Ibu mana yang tak sedih bayi yang dilahirkan tak seperti anak-anak orang lain. Walaupun lahir di usia 38 minggu dan dikira cukup bulan, tapi beratnya tak mencecah berat normal. Disebabkan terlalu kecil, nampak seperti ‘bayi yang sakit’.

“Lahir Hanya ‘Tulang’ Semata.” Berkat Menyusu Badan, Terus Bam Bam

Namun kuasa Allah dan semangat tak berputus asa seorang ibu, Puan Surina Abdul Rahman, anak lelaki yang diberi nama Muhammad Damien Riyadh, lahir 8 Jun 2021 membesar dengan sihat dari sehari ke sehari dan tak nampak pun seperti bayi yang ada masalah sewaktu awal kelahiran.

Berikut perkongsian dan tips Puan Surina untuk ibu-ibu yang mengalami masalah sama. Paling penting jangan down dan fikirkan nak yang elok je untuk anak.

“Lahir Hanya ‘Tulang’ Semata.” Berkat Menyusu Badan, Terus Bam Bam

Pada mulanya anak saya ini membesar dengan baik dalam kandungan. Tetapi masa kandungan cecah 33 minggu nak masuk ke 34 minggu dan saya scan di klinik doktor tengok baby ni kecil. Ukuran kepala/perut/peha kecil dengan berat janin 1.7kg. Anggaran baby tu kecil beberapa minggu ke belakang.

Jadi klinik kesihatan rujuk saya ke hospital tempat saya nak bersalin (HUKM). Selepas itu, saya pergi ke HUKM dan doktor scan semua dan dapati memang baby kecil. Berat 1.7kg macam tu (sama dengan klinik kesihatan)

“Lahir Hanya ‘Tulang’ Semata.” Berkat Menyusu Badan, Terus Bam Bam

IKLAN

Mulai hari itu bermula lah rutin check up saya 2 minggu sekali. Jadi next check up adalah masa kandungan saya 35 minggu++.. Doktor scan lagi sekali dan dapati baby tak berkembang sangat sebab berat baby hanya 1.8kg sahaja. Ukuran baby pun jauh ke belakang dari usia sebenar dia.

Sepatutnya doktor nak suruh admit je bersalin memandangkan saya elective czer. Tapi bila doktor jumpa dengan pakar berbincang, mereka setuju tunggu saya genap 37week sebab air ketuban saya ok. Aliran darah ke baby ok, semua ok, berat je tak cantik.

“Lahir Hanya ‘Tulang’ Semata.” Berkat Menyusu Badan, Terus Bam Bam

Apabila buat last check up saya semasa kandungan 36 minggu++ dan doktor estimate baby dalam 2kg++ boleh jadi kurang dari 2kg boleh jadi lebih 2kg.

Masa deliver 38week berat baby saya 2.33kg memang kecillah. Perut, peha semua kecil je. Kalau baby lain pegang tu sedaplah juga gebu, tapi anak saya rasa tulang je.

IKLAN

Bagaimanapun, kini perkembangannya sangat positif dan alhamdulillah sekarang dah capai berat 7 kilogram di usianya 5 bulan.

“Lahir Hanya ‘Tulang’ Semata.” Berkat Menyusu Badan, Terus Bam Bam

Tips Naik Berat Baby

Menurut Surina, apa yang dia lakukan sehingga graf anaknya naik cantik dan konsisten adalah:

  1. Saya breastfeeding baby kerap. Selang 40 minit saya breastfeed dia. Siang malam sama je. Masa dia awal-awal lahir kuning tinggi dan lama. Hampir 2 bulan baru hilang.
  2. Saya banyak baca untuk naikkan berat bayi, kena keep breastfeed waktu malam. Jadi saya ikut petua ni. Alhamdulillah memang berat baby naik cantik dan duduk di line putih sahaja.

“Lahir Hanya ‘Tulang’ Semata.” Berkat Menyusu Badan, Terus Bam BamMasa mula-mula sedih dan down sebab rasa anak kita ni tak “senormal” budak-budak lain yang lahir gebu, bam bam dan sihat.

IKLAN

Tapi kebetulan masa bersalin tu dalam tempoh PKP dan tiada siapa pun tak boleh datang tengok baby. Jadi lega la juga sebab kadang bila orang datang tengok kata ‘eeh kecil yaa’ lagi la rasa down.

Mujurlah ada ahli keluarga yang memahami dan rakan-rakan yang selalu bagi pandangan. Kalau tak mungkin sedih juga.

Kredit: Surina Abdul Rahman

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

“Lahir Hanya ‘Tulang’ Semata.” Berkat Menyusu Badan, Terus Bam Bam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI