Baby Januari! Tarikh 22/01/2022 jadi memori berharga buat penyanyi, pengacara dan penyampai radio, Hunny Madu apabila selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.
Berkongsi perasaannya selepas melahirkan bayi ketiganya itu, Hunny yang nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 37, akui dia sedang berusaha untuk menyesuaikan diri apabila kembali bergelar ibu yang ada anak kecil.
“Selama 7 hari selepas lahirkan bayi saya tak berkongsi sebarang perkembangan dan sepanjang tempoh itulah saya sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran ahli baru dalam rumah kami.
“Saya sedang belajar semula segalanya dan mengambil tahu tentang banyak perkara termasuk perasaan dia (bayi) dan keperluannya.
“Macam manalah saya boleh lupa untuk menjadi seorang ibu pada anak kecil ini? Rasa-rasanya ada informasi yang tercicir apabila kita tidak mempraktikkannya,” kongsi Hunny di Instagramnya.
Ads
Tambah Hunny, dia kini baru mempunyai sedikit ruang waktu untuk kembali ke media sosial selepas menjalani rawatan berurut dua hari lalu.
Hari ini barulah boleh kembali segar selepas dua malam alami pembengkakan, akhirya tukang urut datang untuk meredakan masalah saya.
“Mia Celine kini dah lebih seminggu dilahirkan, dan setiap kali saya memandangnya, setiap kali itulah saya jatuh cinta,” tulisnya.
Ads
Dalam perkongsian di instagram itu, Hunny turut berkongsi momen suaminya menemani sepanjang proses bersalin, keterujaan kakak dan abang menyambut kepulangan adik mereka.
Kelahiran Mia Celine ini adalah anak pertama Hunny dengan suami keduanya, Fedrighi Francesco pada 2 Mei 2020.
Sebelum ini Hunny pernah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 dikurniakan dua cahaya mata, Eva Media, 10 dan Adam Muda, 5. Mereka berpisah pada Oktober 2018.
Kredit: Instagram Hunny Madu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun lidah buaya dan asam jawa, dua bahan yang cukup bermanfaat untuk kecantikan. Kedua-dua bahan ini boleh di dapati dengan mudah. Daun lidah buaya pun boleh ditanam di rumah. Tumbuhan ini mudah untuk ditanam dan dibiakkan.
Mempunyai perut yang buncit tentunya akan membuatkan penampilan anda kurang menarik. Perut sangat mudah untuk meregang. Hal ini kerana perut merupakan salah satu bahagian badan yang mempunyai keanjalan yang tinggi dan paling mudah untuk mendapat lemak.
Tahukah anda bahawa masalah perut buncit bukan sahaja dialami oleh mereka yang gemuk atau berat badan berlebihan. Orang yang berat badannya ideal atau kurus juga boleh mengalami masalah perut buncit.
Masalah yang bukan sahaja kaum hawa alami malah kaum adam pun tidak terkecuali mengalaminya. Jom cuba petua seperti yang dikongsikan oleh Norain Naim ini.
Paling penting bagi mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlulah mengamalkannya secara konsisten. Ketahuilah bahawa apa-apa petua yang diamalkan secara berkala, In Shaa Allah akan mendatangkan hasil yang memuaskan hati.
BAHAN-BAHAN:
Daun lidah buaya
Asam jawa
CARA MEMBUAT:
1. Ambil sedikit daun lidah buaya.
2. Masukkan dalam periuk dan tambahkan dengan asam jawa. Tambah sedikit air. Masuk sekali kulit daun lidah buaya.
3. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat.
4. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Tunggu suam sikit, lumurkan ramuan tersebut pada bahagian perut.
5. Biarkan 10 hingga 15 minit kemudian bersihkan atau cuci.
6. Boleh buat setiap hari hingga dapat hasil yang memuaskan.
NOTA: Bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat dan berkesan, kawal kuantiti makanan yang dimakan setiap hari dan lakukan senaman ‘sit-up.’
Mommies mesti tak sabar nak bawa bayi keluar berjalan-jalan, kan? Tapi boleh ke bayi baru lahir dibawa berjalan? Ini yang perlu anda ketahui.
Selamat ke bayi baru lahir dibawa berjalan?
Untuk memutuskan bila masa yang sesuai untuk bawa bayi keluar di tempat awam atau berjalan-jalan untuk kali pertama pastinya boleh mendatangkan kerunsingan pada ibu bapa.
Kebimbangan utama adalah mengenai tahap sistem imun si manja yang masih belum berkembang sepenuhnya. Pastinya menyukarkan bayi untuk melawan penyakit atau jangkitan.
Adakah perlu untuk menunggu sehingga tempoh waktu tertentu sebelum bayi baru lahir dibawa keluar berjalan?
Sebenarnya tiada keperluan untuk menunggu sehingga tempoh tertentu sebelum membawa bayi keluar.
Sekiranya ada yang mengatakan anda perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan, ia salah sama sekali.
Tiada tempoh tertentu untuk bawa bayi keluar
Hakikatnya, jika bayi anda sihat, mendapatkan udara segar pastinya 1 pilihan yang baik untuk ibu dan bayi, jika anda mengambil langkah berjaga-jaga.
Menurut kebanyakan pakar dan profesional kesihatan pediatrik, bayi baru lahir boleh dibawa ke tempat awam atau keluar selagi ibu bapa mengikuti beberapa langkah keselamatan asas.
Tidak perlu menunggu sehingga 6 minggu atau 2 bulan. Bawa bayi keluar, khususnya bersantai di taman sangat sesuai untuk ibu bapa dan si manja.
Cahaya matahari dan udara segar boleh memberikan manfaat kesihatan seperti pendedahan vitamin D, menjadikan tahap emosi dan tenaga lebih baik.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, doktor mungkin akan menyarankan untuk tidak membawa bayi keluar.
Keadaan tersebut melibatkan bayi kelahiran pramatang atau mempunyai keadaan kesihatan yang menjejaskan sistem imun mereka.
Tip bawa bayi baru lahir keluar
Untuk memastikan bayi baru lahir anda sihat dan selamat, penting untuk anda berwaspada dengan persekitaran dan individu yang akan ditemui ketika keluar di tempat awam.
Tugasan penting tersebut perlu dilakukan untuk selama beberapa minggu dan bulan bagi mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit sewaktu bawa bayi keluar.
Jika anda sudah bersedia untuk membawa si manja berjalan, berikut beberapa tip mudah boleh anda amalkan:
Hadkan pendedahan cahaya matahari
Sememangnya matahari dapat memberikan vitamin D yang sangat diperlukan oleh badan terutamanya bayi yang baru dilahirkan.
Pun begitu, bayi lebih terdedah untuk mengalami selaran matahari, jika terdedah secara berlebihan.
Sebaiknya hadkan pendedahan kepada sinar UV secara langsung untuk tempoh 15 minit sahaja.
Untuk lebih kepastian, berbincanglah dengan doktor bagi menentukan jumlah cahaya matahari yang selamat untuk si manja.
Elakkan sentuhan dan ciuman
Ini tip penting yang perlu diikuti jika anda mahu membawa bayi baru lahir keluar berjalan-jalan.
Anda harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan individu sekeliling kerana anda tidak dapat mengetahui keadaan kesihatan seseorang.
Jadi idea paling baik adalah untuk menjauhkan sebarang sentuhan tangan dan wajah kanak-kanak mahupun individu yang tidak dikenali daripada memegang atau mencium bayi anda.
Dengan ahli keluarga sendiri juga anda harus memilih dan tidak membenarkan mereka yang sakit untuk memegang si manja.
Tetapi dinasihatkan untuk anda melakukan dengan cara yang berhemah. Elakkan daripada menimbulkan perselisihan faham.
Selektif tentang lokasi
Bukan semua tempat sesuai untuk bawa bayi berjalan, ingat ya wahai mommies.
Tempat seperti sekolah, pejabat doktor, hospital, pusat jagaan harian, kapal terbang mahupun sebarang pengangkutan awam lain adalah tempat yang dikenali sebagai ‘pusat kuman yang utama’. Jadi, sebaiknya, elakkan!
Tetapi jika keadaan memerlukan anda membawa bayi baru lahir ke tempat disebutkan di atas, sentiasa pastikan si manja berada dalam dakapan atau diletakkan dalam carrier mahupun kereta sorong.
Pastikan anda sentiasa membasuh tangan selepas menyentuh sebarang permukaan atau barangan mahupun tangan individu lain sebelum memegang si manja.
Keadaan cuaca
Perhatikan juga keadaan cuaca. Jika anda mahu bawa bayi keluar bersiar di taman, elakkan daripada memakaikan pakaian yang berlebihan kepada si comel.
Biasanya ibu bapa serta datuk dan nenek percaya bayi sentiasa mahu dibaluti selimut. Hakikatnya ia bergantung kepada cuaca.
Jika tidak ia mungkin membuatkan bayi berasa panas dan tidak selesa. Cuma sediakan selimut sebagai langkah persediaan.
Sediakan kelengkapan
Untuk membawa bayi baru lahir berjalan-jalan, walaupun sekadar bersiar di taman kawasan perumahan, anda tetap perlu menyediakan kelengkapan si manja.
Pakaian salin, lampin bersih, kain napkin, pelindung penyusuan dan tisu basah antara barangan yang harus sentiasa ada semasa keluar.
Jika anda berasa segan untuk menyusukan bayi di tempat awam, mungkin anda boleh mencari tempat yang lebih selesa untuk melakukan penyusuan.
Pertimbangkan secara rasional
Walaupun tiada larangan untuk bawa bayi keluar, namun sebagai ibu bapa, anda harus mempunyai pertimbangan rasional.
Bagi bayi baru lahir yang mempunyai isu berkaitan kesihatan, untuk jangka masa tertentu sehingga dibenarkan doktor, elakkanlah daripada keluar.
Fikirkan tentang keselamatan si manja dan keperluan untuk membawa mereka keluar, sama ada penting ataupun tidak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Fizo Omar mengakui kelahiran puteri yang ketiga baru-baru ini telah merubah persepsi hidupnya sebagai seorang ayah.
Perkongsian tersebut dikongsi olehnya dalam siaran langsung Anugerah Pa&Ma Gala 2023 sebagai salah seorang penerima anugerah Best Papa Millennial, Pa&Ma Gala 2023.
“Bila dapat ketiga-tiga anak perempuan ni banyak hikmahnya. Ingatkan dapat anak lelaki lagi ngam dengan daddy rupanya anak perempuan lagi ngam”
Pengalaman sambut anak ketiga
“Pengalaman anak ketiga yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila. Maryam saya sempat tengok secara pembedahan jadi saya lalui proses tu. Nasib baik saya bukan jenis takut darah jadi doktor bagi saya tengok dari awal smpai habis.”
“Wan khaleeda lahir normal jadi semua dah siap sambut semua, minta nak sambut anak jadi doktor kata mybe next baby.”
“Nak dijadikan cerita masa tu doktor target Faz akan bersalin pukul 10 malam. Tapi masa tu pukul 5 dah 10cm, sekali tengok kepala baby dah dekat luar. So doktor pun kelam kabut datang.”
“Saya ingat doktor assist saya, rupanya memang saya akan sambut sendiri baby. Sekali push je, saya pun tarik. Gugur air mata seorang ayah dan seorang jantan. Pengorbanan seorang isteri baru kita tahu. Uniknya ciptaan Tuhan, baby keluar tu kita tak fikir dah darah ke apa ke.. kau menyambut amanah Allah, kena didik dan bimbing untuk bawa ke syurga.”
“Selepas tu perspektif saya menjadi ayah jadi berbeza bila saya sambut anak ketiga. Bila saya sambut sendiri tu memang lain daripada duduk kat sebelah.”
“Letak tepi alasan takut darah. Bukan soal sambut anak, tapi sambut amanah Allah, tanggungjawab kita dengan sendiri kita akan bandingkan diri dan percayalah cakap saya persepsi kita sendiri sebagai ayah terus berubah.”
Cabaran Membesarkan Anak
“Zaman sekarang nak membesar, menjaga dan mendidik bukan senang. Dengan sosial media, gajet. Kena adabt dengan zaman.”
“Tapi saya suka cara didikan arwah ayah saya punya didikan kalau nak beli something tak mudah. Kena buat sesuatu. Berbeza dengan ibu ayah zaman sekarang sampai beg sekolah anak pun dah beribu, secara tak langsung kita rosakkan mindset mereka, kalau nak sesuatu mudah dapat. Bila suatu hari nanti kita tak ada, kita akan menyusahkan mereka.”
Tonton temubual penuh daripada Fizo Omar di bawah ini
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI