuji kaji.
Dari mana datangnya idea untuk jadikan anak seorang yang lebih baik, kita perlu mulakan dengan bagi mereka rasa paling teruk. Marah dan herdik mereka. Ini sangat tidak wajar.
Ads
Sebaliknya apa yang kita paparkan (sikap) itu lebih mudah untuk anak serap dan tiru. Bayangkan jika kita terus marah dan marah, maka tenaga negatif itulah yang akan diserap anak, seterusnya membentuk peribadi anak dari dalam.
Ads
Seringkali kita menganggap anak sebagai pengganggu kepada kerja penting kita. Tetapi hakikat sebenarnya, anaklah kerja yang paling penting. Jika kita tidak penat, maka ketahuilah ‘parenting’ kita belum cukup baik.
Ads
Kerana akhirnya, jika kita ibu bapa mengeja cinta dengan C.I.N.T.A, sebaliknya anak kita pula mengeja cinta dengan M.A.S.A.
Melihat anak-anak menjinjit beg duit saban waktu hanya kerana ingin membeli barangan kesukaannya buat kita rasa terhibur. Namun inilah konsep menabung yang perlu kita terapkan pada anak.
Konsep tabung sedekah subuh antara yang boleh kita kongsikan dengan anak. Insyallah rezeki kita dan anak-anak tak akan putus-putus. Rezeki sentiasa dipermudahkan malah hati pun lebih tenang. Niatkan bersedekah pada yang memerlukan, insyallah Allah beri lebih rezeki untuk kita dan anak-anak.
FORMULA REZEKI INFINITI DENGAN TABUNG SEDEKAH SUBUH
1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi.
2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan kepada anak yatim, orang yang memerlukan atau kepada mereka yang sangat layak untuk menerima sumbangan. Mungkin saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan. (Nanti, ingatkan saya untuk menulis apakah kebaikan bersedekah kepada mereka yang di dalam kesusahan ini).
3. Waktu tiap kali menderma ke “Tabung Subuh” tu, lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira (elevated emotion). Kemudian, ucapkan alhamdulillah penuh kesyukuran dan keyakinan. Ingat, ALLAH Maha Mendengar.
Yakinlah bahawa ganjaran dari Allah itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka-sangka (oleh akal fikiran kita yang terbatas ini) serta dari pelbagai pintu dan arah. Yakin juga bahawa tidak ada yang sukar bagiNya. Dan Dialah Al Ghanni (Maha Kaya) dan Al Mughni (Maha Pemilik Kekayaan).
4. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau. Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau.
Dalam sebuah hadits Nabi ﷺ menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(HR Bukhary 5/270)
5. Tulis nama pada tabung
Tulis nama pada tabung ini adalah sebagai affirmation kita nak komited dengan amalan mulia ini. Supaya kita rajin dan harus buat setiap hari. Kalau boleh tabung kita tu buat cantik-cantik sikit atau guna tin atau bekas yang cantik.
Agar kita sendiri rasa seronok dan tak sabar nak menderma untuk keesokan hari pula. Anda tahu tak, bila buat begini kita juga akan secara tidak sengaja akan rajin untuk bangun solat Subuh di awal waktu.
6. Tabung subuh buat anak-anak
Kalau anak-anak kita diberikan kefahaman untuk bersedekah dan memilik Tabung Subuh masing-masing lagi baik. Mudah-mudahan ada keajaiban buat anak-anak juga Allah beri nanti.
POTONGAN AYAT AL-QURAN – Surah Ali Imran Ayat 133-134
133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Jom sahabat semua kita ringankan tangan untuk bersedekah. Sedekah Subuh, bukan bermakna waktu lain kita tidak boleh bersedekah ya. Cuma sedekah subuh ni special kan. Sebab itulah kakak masukkan hadis dan petikan Surah sebagai rujukan.
Sesungguhnya Allah Ar Razzaq Al Mughni (Maha Pemberi Rezeki & Maha Pemegang Kekayaan).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membuat keputusan untuk membawa bayi ketika mengerjakan umrah bukannya satu hal yang mudah. Banyak hal yang perlu dipersiapkan begitu juga terpaksa memikirkan pelbagai risiko sepanjang di sana. Makanan bayi juga menjadi satu kewajipan yang perlu diutamakan agar perjalanan melakukan ibadah menjadi lebih lancar.
Perkongsian tip cara penyediaan makanan yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Khalisah Hazrina menerusi blognya, www.khalisahazrina.com boleh dijadikan panduan. Bagi ibu yang ingin mengerjakan umrah dalam masa terdekat ini, tip ini pastinya dapat membantu.
Tips Sediakan Makanan Bayi Ketika Mengerjakan Umrah
Sebenarnya Lisa rasa berdebar juga bila nak bawa Sarah yang baru berusia 9 bulan untuk mengerjakan umrah. Pelbagai perasaan bercampur baur dalam diri ni. Antara perkara yang membuatkan Lisa risau adalah bab makanan Sarah. Sebab Sarah kena makan yang cukup kalau tak dia akan meragam dan bagaimana nak fokus ibadah jika dalam keadaan tersebut. Tujuan untuk kita pergi umrah adalah untuk melakukan ibadah.
Jadinya Lisa belajar dari kawan-kawan dan bertanyakan kepada mereka yang pernah pergi umrah, tentang bagaimana mereka menyediakan makanan bayi yang bawah usia setahun. Maklumlah ini kali pertama Lisa bawa baby untuk travel. Sebelum ini, kami pernah juga bawa Fareeq untuk travel tapi umur dia ketika itu sudah mencapai setahun. Apa yang kami makan, itu juga yang dia makan. Lain pula dengan situasi Sarah yang baru masuk umur 9 bulan. Makanan dia agak berbeza dengan makanan yang kami makan dan dia masih suka bubur di mana teksturnya lebih lembut dan halus.
Berikut tips dan pengalaman yang Lisa suka kongsikan dengan anda yang tengah bercadang nak bawa bayi mengerjakan ibadah umrah.
Bawa Rice Cooker Travel yang saiznya kecil sahaja dan blender travel supaya mudah untuk masak bubur dan blend makanan yang perlu seperti sayur dan buah.
Lisa bawa sekali beras dan serbuk ikan bilis yang dah diblend. Buat untuk stok 2 minggu. Di Mekah dan Madinah ada kedai runcit dan pasaraya yang menjual buah, sayur dan yogurt.
Untuk sarapan pagi dan minum petang Lisa akan lenyekkan buah pisang atau pun yogurt atau pun buah seperti epal dan pear. Boleh dikatakan setiap bilik hotel di Mekah dan Madinah menyediakan peti ais. Lisa letak buah-buahan dan makanan yang lain di dalam peti ais.
Di Mekah, Lisa masak nasi sendiri tetapi di Madinah Lisa hanya ambil nasi hotel saja sebabnya kami ambil pakej fullboard. Kebanyakan hotel di Madinah menyediakan buffet makanan Indonesia dan Malaysia. Hotel yang Lisa duduk pula sediakan kedua-dua makanan tersebut. So Lisa akan ambil nasi, sayur dan lauk. Sebelum Lisa blend kesemuanya, Lisa akan basuh dahulu sayur dan lauk dengan air masak.
Makan tengahari dan dinner adalah makanan yang sama. Lisa asingkan kepada dua bekas supaya mudah untuk diambil dan disediakan. Jangan lupa bawa bekas makanan yang bertutup untuk dibawa kemana-mana.
Di Mekah dan Madinah, banyak kedai-kedai tepi jalan jual kurma. So boleh juga blend kurma dengan oat atau kurma dengan nasi untuk dijadikan sarapan pagi dan minum petang.
Bila buat umrah, baby memang akan cepat lapar sebab dia pun aktif membuat umrah bersama kita, maka makanan mengunyah seperti biskut kena prepare siap-siap dalam handbag supaya dia tidak meragam ketika kita membuat ibadah.
Jika hotel anda tidak menyediakan makanan Indonesia atau Malaysia, anda boleh beli nasi dan lauk di restoran Malaysia dan Indonesia. Jika di Mekah, Safwah Tower ada restoran dsaji dan sebelah tower tersebut ada juga restoran Indonesia. Harga insyaALLAH berpatutan.
Semoga dengan perkongsian mengenai tips sediakan makanan bayi ketika mengerjakan umrah ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menangis, meragam tanpa mengira masa benar-benar membuatkan ibu bapa rasa tertekan. Bukan sahaja ibu bapa je, mungkin orang sekeliling juga rasa tidak selesa lebih-lebih lagi kalau tangisan si kecil itu kuat. Jika ada yang faham oklah, tapi bagi yang tak memahami keadaan anak kecil, mungkin akan bagi tanggapan negatif.
Tambah lagi, ia berlaku pada awal pagi ketika masing-masing lena diulit mimpi. Jadi
sebagai ibu bapa terutama yang baru mempunyai anak pertama, perlu ambil tahu apakah sebab-sebab bayi kerap menangis?
Perlu banyak belajar kerana setiap anak perangainya lain-lain. Ada yang mudah, ada yang jenis nak melekat 24 jam. Apa sekalipun, anggaplah ia cabaran untuk ibu bapa membesarkan anak.
Seperti perkongsian Aisyah Hijanah yang juga ibu kepada seorang anak, membesarkan anak adalah fasa yang mengembirakan jika kita sentiasa positif. Dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin suatu nikmat yang sangat besar.
Bila orang bertanya bagaimana cara Aisyah menghadapi anak yang meragam, jawapan Aisyah, Allah sangat mudahkan urusan menjaga Khadeejah. Ini kerana sejak mengandung lagi Aisyah sentiasa berdoa dan mengamalkan doa ini.
Ramai yang tanya Aisyah “Khadeejah kuat meragam tak? Mengada tak?” Alhamdulillah so far daripada 1 bulan sehingga sekarang, Khadeejah tak banyak ragam & sangat senang nak jaga. Even Aisyah buat kerja pun boleh handle dia at the same time, shes an easy baby, MasyaAllah
One thing yang Aisyah boleh share, waktu pregnant dulu, kawan Aisyah selalu pesan. Katanya doa ibu ini mustajab untuk anaknya. Biarpun di dalam perut lagi.
Sejak awal dulu, Aisyah amalkan doa yang kawan Aisyah suggest “Ya Allah jadikanlah anak di dalam rahimku ini sebagai anak yang mudah dijaga, tidak banyak ragam, mudah diuruskan. Kasihanilah aku, aku masih belajar, ada perniagaan untuk aku uruskan. Mudahkanlah urusanku”
And yes, doa ibu memang tiada halangan. Apa yang kita cakap pada anak kita, itulah hasilnya. Baik yang kita cakap, doa, In Shaa Allah baiklah produknya. Anak memang ada nakalnya, macam Khadeejah ni dia tak nak baring. Dia nak berdiri selalu.
Tapi kita as parents, kena sedar yang zaman kanak-kanak ni hanya sekali sahaja. Raikanlah zaman ini sepuas-puasnya. Kerja memang perlu, but dont let it rules you.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.