Bukan mudah nak hasilkan resipi pes ikan bakar yang betul-betul sedap. Kadang-kadang beli pes segera ada juga yang tak kena dengan tekak sendiri kan? Kalau nak buat pes ikan bakar yang betul-betul sedap boleh ikuti resipi yang dikongsi ini.

“Lama Pujuk Baru Dapat Resipi Legend Ni” Resipi Pes Ikan Bakar Cecah 14K Perkongsian

Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14,000 di laman sosial 5 tahun lepas.

Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia. Lepas saya paksa-paksa selama sebulan, baru dia bagitahu. Mungkin bila dah meningkat usia, dia rasa patut dedahkan jugak resepi ni.

Ilmu bermanfaat boleh masuk kubur katanya. Jadi kita kongsi sama2 ye. Jangan makan sorang tau.

Sape kat sini nak sangat makan ikan bakar berempah tapi taknak keluar modal besar? Kalau makan kat kedai paling kurang kena belanja Rm300-Rm400 untuk satu family. Sekarang boleh buat sendiri je kat rumah.

Resepi yang saya bakal tulis ni untuk sekor ikan merah atau kerapu 1-1.5kg je tau. Kurang atau lebih puan boleh set sendiri lepas ni.

RESIPI PES IKAN BAKAR

IKLAN

“Lama Pujuk Baru Dapat Resipi Legend Ni” Resipi Pes Ikan Bakar Cecah 14K Perkongsian

Bahan kisar:

3 inci halia
3 inci lengkuas
12 biji bawang merah
1 setengah bawang holland
4 batang serai besar
2 sudu kecil udang kering
3 biji cili merah besar
4 helai daun limau purut
6-10 cili kering

Kisar semua bahan kat atas. Pastikan betul-betul lumat ye. Kalau tak rasa dia kurang ‘umphh’ orang kata.

Bahan tambahan:

IKLAN

5 sudu cili kisar
2 keping asam keping
1 sudu kecil gula melaka
Gula putih
Garam
Penambah perisa (Knorr)
Sedikit minyak

Cara penyediaan pes:

Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.

Then masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.

Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. 🤗

IKLAN

Kemudian makcik saya ajar cara betol bakar ikan menggunakan pes yang kita buat tadi:

Siang ikan dan basuh betul-betul. Musim corona ni, utamakan kebersihan ye. Tapi jangan pulak basuh dengan sabun. Gosok je banyak kali dengan air bersih.

Sediakan daun pisang besar-besar. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.

Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambilsambil tu cuba la selak sikit takut terlebih masak. Isi ikan dah bertukar warna putih, yeayy sekarang semua dah siap dan hidang. Alhamdulillah nikmatilah keenakan ikan bakar berempah dengan keluarga tercinta tanpa ragu-ragu ye.

“Lama Pujuk Baru Dapat Resipi Legend Ni” Resipi Pes Ikan Bakar Cecah 14K Perkongsian

Puan-puan boleh cuba ye. Nanti saya akan share lagi resepi lain yang boleh memikat selera puan puan semua. 🥰

Kredit: Siti Aisyah Husin(MAHN)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI