Berlaku secara kebetulan! Ini situasi cemas yang dihadapi kakitangan syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) apabila seorang penumpang melahirkan bayi lelaki tanpa dirancang dalam pesawat dari Dubai ke Bandar Seri Begawan, Brunei.

Menurut laporan Borneo Bulletin, penumpang itu Jenny Rose Josoy selamat melahirkan anaknya, tujuh minggu lebih awal daripada jangkaan tarikh untuk bersalin.

Selain pramugari Dayang Siti Nurhafizzah Metassan, proses kelahiran bayi tersebut turut dibantu oleh pegawai penerbangan Romzi Mohamad Yusof dan seorang lagi penumpang Dr Mulfi Ibrahim Alkhinjar.

Detik berharga itu turut dikongsikan RB menerusi satu muat naik foto di laman Instagram sehingga menerima lebih 22,000 tanda suka dan ratusan komen netizen.

Lahir Awal 7 Minggu, Wanita Bersalin Bayi Lelaki Dalam Pesawat Ke Brunei

IKLAN

Sementara itu, Dr Mulfi Ibrahim berkata, dia gembira dan berbesar hati kerana dapat membantu bagi mengeluarkan bayi berkenaan dengan selamat.

“Romzi sangat teratur dan membantu. Kakitangan RB kelihatan terlatih untuk situasi seperti ini, cepat bertindak dengan cara yang sewajarnya. Bantuan mereka membuatkan situasi berjalan lancar,” katanya.

Romzi pula berkata, kejadian terbabit merupakan pengalaman keduanya dalam membantu penumpang yang mengalami kontraksi hamil sekali gus sedikit sebanyak membantu proses melahirkan.

IKLAN

Lahir Awal 7 Minggu, Wanita Bersalin Bayi Lelaki Dalam Pesawat Ke Brunei

“Pada mulanya kami menyangka wanita itu mengalami sakit perut biasa, tetapi selepas melihat surat kesihatannya berhubung kandungan sudah mencecah usia 33 minggu, barulah kami menyedari bahawa dia sudah menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin,” ujarnya.

Mulanya

Meninjau di ruangan komen posting itu, rata-rata bertanya jika bayi tersebut akan mendapat hadiah tiket penerbangan percuma seumur hidup seperti berlaku kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan dalam EgyptAir, dua tahun lalu.

IKLAN

Kredit: Borneo Bulletin (1) & (2), OMM

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

Lahir Awal 7 Minggu, Wanita Bersalin Bayi Lelaki Dalam Pesawat Ke BruneiUntuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI