Ada anak yang kerap berdamping dengan gajet. Dari awal usia hingga kini? Ini aktiviti-aktiviti yang wajib ibu ayah lakukan bersama anak-anak. Kita lembutkan jari jemari itu sebelum ia kejung selama-lamanya.
Menurut Umairah Jamaah aktiviti pergerakan jari dan tangan penting untuk membantu anak bersedia menulis.
Sedarlah wahai ibu ayah. Gajet itu hanya membantutkan perkembangan deria pada tubuh anak-anak.
Ads
Ketahuilah, perkara ini boleh buat anak-anak stres. Ngeri bunyinya kan.
Boleh beri tapi ada syaratnya. Jangan sampai kita nampak anak dan gajet seolah-olah kembar tidak seiras. Note to my self jugak ni.
Ads
Bagi anak-anak istimewa. Idea-idea ni merupakan terapi untuk bantuk perkembangan deria mereka.
Kita fokus pada bab menulis untuk kali ini ya. Sebenarnya banyak lagi kelebihan-kelebihan lain. Nanti kita terangkan kat gambar.
Ads
Bermain lego mampu latih jari-jemari (pincher grips) serta otot kat sekitar tapak tangan. Boleh bina kapal terbang, robot, kenderaan atau apa saja.Koyakkan kertas. Nampak mudah. Tapi ianya memberikan impak yang besar. Eh anak saya boleh koyakkan buku slumber aje tau. Ouh itu lain sikit puan. Koyakkan kertas ni tumpu otot sekitar jari. Tak percaya? Cuba buat aktiviti ni.Gunting. Ada yang panik ke. Chill mak. Buat bawah pengawasan kita. Lagi awal kita dedahkan. Lagi awal kita ajar gunakan alat dengan betul. Lagi awal anak belajar bab ‘safety’ Jangan jadi macam mak Ostad. Anaknya gunting merata-rata. Eh siapa tu. EntahlahBermain lego juga latih tiga jari utama, telapak tangan serta kognitif skills.Ni pincher serum mak dia. Dari tersadai baik bagi anak guna.Melakar, menconteng, melukis di atas belon. Koordinasi anak mata dan tangan turut terlatih. Penggunaan tangan kiri dan kanan sekali gus serta daya keseimbangan badanNi kakMai guna ‘double-tape’. Sesuai untuk huruf yang tegak-tegak macam i, k, l, t, v, w, x, z (huruf kecil) Tampal tape. Kemudian tabur pasir. Nak guna glitter atau gold dusk pun boleh saja. Pastu muka masing-masing bak bintang berkilau-kilau. Dah siap. Minta anak sentuh huruf. Lakar huruf guna jari. Aktiviti ni mampu ransang deria anak-anak.Ni contoh lain. Ni kakMai buat masa kerja dulu. Boleh guna felt, span, kertas bertexture, aluminium foil dan macam-macam lagi. Olah-olah saja. Cey macam senang bebenor gayanya.Melakar diatas polistren. Latih daya fokus dan anak belajar kawal tenaga yang hendak digunakan.Tulis kat atas colouring salt. Ni link untuk resepinya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209399196657370&id=1848076553Bentukkan play-doh jadi huruf ibu ayah boleh buat bersama. Lepas itu minta anak tulis kat atas play-doh. Sekali lagi anak belajar kawal tenaga dan latih daya keseimbangan badanUmairah Jamaah Yesterday · Edited · Tulis di atas permukaan play-doh. Ibu ayah boleh tulia dulu. Kemudian anak follow. Boleh juga kita tunjuk kad imbas. Lepas tu anak follow. Pelbagaikan aktivitinya. Nak anak kreatif. Ibu ayah kena latih diri dulu. Tiada manusia yang tidak kreatif.KakMai panggil wangi beg sebab wangi sangat. Tapi nama omputeh dia sensorial bagGaya menulis / melakar begini mampu kuatkan otot bahu kanak-kanak. Boleh juga nak menulis kat dalam kotak. Eh dah habislah. Macam mana best tak idea-idea ni. Kita pelbagaikan cara untuk ajar anak menulis. Sebab mereka itu insan yang bijak dan kreatif. Suka kepelbagaian
Kalau suka jemput share. Supaya lebih ramai ibu ayah yang tahu. Supaya terdidik lebih ramai ummah yang berkualiti.
“Penatnya tengok si anak yang tak penat-penat ni” kata si ibu pada anaknya yang berusia 2 tahun. Tanpa ibu sedar sebenarnya fasa ini sangat penting buat si anak untuk meneroka, mencuba sesuatu yang baru termasuklah dalam pertuturanya.
Diamnya hanyalah ketika tidur. Anak dalam fasa ini memang sangat banyak akal. Mereka akan mencuba segalanya. Perkongsian dari Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy mungkin akan memberikan penjelasan lebih kepada mama papa yang mempunyai anak sedang membesar.
KENAPA ANAK 2 TAHUN BANYAK AKAL?
Dari kaca mata seorang anak kecil, dunia ini berada di luar kawalan dan capaian mereka. Mereka tidak berpeluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dimakan, dengan siapa mereka boleh berkawan dan ke mana mereka boleh berkeliaran.
Semua keputusan ini dibuat oleh orang dewasa dan semestinya perlu dibuat oleh orang dewasa kerana anak-anak ini belum berpengalaman dan belum boleh menilai baik dan buruk.
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama anak-anak yang berusia di antara 1-3 tahun sedang mengalami pembesaran dan perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek.
Perkembangan mereka perlukan sokongan daripada orang dewasa.
SUKA KE SANA KE SINI.
Kanak-kanak usia ini sedang meneroka pelbagai cara untuk bergerak dari setempat ke setempat – berguling, merangkak, menyusur, berjalan, berlari, melompat dan memanjat. Ini normal.
Mereka juga berupaya untuk memusing atau menarik tombol pintu dan membuka tudung balang atau botol. Ini juga normal.
Sediakan ruang dan pelbagaikan aktiviti yang dapat membantu perkembangan fizikal ini. Lapangkan rumah agar mereka boleh bernafas dan bergerak dengan bebas dan selamat.
Kurangkan atau tangguhkan dari membeli perabut dan perhiasan rumah di Shopee atau Lazada.
SAINTIS CILIK.
Pada fasa ini juga mereka aktif menggunakan sensori untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika penerokaan dengan kaedah mudah ‘trial and error’. Mereka tidak suka di’suap’ dengan solusi kerana mereka mahu mencuba sendiri. Mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang menarik bagi mereka berulang-ulang kali sehingga mencapai tahap masteri. Ini juga normal.
Selagi aktiviti itu bermanfaat untuk perkembangan mereka, usah dihalang. Biarkan mereka meneroka dan mencuba pelbagai aktiviti yang memberi stimulasi kepada sensori mereka. Walau bagaimanapun tetapkan batasan agar keselamatan mereka terpelihara.
SEUMPAMA BURUNG KAKAK TUA
Mereka juga sedang melalui fasa ‘language explosion’. Dengan pantas mereka menangkap apa yang didengari dari orang sekeliling dan juga dari media. Mereka akan menyebut semula seakan ‘latihan praktikal’ subjek bahasa dan komunikasi. Ini juga normal.
Banyakkan bercakap DENGAN anak – bukan bercakap KEPADA anak sahaja dan pantau juga apa yang disebut dan didengari oleh anak. Anak-anak 1-3 tahun banyak akal kerana mereka sedang berkembang dan membesar dengan sangat pesat. TANTRUM juga kerap berlaku pada fasa ini apabila mereka kecewa kerana ingin mencuba, inginkan kawalan dan inginkan autonomi. Ini adalah sesuatu yang normal.
Apa yang tidak normal ialah ibubapa yang mengharapkan agar anak-anak usia ini berupaya untuk diam, patuh dan langsung tiada ‘protes’. Tetapkan jangkaan yang realistik.
Fahami perkembangan, pembawaan dan keperluan anak. Pelajari cara untuk menguruskan kerenahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apakah cara terbaik untuk atasi anak suka bergaduh atau meleraikan pertengkaran antara mereka supaya semua berpuas hati terhadap penyelesaian yang ibu bapa lakukan?
Suka bergaduh ini, simptom. Puncanya (‘root cause’) pelbagai. Pada umumnya sebab anak-anak tidak tahu cara menyelesaikan konflik sesama sendiri secara lebih efektif. Mungkin juga ada perasaan iri, jika ada persepsi bahawa ibu bapa lebih menyayangi anak yang lain.
Cara menanganinya bergantung pada situasi dan peringkat usia anak anda. Anak masih kecil biasanya bergaduh sebab masing-masing merasa dirinya tidak diberi cukup perhatian.
Luangkan waktu dan aktiviti ‘1-on-1’ untuk setiap anak. Aktiviti ‘1-on-1’ bermakna, aktiviti yang hanya melibatkan ibubapa dengan seseorang anak tertentu sahaja pada suatu waktu tertentu, tanpa disertai anak-anak lain. Contoh aktiviti ‘1-on-1’: membeli-belah bersama, membaca buku kegemaran anak, atau apa sahaja hobi sihat yang diminati oleh anak tersebut.
Strategi ‘1-on-1’ ini juga sesuai digunapakai untuk anak remaja yang kerap berkelahi. Cuba renungi cara anda melayani setiap anak. Mungkinkah ada komen atau perbuatan yang boleh menimbulkan emosi sedemikian?
Atau mungkin seseorang anak itu, kerana dia rajin, sering dibebankan dengan tugasan, yang sepatutnya dipikul sama rata oleh anak-anak lain.
Jika ini benar, wujudkan suasana yang lebih adil. Beri mereka tugasan berbeza secara bergilir-gilir. Latih anak supaya lebih bertanggungjawab, persediaan sebagai pemimpin!
Bercerita menggunakan buku cerita kepada anak adalah salah satu cara mudah untuk mendidik anak-anak. Perlu tahu bahawa melalui penceritaan anak-anak akan berimaginasi dan bertanya dengan pelbagai soalan.
Jika anak sejak kecil, ibu bapa membiasakan dengan membacakan buku cerita, tanpa disedari ia membantu anak mengenal huruf dan nombor. Sebenarnya banyak faedah yang diperolehi melalui membacakan buku cerita kepada anak-anak.
Apa yang dikongsikan oleh Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim ini diharap menjadi panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi seorang yang cemerlang.
Kebaikan Bercerita Kepada Anak-Anak
Tahukah anda bahawa bercerita itu banyak kebaikan dan faedahnya kepada anak-anak. Cubalah ajak mereka duduk di sebelah dan di ribaan anda, pasti sahaja mereka tidak sabar mendengar cerita hebat anda. Mereka akan mula berimaginasi dan mula bertanya pelbagai soalan. Bercerita dapat mengalirkan emosi dan perasaan kepada yang mendengarnya.
Bercerita dalam melatih skil pendengaran mereka dengan lebih baik lagi.
Pengalaman saya, bercerita memudahkan saya untuk mengawal mereka. Mengapa saya katakan begitu? Sebagai contohnya, jika saya mahu pergi membeli belah bersama anak-anak, saya mahu mereka berkelakuan baik ketika di kompleks membeli belah nanti. Bagaimana saya ingin sampaikan mesej tersebut? Tentulah dengan bercerita. Saya sudah praktikkan dan ianya sangat berkesan.
Lapangkan waktu anda untuk duduk bersama mereka. Usah biarkan gajet mengambil alih tugas anda sebagai ibu dan bapa. Waktu muda mereka ini hanya datang sekali sahaja. Maka manfaatkan sebaiknya.