Epidural, episiotomy, czer, perancang, semua tinggalkan kesan, bukan ‘cheatcode.’ Dalam dunia keibuan, banyak istilah perubatan yang sering disebut namun masih disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
Epidural, Episiotomy, Czer, Perancang, Semua Tinggalkan Kesan, Bukan ‘Cheatcode’
Antara yang sering menjadi topik perbincangan ialah penggunaan epidural, prosedur episiotomi, kelahiran melalui pembedahan Caesarean (Czer), serta pilihan menggunakan perancang keluarga.
Kesemua ini bukanlah “jalan pintas” atau “cheatcode” untuk mengelakkan kesakitan atau tanggungjawab, sebaliknya adalah langkah perubatan yang membawa kesan fizikal dan emosi kepada wanita.
Epidural, episiotomy, czer, perancang – semuanya tinggalkan kesan bukan ‘Cheatcode’.
Kesan yang ditinggalkan bukan setakat pada tubuh, tapi juga pada jiwa isteri.
Sayangnya, tak semua suami faham pengorbanan ini.
Ada yang sakit bertahun lepas bersalin.
Ada yang tinggalkan kesan parut pada tubuh.
Ada yang badan dah tak sama.
Ads
Ada yang pendam perasaan sebab tak nak suami risau.
Tapi sayangnya… tak semua suami faham.
Kadang-kadang, isteri harungi semua sorang-sorang.
Padahal dalam perkahwinan, beban patut ditanggung sama-sama.
Jadi, anda seorang suami…
Dengar, tengok, dan cuba faham.
Ads
Sebab kadang, pelukan dan kata “Saya ada dengan awak” tu dah cukup untuk buat isteri rasa kuat.
Untuk semua isteri yang tengah bertahan — anda kuat, anda tak sendiri.
Epidural: Bukan Pilihan Mudah
Epidural ialah sejenis suntikan bius yang diberikan ke ruang epidural di tulang belakang untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Ada yang beranggapan bahawa wanita yang memilih epidural “tak tahan sakit” atau ingin “mudahkan kerja”, namun hakikatnya, prosedur ini memerlukan keputusan yang matang serta risiko yang dipertimbangkan secara menyeluruh. Epidural boleh memberikan kelegaan besar, tetapi ia juga boleh membawa kesan sampingan seperti tekanan darah rendah, sakit belakang, atau kesukaran bergerak selepas bersalin.
Episiotomi: Luka Yang Perlu Dipulih
Episiotomi adalah potongan kecil yang dibuat di kawasan perineum untuk memudahkan kelahiran bayi. Ramai ibu yang melalui prosedur ini mengalami kesakitan berpanjangan, ketidakselesaan semasa duduk, dan perubahan dalam hubungan intim selepas bersalin. Ia bukan prosedur kecil yang boleh dipandang ringan – sebaliknya ia memerlukan penjagaan rapi dan masa untuk pulih sepenuhnya.
Pembedahan Caesarean (Czer): Pilihan Atau Keperluan?
Pembedahan Caesarean sering disalah anggap sebagai cara “mudah” untuk melahirkan. Hakikatnya, Czer adalah prosedur pembedahan besar yang melibatkan pelbagai risiko seperti jangkitan, pendarahan, serta tempoh pemulihan yang lebih lama. Bagi ramai wanita, Czer bukan pilihan, tetapi satu keperluan demi keselamatan ibu dan bayi. Luka fizikal dan emosi selepas Czer sangat nyata dan memerlukan sokongan serta pemahaman masyarakat.
Ads
Perancang Keluarga: Hak Wanita, Bukan Alasan
Penggunaan perancang keluarga sering dikaitkan dengan stigma negatif. Sesetengah pihak menyalah tafsir penggunaannya sebagai usaha untuk “lari” dari tanggungjawab atau tidak mahu anak. Sebenarnya, perancang keluarga adalah langkah bijak yang membolehkan pasangan merancang kehidupan secara seimbang – dari aspek kesihatan, kewangan, dan masa depan anak-anak. Ia adalah hak wanita untuk membuat keputusan tentang tubuh mereka, dan pilihan ini sepatutnya dihormati.
Setiap keputusan yang diambil oleh seorang wanita berkaitan kehamilan dan kelahiran adalah satu bentuk perjuangan. Sama ada memilih epidural, melalui episiotomi, menjalani pembedahan Czer, atau menggunakan perancang keluarga, semuanya mempunyai implikasi yang mendalam dan tidak boleh diperkecilkan.
Bukan satu pun daripadanya merupakan “cheatcode” – semuanya memerlukan kekuatan, ilmu, dan keberanian. Marilah kita sebagai masyarakat menjadi penyokong dan bukan pengkritik dalam perjalanan luar biasa ini.
Setiap ibu mengandung wajib tahu tanda-tanda awal bersalin. Bagaimanapun setiap wanita mempunyai tanda-tanda bersalin yang berbeza. Walau pun begitu, terdapat tiga petanda penting yang dikaitkan dengan fasa bersalin yang perlu diambil perhatian. Ibu yang sedang menunggu hari perlu peka kepada tanda-tanda kelahiran.
1. Petanda utama kelahiran bayi ialah keluarnya show bermaksud keluarnya sesuatu seperti lendir atau darah dari faraj. Lendir dan darah ini adalah mucus plug atau penutup pangkal rahim yang terbuka untuk proses kelahiran.
2. Selalunya pada saat ini si ibu akan berasa kontraksi ringan dan akan mengambil masa selama tiga hingga empat hari sebelum proses bersalin aktif.
3. Petanda utama kelahiran seterusnya ialah air ketuban pecah. Keluarnya air ketuban dalam kuantiti yang banyak atau ada kalanya sedikit-sedikit merupakan tanda anda akan bersalin tidak lama lagi. Anda perlu tahu membezakan air ketuban dan air kencing.
4. Air ketuban boleh dibezakan dengan air kencing melalui sifatnya yang tidak berwarna dan berbau hanyir.
5. Sekiranya air ketuban tersebut berwarna hijau, ia adalah petanda kurang baik kerana si kecil sudah membuang air besar di dalam kandungan.
6. Wanita yang pecah ketuban perlu melahirkan dalam masa 24 jam walaupun kontraksi yang dirasakan tidak berturutan.
7. Petanda ketiga ialah kontraksi iaitu proses penegangan pada otot rahim secara kerap dan ritma tertentu. Sekiranya kontraksi yang dirasai setiap 10 minit sekali secara konsisten dalam masa sejam, anda perlu segera ke hospital kerana ia adalah salah satu tanda bersalin.
8. Bagi mengenal pasti kontraksi tersebut bukan kontraksi palsu atau Braxton Hicks atau false alarm, cuba cara ini. Baring secara mengiring dan letakkan tapak tangan pada perut semasa kontraksi sambil mengira jarak masa antara permulaan dua kontraksi. Kontraksi bersalin terjadi berterusan walaupun anda dalam keadaan rehat dan relaks.
9. Awas! Sekiranya tanda-tanda ini berlaku sebelum minggu ke-37, ia dikira sebagai kelahiran pramatang. Anda perlu peka dan ambil tindakan segera ke hospital jika tanda-tanda bersalin terjadi sebelum minggu ke-37 kerana risiko berlaku komplikasi kepada ibu dan anak adalah tinggi.
10. Bagi kelahiran anak pertama, masa yang diambil untuk bukaan serviks mencapai ukuran 10sm ialah kira-kira 12 jam hingga 18 jam.
11. Dalam fasa kelahiran aktif pula cara meneran yang betul amat perlu untuk memastikan proses kelahiran lancar. Cara meneran yang betul ialah seperti meneran ketika membuang air besar. Jangan meneran pada muka kerana ia adalah cara yang salah dan boleh mengakibatkan cepat penat.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Endometriosis mungkin kedengaran menakutkan bagi wanita, terutamanya bagi mereka yang mendambakan kehadiran cahaya mata.
Namun, menurut Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) dari Prince Court Medical Centre yang berpengalaman luas dalam pengurusan kesuburan wanita, endometriosis bukanlah penamat kepada impian seorang wanita untuk bergelar ibu.
Endometriosis berlaku apabila tisu yang sepatutnya melapisi bahagian dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim, seperti di ovari, tiub fallopio atau kawasan pelvis. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan teruk ketika haid, hubungan intim yang menyakitkan, pendarahan tidak normal, malah dalam sesetengah kes, gangguan kesuburan.
Menurut Dr Maiza melalui perkongsian videonya, endometriosis boleh menjejaskan peluang kehamilan namun ia tidak bermaksud seorang wanita tidak boleh hamil sama sekali.
“Setiap wanita mempunyai perjalanan kesuburan yang berbeza. Dengan rawatan yang tepat dan sokongan emosi yang kuat, peluang untuk hamil tetap terbuka luas,” jelasnya.
Tambahnya lagi, rawatan untuk endometriosis hari ini jauh lebih maju berbanding beberapa dekad lalu. Bergantung kepada tahap endometriosis, pilihan rawatan boleh melibatkan ubat-ubatan, pembedahan laparoskopi untuk membuang tisu endometriosis, atau bantuan teknologi reproduktif seperti IVF.
Yang lebih penting, pengurusan emosi memainkan peranan besar dalam perjalanan ini.
“Saya sering berpesan kepada pesakit saya, jangan fokus kepada diagnosis semata-mata.
“Fokus kepada langkah-langkah kecil yang boleh diambil — rawatan, perubahan gaya hidup, dan penjagaan kesihatan diri. Ini semua adalah usaha untuk membuka jalan kepada rezeki zuriat.
“Keajaiban tidak pernah datang pada mereka yang berhenti berharap. Percaya, berusaha dan doa — itu kunci utama.”
Tips untuk wanita dengan endometriosis yang ingin hamil
* Jumpa pakar awal. Diagnosis dan rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi lebih serius.
* Amalkan gaya hidup sihat. Pemakanan seimbang, senaman ringan dan mengurus stres dapat membantu tubuh bersedia untuk kehamilan.
* Berbincang tentang pilihan rawatan. Setiap wanita berbeza ada yang perlu pembedahan, ada yang boleh cuba kehamilan alami terlebih dahulu.
* Jangan putus asa. Walaupun perjalanan mungkin lebih panjang, setiap usaha adalah satu langkah ke arah impian.
Endometriosis memang satu cabaran, tetapi ia bukan noktah kepada impian menjadi ibu. Dengan rawatan moden, semangat positif dan bimbingan pakar perjalanan ini boleh menjadi sebuah kisah keajaiban yang penuh harapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekerja & menyusu memang mencabar bagi seorang isteri, ia tidak dinafikan. Tapi bebanan ini boleh diringankan dengan bantuan dan sokongan daripada suami.
Demi memberikan si manja titisan susu ibu yang sarat khasiat, ramai ibu memilih untuk memberikan si kecil susu ibu secara eksklusif pada enam bulan pertama dan meneruskannya dengan makanan pelengkap sehingga usia anak dua tahun.
Menyedari kebaikan susu ibu, kebanyakan ibu sanggup untuk memerah susu di tempat kerja setiap tiga jam sekali dan masih meneruskan menyusu secara terus (direct feeding) selepas pulang dari pejabat. Kedengaran seperti mudah tetapi jenis pekerjaan dan jangka waktu bekerja yang mungkin berbeza merupakan cabarannnya.
Seorang bapa, Rodzi Mohamed berkongsi pengalamannya membantu isterinya yang bekerja menguruskan penyusuan susu ibu. Katanya memang tidak mampu untuk menolong isteri dalam penyusuan susu ibu kerana ia istimewa untuk para ibu, tapi sokongan moral, motivasi dan bantuan menguruskan peralatan dan stok susu masih boleh dilakukan oleh para bapa.
Pengalaman isteri bekerja dan menyusu memang mencabar. Bayangkan isteri rehat di tempat kerja akan pam susu. Bawa balik berbotol-botol susu yang diperah. Sampai rumah petang, anak nak menyusu direct pulak. Memang penat.
Alhamdulillah anak pertama 17 bulan menyusu badan. Anak kedua 12 bulan menyusu badan. Anak ketiga 30 bln menyusu badan. Ketiga-tiganyaberjaya dapat penyusuan eksklusif enam bulan.
Sebagai suami, apa yang boleh kita bantu untuk support isteri yang menyusu anak-anak kita?
Ini beberapa tips yang suami boleh buat untuk ringankan sikit kerja-kerja isteri.
#1 KEMASKAN BEG PENYUSUAN Kemaskan beg menyusu isteri. Selain letak botol & pam.
#2 LETAK GAMBAR ANAK SUPAYA ISTERI GEMBIRA
Letaklah gambar anak supaya mood isteri menjadi gembira masa tengah pam susu dalam stor office tu.
#3 CUCI PAM & STERIL BOTOL Cuci bahagian pam yang kotor & botol-botol penyimpanan susu perahan. Masak air panas hingga mendidih, rendam botol dan keringkan. Leceh sikit tapi boleh jimat banyak.
#4 BANTU LABEL & SUSUN
Stok yang dibawa balik tu kita bantu labelkan. Letak tarikh dan susun dalam peti sejuk ikut tarikh supaya senang nanti nak bawa ke rumah pengasuh. Hehehe
Cuba buat yang empat tipini dulu, mesti isteri terkejut dan gembira.