“Lagi Seinci Mummy Jatuh”- Linda Onn Kongsi Gelagat Anak Tidur Lasak

Share

Bila ada anak kecil tidur bersama, selalunya mereka suka menghimpit sebelah ibu. Sampailah ibu ke tepi, hampir nak jatuh! Linda Onn ceritakan pengalamannya di mana anaknya Ungku Zara menghimpitnya hingga seinci lagi dari hujung katil.

Momen indah menjadi ibu ini tentunya menjadi memori indah buat Linda. Ungku Zara yang kini berusia 8 bulan sebelum ini memang tidur di dalam katil bayi tetapi kerana asyik terhantuk kerana sedang aktif belajar berdiri, Linda mengambil bayinya untuk tidur bersamanya di atas katil. Walau pun ruang luas di tengah, mummy juga tempat dia ‘ngempel kata Linda.

Linda memuat naik gambar yang dilukisnya menggambarkan betapa kedudukannya hampir terjatuh dengan kapsyen melucukan ini;

 lindaonn7 Zara ni..letak dia kat tengah berapa banyak kali pun, dia tetap akan ngempel kat mummy dia. Sampai dah takde ruang untuk kita nak pusing2. Last2 kita tido statik je takleh gerak2.

Letak kat baby cot, dia asyik terhantuk dinding pulak..maklumlah tengah belajar nak berdiri ni, belum stabil.

Hmm..redha je lah ye. Anything for u my dear daughter.
#LagiSeinciMummyJatuh

Rakan artis seperti Fizo Omar, Saiful Apek & Datin Rebecca Nur Al- Islam turut memberikan komen dan mengatakan ia adalah perkara biasa bagi anak kecil untuk menempel pada ibu semasa tidur. Para peminat juga turut berkongsi pengalaman.




Sumber: lindaonn7 

 


Keajaiban anak kembar menjadikan ia sangat unik. Nak tahu lanjut mengenai anak kembar dan kelahiran anak kembar, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Dunia Si Kembar’ Selasa depan, 23 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD.

IKLAN