Melihat anak mula lewat perkembangannya, terutama merangkak dan berjalan, mak ayah mulalah rasa cuak. Apa yang mama kena tahu, perkembangan anak sebenarnya tidak sama berbanding anak yang lain. Beri anak masa.

Menurut Pegawai Fisioterapi, Cik Nur Dini Nabilah Zulkefly, bayi sememangnya harus dirangsang untuk merangkak.

Merangkak sememangnya satu proses yang cukup penting untuk perkembangan seorang bayi. Ia merupakan satu aktiviti fizikal yang membolehkan semua pergerakan otot berjalan dengan serentak.

Bukan hanya kekuatan otot pada bahagian kaki diuji bahkan ia merangkumi pergerakan tangan, lengan, lutut serta paha. Ini membolehkan pergerakan seluruh anggota badan kanak-kanak itu. Inilah yang menyebabkan mengapa merangkak cukup penting dalam perkembangan mereka.

Lambatnya Anak Nak Merangkak, Praktis Enam Cara Ni Rangsang Bayi!


Bila Bayi Mula Merangkak
Seorang bayi melalui tempoh merangkak adalah ketika usianya enam bulan hingga 10 bulan.
Dan ketika usianya 10 bulan, bayi dapat merangkak dengan sepenuhnya serta melalui fasa seterusnya iaitu berjalan.

Tips Rangsang Bayi Merangkak
1. Biarkan Anak Meniarap

Sentiasa biarkan anak bermain dalam keadaan meniarap supaya mereka berpeluang untuk mencuba merangkak. Bayi yang meluangkan masa lebih banyak bermain sambil meniarap akan lebih cepat merangkak.

IKLAN

2. Letak Di Lunjuran Kaki
Sesekali letakkan anak di atas lunjuran kaki anda dan biarkan dia melangkah untuk mencapai mainan. Gerakan otot paha ini membuatkan bayi dirangsang untuk merangkak.

3. Main Atas Perut
Selain lunjuran kaki, anda boleh juga meletakkan bayi anda di atas perut dan letakkan mainan di sebelah tubuh anda. Agah anak supaya dia mencapai mainan di hadapannya. Gerakan ini boleh membuatkan otot anak bergerak dan berpeluang untuk merangkak.

4. Bina Tarikan Mainan
Jadikan waktu anak bermain lebih menyeronokkan dengan membina halangan seperti menggunakan bantal, peanut ball atau kotak yang tidak keras untuk anak memanjat dan merangkak. Cara ini buat otak paha dan kaki anak dirangsang sebaiknya.

Lambatnya Anak Nak Merangkak, Praktis Enam Cara Ni Rangsang Bayi!

5. Luas Dan Selamat
Biarkan anak bermain dan meniarap di kawasan yang luas. Namun perhatikan seluruh kawasan agar selamat dan tiada unsur-unsur yang boleh membahayakan anak ketika bermain.

IKLAN

6. Elak Walker
Elakkan penggunaan walker ketika usia anak 6 bulan ke atas. Sebolehnya biarkan bayi melalui fasa merangkak dahulu sebelum merangsang anak berjalan.

Langkah Demi Langkah
1. Lunjurkan kaki ibu dan letakkan anak di atas paha secara melintang. Biarkan anak melepasinya.
2. Gerak-gerakan paha kiri dan kanan supaya melatih anak memanjat kaki ibu.
3. Letakkan anak di atas peanut ball dan biarkan dia mencapai benda di hadapannya.
4. Ransang anak dengan mainan supaya anak menggapai mainan di hadapannya.
5. Gunakan bantal yang ditinggikan sedikit di bahagaian hadapannya. Lakukan teknik sama dengan merangsang guna mainan.
6. Tolakkan kaki anak, kiri dan kanan supaya adanya pergerakan seperti merangkak.

Menarik: Its Another Hero”, Fahri Dah Ada Geng, Dayah Bakar Selamat Bersalin Anak Kedua!

Lambatnya Anak Nak Merangkak, Praktis Enam Cara Ni Rangsang Bayi!

Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!

IKLAN

Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?

Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/

Lambatnya Anak Nak Merangkak, Praktis Enam Cara Ni Rangsang Bayi!

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI