“Mama reda ketentuan ilahi. Walaupun hati masih lagi bersedih, mama tahu Aisy dah gembira dan tak sakit lagi di cucuk satu badan selepas menahan sakit sejak dari lahir.” Ini luahan dari seorang ibu, Puan Siti Nor Farhanis apabila anaknya Muhammad Aisy Dayyan bin Sapuan telah pergi selama-lamanya, 2 April tepat jam 9.15 malam.

“Lama Dah Aisy Sakit, Mama Reda..” Pergimu Hari Jumaat Dalam Dakapan Papa

Siti Nor Farhanis memaklumkan kepada Pa&Ma pemergian anak syurganya ini kerana dua hari sebelum Aisy dijemput Allah, pada 31 Mac lalu, dia ada berkongsi mengenai kisah Aisy yang memerlukan bantuan mesin oksigen untuk membantu arwah bernafas jika dibawa pulang ke rumah.

Ini kerana sewaktu dimaklumkan oleh pakar paru-paru dari Kuala Lumpur, keputusan dan pandangan doktor sungguh membuatkan hati seorang ibu sedih.

ARTIKEL BERKAITAN [Aisy Lahir Dengan Pelbagai Komplikasi. Ibu Mohon Sumbangan Beli Mesin Oksigen]

“Doktor beritahu tiada lagi rawatan lain untuk Aisy dan oksigen terpaksa dicabut. Doktor minta saya tawakal kepada Allah kerana dari Dia kita datang dan satu masa kepada Dia kita kembali.. Allahuakbar!

“Lama Dah Aisy Sakit, Mama Reda..” Pergimu Hari Jumaat Dalam Dakapan Papa

“Waktu ini tiada kata-kata yang mampu diluahkan cuma saya minta jasa baik doktor sebelum bawa balik Aisy ke rumah, saya nak bekalkan juga dengan mesin oksigen. Bukan tak mahu terima takdir, tetapi selagi belum sampai masanya saya nak jaga sebaik mungkin. Alhamdulillah doktor setuju.

“Namun ketika usaha mengumpulkan dana untuk membeli set oksigen untuk Aisy, Allah jemputnya pada hari Jumaat lalu,” katanya.

IKLAN

“Lama Dah Aisy Sakit, Mama Reda..” Pergimu Hari Jumaat Dalam Dakapan Papa

Meninggal dalam pangkuan 

Sebelum pemergian Aisy, Siti Nor Farhanis dan suami ada bersama dengan Aisy. Sebelum memejamkan mata buat selamanya, Aisy seolah tahu masanya dah sampai. Arwah seolah tak mahu kami bersedih.

Arwah Aisy pergi dalam pangkuan ayahnya dan ketika itu saya ada disebelah. Aisy pergi dengan tenang sekali dan seperti sedang tidur.

Tambah Siti Nor Farhanis, walaupun sedikit ralat tak sempat belikan mesin oksigen, sebagai ibu dia puas hati dapat menjaga Aisy sehingga akhir hayat dan sama-sama dapat menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya 13 Mac lalu.

Sebelum ini, Siti Nor Farhanis berkongsi kisah anak syurganya itu yang dilahirkan dengan banyak masalah kesihatan. Doktor sahkan Aisy mempunyai masalah jantung berlubang, tulang belakang bengkok, masalah paru-paru dan banyak tulung rusuk tak ada.

IKLAN

“Lama Dah Aisy Sakit, Mama Reda..” Pergimu Hari Jumaat Dalam Dakapan Papa

Semua ini diberitahu oleh doktor selepas melakukan pemeriksaan terperinci seminggu selepas Aisy dilahirkan. Tapi masalah utamanya adalah tulang banyak tak ada dan ada yang bercabang.

Bergembiralah dan bermain-mainlah di sana sayang. Tunggu mama dan ayah di syurga. Buat ibu ayah yang diuji dengan kehadiran anak syurga, percayalah kesedihan kita di dunia Allah akan gantikan ganjarannya lebih baik di sana nanti. InsyaAllah.

Kredit: Siti Nor Farhanis

**Dapatkan barangan keperluan bayi pada harga yang cukup istimewa, klik sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI