Bukan mudah buat seorang isteri yang tengah mengandung tetapi terpaksa berjauhan dengan suami. Namun bagi personaliti televisyen yang juga pengacara popular, Dayah Bakar, dia akur sudah tujuh bulan berjauhan dengan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia.
Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun bersyukur kerana dikelilingi orang yang tidak putus memberi sokongan.
“Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh.
https://www.instagram.com/p/CBQAR1EJW8q/
“Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira.
“Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama.
Ads
“Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran.
“Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.
“Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi.
Ads
Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.
Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.
Sesetengah ibu hamil mengalami pening kepala atau merasa loya pada awal kehamilan. Ada juga yang tidak bernasib baik kerana rasa ‘mabuk’ itu berlanjutan sehingga kandungan sudah besar. Siapalah yang tahan kalau asyik pening kepala kan, tapi untuk ibu hamil takut pula untuk makan ubat. Khuatir memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi tip untuk mengurangkan rasa sakit kepala ketika hamil. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan ubat walaupun ia tidak berbahaya. Sebelum makan ubat, apa kata cuba dahulu tip-tip ini?
Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doktor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.
Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.
1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.
2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.
3. Minum air kosong secukupnya. Minum air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.
4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.
5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.
6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun, ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.
7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.
Pengambilan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doktor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.
Jika ada ibu hamil yang mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan, bolehlah cuba dahulu tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi ini. Paling penting kena selalu mencuba untuk tahu kaedah mana yang serasi dan buat anda selesa. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pergerakan wanita yang hamil agak lambat bukan disengajakan. Bebanan yang dirasai dan ditambah dengan tekanan pada bahagian pelvik serta belakang badan membuatkan wanita hamil lebih berhati-hati untuk melangkah. Bimbang kesakitan melanda diri sendiri.
Menurut Dr Muhammat Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, masalah Pelvic Girdle Pain (PGP) membuatkan wanita hamil merasa sakit di bahagian ari-ari sekaligus menyebabkan mereka semakin susah untuk berjalan. Ini penyebabnya.
Pelvic Girdle Pain (PGP) – nak jalan pun hazab !
Sakit pada bahagian ari ari boleh bawak ke bahagian belakang (bawah), tulang pinggul dan peha. Sendi Sacroiliac kat belakang sendi symphisis pubis kat depan – tu yang sakit depan dan belakang.
1 dalam 5 wanita hamil ada masalah ni. Tiga sendi pada tulang pinggul bekerja bersama-sama dan lazimnya bergerak sedikit. Sakit bermula bila sendi ini bergerak tidak seragam menyebabkan tulang pinggul menjadi kurang stabil dan sakit. Bila baby makin besar dalam rahim, berat tambahan dari atas, serta cara ibu duduk atau berdiri akan menyebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul.
Perubahan hormon ketika hamil, menyebabkan sendi ini menjadi longgar dan tak stabil. Yelah, nak prepare tulang pinggul supaya menjadi lebih besar dan fleksibel supaya baby nak lalu ( proses kelahiran )
Bila sakit tu datang ? * Jalan pada permukaan tak rata. * Nak kangkang untuk keluar dan masuk kereta. * Naik tangga, nak pakai seluar atau kain – berdiri sebelah kaki. * Masa buat hubungan kelamin.
Tips nak kurangkan sakit: * Kena aktif, dalam masa yang sama kena dapatkan rehat secukupnya.
* Sentiasa tukar posisi – jangan duduk lama-lama untuk lebih 30 minit. Sentiasa ubah posisi.
* Nak pakai kain atau seluar – duduk dan pakai. Jangan berdiri.
* Kalau berdiri, kena seimbangkan berat pada kedua dua kaki.
* Nak masuk dan keluar kereta kena pastikan kaki rapat, jangan kangkang lebih sangat.
* Nak pusing-pusing kat katil pun kena pastikan kaki sentiasa rapat.
* Bila tidur letak bantal kecil pada bahagian belakang dan antara kedua belah kaki untuk sokongan tambahan.
Jangan Lakukan Ini: * Jangan angkat benda-benda berat * Jangan naik dan turun tangga terlampau kerap * Jangan kerap membongkok * Jangan duduk atas lantai, diri atau duduk sahaja dalam tempoh jangka masa panjang. * Jangan duduk bersilang kaki dan bertimpuh
Rawatan fisioterapi banyak membantu ibu kurangkan sakit. Ada senaman-senaman yang membantu yang akan diajar oleh ahli fisioterapi. Yg penting kesan awal, rujukan awal ke fisioterapi untuk pastikan sakit tak jadi makin teruk, supaya ibu boleh buat kerja harian macam biasa.
Ibu ada masalah pelvic girdle pain PGP ni boleh je bersalin normal, kena inform misi dan doktor yang merawat ketika itu, supaya mereka boleh bagi support extra pada kaki dan tolong ibu untuk tukar posisi dan bergerak di wad bersalin.
PGP akan pulih selepas bersalin, 1 dalam 10 akan ada sakit yang berterusan. Dalam keadaan ini, kena pastikan ibu terus menerus mendapatkan rawatan fisioterapi dan ada alat bantuan untuk ibu terus bergerak.
Kalau pernah ada PGP, ada kemungkinan berulang lagi kehamilan berikutnya. Make sure sihat dan fit sebelum mengandung lagi, untuk elakkan ianya berulang. Buat senaman kuatkan otot ( strengthening exercises ) dan senaman Kegel ( lantai pelvis/ kemutan ).
Darah beku kat kaki (thrombosis) senang terbentuk pada ibu hamil. Dengan PGP ni ibu lazimnya tak bergerak atau kurang bergerak disebabkan sakit, lagi la senang dapat thrombosis. Ada stokin khas TED stokin diperlukan dan ada sesetengah kes memerlukan ubat injection untuk mencairkan darah. Tanya Doktor yang merawat nanti.
Jangan ditanya kenapa mak buyong berjalan macam penguin.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!
Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).
Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...