Pengalaman mengandung dan melahirkan anak tak sama buat setiap ibu. Ada yang mudah dan ada yang terpaksa berulang alik ke klinik atau hospital sehinggalah waktu nak bersalin kerana ada masalah kesihatan tertentu.

Orang kata ni semua rezeki ibu. Apa yang penting, setiap ibu akan harapkan anak yang lahir nanti sihat dan selamat dan tiada komplikasi ketika melahirkan.

Bukan itu saja, ada juga ibu yang risau apabila melahirkan bayi secara normal nanti, terpaksa jahit banyak di bahagian bawah hingga rasa trauma.

Lahirkan Bayi 4.5kg Tanpa Koyakan. Ibu Kongsi Tip Yang Dibuat Seawal 34 Minggu 

Namun perkongsian dari seorang ibu, Puan Nurul Fazira Suhaimi ini boleh dijadikan panduan untuk ibu lain yang akan melahirkan nanti.

Menurutnya, ketika melahirkan anak ketiga seberat 4.5 kilogram secara normal, tiada jahitan atau koyakan.

Apa yang diamalkan sepanjang mengandung adalah dengan melakukan teknik urutan perineum dan melakukan teknik cara kawal pernafasan.

Terasa nak share pengalaman melahirkan masa PKP. Dah la suami tak dpt masuk labour room, berjuang sorang2 je.

Ada tak dekat sini yg takda diabetes tapi anak lahir2 besar dan tak czer?

IKLAN

Alhamdulillah sy selamat melahirkan anak yg ketiga seberat 4.5kg , Normal dan tiada jahitan langsung dekat bawah ( Intact ).

Lahirkan Bayi 4.5kg Tanpa Koyakan. Ibu Kongsi Tip Yang Dibuat Seawal 34 Minggu 

Nama diberi Muhd Arique An-Naafi’ Bin Zaireil Hafiz.

Alhamdulillah bersyukur sngt wlaupun suami tak dapat teman tapi Allah permudahkan sungguh anak ketiga ni, lahir sngt mudah tanpa rsa skit pun dan tak Jahit tu yg takut sebenarnya.

Untuk mommies yg banyak bertanya tips dan teknik. Sebelum sy bersalin sy selalu buat urutan PERINEUM guna aloevera gel, boleh search dkat youtube ‘teknik urutan perineum ‘ seawal 34 minggu dan satu lagi boleh search dkat youtube ‘Cara kawal pernafasan ketika bersalin. ‘

Lahirkan Bayi 4.5kg Tanpa Koyakan. Ibu Kongsi Tip Yang Dibuat Seawal 34 Minggu 

Dan hari ini berat 2bulan dah 7.6kg. Semakin membesar dgn jaya nampaknya sampai mama pun tak larat angkat.

IKLAN

Saya doakan mommies yg akan melahirkan smoga dipermudahkan urusan, dan siapa yg menanti zuriat inshaaAllah akan dpt rezeki hadirnya si kecil tahun ni aamin.

TIPS MENGELAKKAN KOYAKAN TERUK MASA BERSALIN 

Lahirkan Bayi 4.5kg Tanpa Koyakan. Ibu Kongsi Tip Yang Dibuat Seawal 34 Minggu 

1. Jangan panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK.

2. Amalkan senaman Kegel: Kemutkan otot pelvis/vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung.

3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.

4. Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit

IKLAN

5. Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.

6. Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Macam nak tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari.

Artikel Menarik [Bersalin Caesar, Anak Lepas Tu Nak Cuba Normal. Boleh Buat, Tapi Kena Tahu Kemampuan Diri]

7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa.

Sumber: Nurul Fazira Suhaimi & Dr Muhammad Izzat

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI