Aneka kerepek dan kuih-kuih pedas antara yang begitu disukai sepanjang beraya. Kuih siput menu tradisi tak pernah ketinggalan malah paling layan makan sambil menonton televisyen bersama anak-anak.

Nak tahu apa resipi kuih siput jadi lagi sedap dan rangup? Jom ikuti resipi perkongsian Fatin Harnita ini. Memang sedap!


Assalamualaikum. Saya nak kongsi resepi arwah mak saya ajar kuih siput. Tips kalau suka gebu boleh lebihkan mentega/marjerin.

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)
2 biji telur
1 cawan mentega cairkan
1 cawan air (letak sekali dengan garam )
Garam secukupnya

Kuih Siput Jadi Lagi Sedap & Super Rangup, Tambahkan 2 Bahan Ni Lebih Dari Biasa!

IKLAN

Masukkan semua bahan-bahan di atas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan dan air garam. Gaulkan sehingga menjadi doh.

Kuih Siput Jadi Lagi Sedap & Super Rangup, Tambahkan 2 Bahan Ni Lebih Dari Biasa!

Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.

IKLAN

Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Kuih Siput Jadi Lagi Sedap & Super Rangup, Tambahkan 2 Bahan Ni Lebih Dari Biasa!

Selamat mencuba!

IKLAN

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Kuih Siput Jadi Lagi Sedap & Super Rangup, Tambahkan 2 Bahan Ni Lebih Dari Biasa!

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI